I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Wang. Show all posts
Showing posts with label Wang. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

ISLAM & SISTEM KEWANGAN ANTARABANGSA : Menarik gak Ceramah Sheikh Imran ni....

Saya tertarik dengan ceramah bertajuk ISLAM & SISTEM KEWANGAN ANTARABANGSA daripada Sheikh Imran Hossein. Ceramah ini boleh disaksikan di dalam Youtube.Nak tahu sapa Sheikh Imran tengok je http://en.wikipedia.org/wiki/Imran_Nazar_Hosein. Apa yang pasti beliau seorang ulama yang hebat dalam kewangan Islam. Setakat hari ini, dah lebih 18 buah buku telah diterbitkan dalam pelbagai bidang Islam. Berikut merupakan isi ceramah yang disampaikan.....
  • Sheikh Imran berpendapat bahawa pada zaman sekarang orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin dan orang ramai telah terpenjara dalam DUNIA PERHAMBAAN BARU.
  • Hadis Abu Said r.a katanya:Bilal pernah menghadap baginda dengan membawa kurma Barni. Rasulullah s.a.w bertanya: Dari manakah kurma ini? Bilal menjawab: Kurma milik aku yang kurang bermutu, maka aku menjualnya dua gantang dengan satu gantang (yang bermutu) untuk juadah Nabi s.a.w. Apabila mendengarnya, Rasulullah s.a.w bersabda: Ah, itu adalah riba. Jangan buat seperti itu. Jika kamu ingin membeli kurma yang baik, juallah kurmamu dan belilah kurma yang baik dengan hasil penjualanmu tadi. ( Hadis Muslim). Hadis ini menerangkan bagaimana Bilal membawa sebekas kurma yang berkualiti tinggi untuk diberi kepada Rasullullah s.a.w. Baginda bertanya dimana Bilal mendapatkannya.Maka Bilal pun menjelaskan bahawa beliau mempunyai 2 bekas kurma yang tidak berapa bagus kualitinya dan menukarkannya dengan satu bekas kurma yang lebih berkualiti.Selepas penjelasan itu, Baginda mengatakan itu adalah PATI KEPADA RIBA. Kalau Bilal jual 2 bakul kurma tersebut kemudian dapat duit dan beli kurma yang bermutu, maka ianya adalah halal.

  • Sheikh Imran kemudiannya membawa satu cerita dimana pernah Umar R.A menukar 4 unta dengan 1 unta dan Ali R.A juga pernah menukar 20 unta dengan 1 unta.Transaksi ini adalah HALAL. Persoalannya mengapa kes Bilal adalah HARAM manakala kes Umar & Ali R.A adalah HALAL.Untuk menjawab soalan ini lebih baik kita merujuk hadis Muslim bermaksud " Pertukaran emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar dan garam dengan garam, mestilah dengan kadar timbangan / sukatan yang sama dan mestilah dengan penyerahan serentak (dalam satu majlis).
 
 

  • Daripada hadis tersebut jelas disebut berkaitan alat pertukaran jual beli yang dinamakan WANG SUNNAH yang terdiri daripada Logam Bernilai ( emas & perak atau Dinar & Dirham) dan Komoditi ( barli, kurma, garam, gandum). Apa persamaan keenam-enam pertukaran tersebut. 1) Keenam-enamnya digunakan sebagai duit di Pasar Madinah.Kalau ada kekurangan emas&perak mereka akan menggunakan kurma sebagai duit di Madinah. 2) Keenam-enamnya mempunyai nilai intrinsik (nilai yang wujud dalam barang tersebut)
  • Cerita berkaitan Dinar & Dirham banyak diceritakan di dalam Al-Quran dan Hadis.WANG KERTAS ada ke diceritakan dalam Al-Quran. Takde...

  • Fungsi WANG SUNNAH adalah sama dengan FUNGSI WANG KONVENSIONAL. 1)Wang Sunnah sebagai medium pertukaran walaupun kurma boleh jadi wang tetapi hakikatnya telah dibuktikan sebagai medium pertukaran yang sangat berjaya pada zaman Rasulullah s.a.w.2) Wang Sunnah adalah sebagai pengukur nilai yang setia dan mengukur nilai kepenatan aras bekerja.3) Wang Sunnah sangat setia dalam mengekalkan nilai penat lelah berbanding Wang Kertas. Contohnya begini. Sekarang, wang gaji kita sebulan boleh beli seekor unta.5 tahun akan datang, wang gaji sebulan kita hanya boleh beli kambing.Maksudnya titik peluh kita selama sebulan, lama kelamaan telah kurang.Kerja penat-penat tapi hakikatnya nilai wang gaji kita semakin kurang walaupun mendapat gaji yang sama.Jadi wang yang telah hilang nilainya & mengurangkan keringat orang yang bekerja adalah HARAM.Bak kata Malcorm X " Siapa yang mengambil wang aku & bagaimana mereka mengambilnya. Sesungguhnya kerugian aku adalah keuntungan bagi orang lain. Kehilangan wang ku adalah keuntungan bagi orang lain.Contohnya kita lihat satu ketika dulu di Indonesia. Hanya 1 malam sahaja, Rupiah telah jatuh sangat mendadak hinggakan separuh penduduk Indonesia menjadi miskin
  • Kembali kepada persoalan mengapa kes Bilal Haram manakala kes Umar dan Ali adalah Halal. Jawapannya :  Kes Bilal adalah haram kerana kurma digunakan sebagai wang. Bila tukar 2 kurma yang tidak berkualiti dengan 1 kurma yang berkualiti seolah-olah kita membuka pintu untuk wang dipinjamkan dengan faedah.Tapi kenapa tukar unta haram..ini kerana unta tidak digunakan sebagai wang. Unta adalah binatang yang mudah rosak, mati dan sakit.
  • PULAU JAWA dah buat WANG SUNNAH. Kalau kurang emas dan perak, mereka menggunakan beras.Begitu juga di perkampungan Durban, Afrika Selatan.
  • Semasa pengunduran Eropah daripada tanