I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 7, 2010

PERMAINAN 'MONOPOLY REVOLUTION' : Nak jadi Donald Trump tak...

OKTOBER 2010

Nak tau tak permainan 'MONOPOLY REVOLUTION'.Sebelum tu kita tengok dulu sikit-sikit pasal sejarah 'Monopoly' ye...
    Ni paten asal monopoly tahun 1935
  • Tak sangka umur 'Monopoly' sekarang dah 75 tahun, bermula sejak 1900 an lagi dan nama penciptanya Lizzie Maggie.
  • Sekarang ni dah lebih 275 juta set 'Monopoly' terjual di seluruh dunia termasuk 'Monopoly' edisi 'Braille' untuk orang buta dengan 'translation' kepada 20 bahasa dan 20 juta muat turun mudah alih seluruh dunia.
  • Sejak tahun 1935, lebih 6 billion rumah kecil, 2.25 billion hotel merah, 20 token telah dibina dan lebih 1 billion orang telah main 'Monopoly' (salah sorangnya, saya sendiri)
  • Pada tahun 1940-1960, rupa-rupanya... perkhidmatan rahsia British (mata-mata gelap) pun main 'Monopoly' semasa perang Dunia Kedua bagi tujuan latihan....
  • 'Monopoly' pernah jadi permainan no 1 rakyat Amerika dan tak heran la pernah jadi simbol setem Amerika Syarikat.Pernah dapat anugerah ' Best Mobile Game Award', 'Best Dice Game', 'Best Board Game'.
  • Nak tau tak  watak yang dikurung dalam penjara dikenali sebagai 'Jake the Jailbird' yang ditangkap oleh Pegawai Edgar Mallory.

'MONOPOLY REVOLUTION'...APA YANG HEBATNYA...

Sempena ulang tahun Monopoly ke 75 tahun, syarikat Hasbro melancarkan 'Monopoly' edisi terbaru 2008 dipanggil 'MONOPOLY REVOLUTION'.Nak tau apa yang 'revolution' nya....meh baca seterusnya....

Cuba tengok gambar sebelah. 'Monopoly Classic' atau yang jenis lama ni masih menggunakan duit kertas yang mungkin 10 kali main akan jadi 'lunyai', 'board game' pun besar segiempat sama 'so' makan banyak ruang, warna dan gambar pun tak elok macam 'printing' zaman tahun 80an, bosan tengok..rumah dan hotel pun dibuat daripada plastik.Masih lagi guna kad untuk nak tengok 'Chance' dan kad hartanah pun masih guna kertas yang tak berkualiti...tak kuasa kadang-kadang teman menengoknye.. lagi-lagi beli kat kedai Ah Seng dengan harga RM 9.90.



Tapi 'MONOPOLY REVOLUTION' ni betul-betul mengikut peredaran zaman dan 'board' nya sangat berkualiti.
  • 'Game board' dah jadi bentuk bulat, tak main la empat-empat segi ni.Kertas,warna dan gambar pun sangat berkualiti. 

  • Dah tak pakai duit kertas la ni...sekarang pakai kad kredit/debit dan ada pulak mesin kad bagi tujuan transaksi perniagaan...wow canggih...Kemudian siap ada muzik dan bunyi-bunyian lagi tu...
  • 'Chance' pun dah tak pakai kertas. Kalau nak tengok 'chance', tengok je butang kat mesin tu.Selain itu 'Chance' sekarang ni dah terbahagi pulak kepada 'transport zones' ( Zon berjalan, zon basikal, zon kereta dan zon roket)

  • Kalau kita kena kat zon warna hitam, pemain diberi pilihan samaada nak pilih 'Chance' atau pergi ke  petak hartanah yang kosong kat sebelah, kemudian buat lelongan kat semua pemain.(Mulakan lelongan dengan 10k, sapa paling tinggi, dia lah yang menang).Sebelum nak mula lelong 'banker' akan tekan butang lelong kat mesin kad kredit tu, nanti berbunyi la beepp..beppp. Kalau semua hartanah dah ada orang yang punya, pemain tu boleh paksa kat sapa-sapa pemain yang dia suka untuk tukar kad hartanah antara satu sama lain....Pemain yang kita suruh tukar tu tak boleh menolak, kena ikut...
  • Dia punya rumah, hotel dan 'movers' diperbuat dalam bentuk 3D dan ala-ala berkaca.Plastik-plastik tak main dah...

  • Kad Hartanah pun nampak comel...Tulisan comel, warna timbul dan kertasnya pun berkualiti.

  • Kalau tak silap, 'Monopoly' yang lama ada 2 utiliti je kot, tapi sekarang dah tambah jadi 4 utiliti ( air, gas, air dan komunikasi)
  • Masa kita tengah main, jangan terkejut pulak...tiba-tiba akan dengar bunyi amaran ...krengggggg....kat mesin kad kredit.Maksudnya sape yang tengah jalan, dia akan dapat 'Chance' samaada dapat duit masuk atau bayar kat 'banker'.
  • Yang lain-lain tu, cara permainannya lebih kurang sama dengan 'Monopoly Classic'.

PENGAJARAN MAIN 'MONOPOLY'

Apa yang ok:

Bila main 'Monopoly' ni sebenarnya mengajar kita agar bijak dalam menguruskan pelaburan hartanah.Kita beli tanah dan kemudian kita bangunkan dengan membina rumah dan hotel.Pastu kita akan dapat pendapatan melalui sewa yang dikenakan atau kita jual hartanah dengan harga yang lebih mahal.Boleh la sedikit sebanyak  mencetus minat kepada orang yang main untuk jadi pelabur hartanah yang hebat dan terkenal seperti Donald Trump.

Apa yang tak ok:

Perasan tak, bila kita main 'Monopoly' ni, mesti akan ada perasaan tamak, pentingkan diri sendiri, suka menjatuhkan orang lain, kezaliman pada pemain lain, suka dengan wang ,perasaan tak pernah puas mengejar kekayaan dan terlibat dengan unsur riba. 'Monopoly' ni lebih kepada menjurus falsafah yang kaya akan terus kaya dan miskin akan terus miskin, sama macam konsep kapitalis.Kalau boleh sedaya upaya memonopoli segala kekayaan yang ada tanpa beri peluang atau berkongsi dengan orang lain.

So biasanya untuk elakkan 'student' saya terperangkap dengan pengajaran yang tak baik ni, saya akan bagi 'mind set' dulu kat diaorang supaya jadi la pelabur yang suka bersaing dengan sihat dan menekankan konsep etika pelaburan cara orang Islam.






CARA-CARA BERMAIN SECARA RINGKAS
  1. Beli Hartanah dan Bangunan
  • Jika kita mendarat kat hartanah yang takde orang beli maka kita kena bayar harga hartanah tu, dapatkan kad 'Title Deed' dan letak terbuka dihadapan kita.Jika kita tak mau beli hartanah tu, maka 'banker' akan lelong hartanah tersebut kat semua orang.
  • Bila kita dah beli hartanah tersebut, kita kenakan la sewa kat sapa-sapa yang mendarat kat petak hartanah kita.Bila kita berjaya beli semua hartanah dalam satu kumpulan warna yang sama, barulah kita boleh buat rumah dan hotel.Satu lagi, kalau semua hartanah dalam kumpulan warna yang sama kita miliki, kita boleh 'double' kan sewa kat orang.
  • Nak buat rumah ni ada syaratnya.Kita boleh buat rumah masa 'turn' kita atau masa orang lain dah abis 'turn' (Maksudnya kalau saya dah abis baling dadu, masa ni pemain-pemain lain boleh beli rumah atau hotel). Kena buat satu rumah dulu kat setiap hartanah dalam kumpulan warna tu.Contohnya kita ada semua 3 hartanah dalam kumpulan warna yang sama, So pastikan buat dulu satu rumah kat hartanah 1, satu rumah kat hartanah 2, satu rumah kat hartanah 3.Pastu barulah boleh buat rumah kedua dan prosesnya sama seperti rumah pertama.
  • Nak buat hotel pun sama.Kena buat 4 rumah dulu kat setiap hartanah dalam kumpulan warna yang sama, barulah boleh tukar kepada satu hotel dan bayar harga hotel tu kat banker.Satu hartanah hanya boleh satu hotel je.
  • Kita tak boleh buat rumah kalau ada salah satu hartanah dalam kumpulan warna tersebut yang sedang digadaikan kat bank. 


  • Sebenarnya kalau kita terdesak, boleh jual rumah dan hotel tu kat bank tapi dengan separuh harga.Cara nak jual pun kena ikut macammana kaedah buat rumah dan hotel seperti yang saya terang kat atas.(Kalau nak jual hotel, separuh harga hotel + separuh harga 4 rumah)
  • Kalau dah abis rumah kat bank, terpaksa la kita tunggu orang lain jual rumah kat bank.Kalau rumah tinggal sikit, pastu ada pulak orang lain berebut-rebut nak rumah tu maka 'banker' terpaksa buat lelong la.
  • Kita boleh jual hartanah, stesen dan utiliti kat pemain lain.Syaratnya, pastikan semua bangunan kat semua hartanah dalam kumpulan warna yang sama dijual terlebih dulu kat bank.Pastu barula boleh jual hartanah kat pemain lain.Maksudnya selagi ada bangunan kat atas hartanah kita, selagi tu la kita tak boleh jual hartanah kita.
2. UTILITI & STESEN
Kalau kita mendarat kat petak utiliti atau stesen terpaksa la kita bayar jumlah sewa bagi semua utiliti / stesen yang dimiliki oleh pemilik tersebut.

3. GADAIAN
  • Kalau nak jual hartanah kita, pastikan semua bangunan dijual terlebih dulu kepada bank (jika ada)
  • Pastu barulah buat gadaian kat bank.Dapatkan wang gadaiang mengikut jumlah yang tertera di hadapan kad.
  • Kad tu terpaksa la ditutup
  • Bila hartanah kita telah digadai maka kita tidak dibenarkan sama sekali untuk ambik duit sewa untuk hartanah itu sahaja
  • Kalau nak tuntut balik hartanah yang telah digadai maka kita kena bayar harga gadaian sebenar hartanah beserta dengan faedah 10% kepada bank.Pastu, kita boleh buka kad semula.
  • Kalau kita dah tuntut balik semua harta gadaian dalam satu kumpulan warna yang sama barulah lepas tu boleh beli rumah atau hotel.
  • Sebenarnya hartanah gadaian, kita boleh jual kat pemain lain dengan harga yang dipersetujui bersama samaada harga tinggi atau rendah...terpulang... 
  4. PENJARA
  • Mendarat kat petak 'go to jail' atau dapat arahan 'Chance'
  • Masa baling dadu, dua-dua dadu nombor yang sama. (Kalau 3 kali berturut-turut masuk jail)
  • Cara nak keluar penjara : bayar 500k kat bank, kalau tak mau, terpaksala hilang 3 giliran. Cara ke 2, baling dadu, kalau dua-dua dadu nombor yang sama, maka berjaya la lepas. Atau dapat 'Chance' suruh keluar penjara.
 5. CARA NAK MENANG
  • Tinggal sorang je yang tinggal tak bankrup sementara pemain yang lain dah bankrup
  • Tunggu sampai sorang bankrup.Pastu permainan berhenti dah kira semua pendapatan pemain. ( hasil tambah baki duit dalam kad kredit dan nilai hartanah).Pemain paling kaya, dia menang la...



-Saya beli di Toy R us kat Quensbay Penang. Harga RM 179.90-


No comments:

Post a Comment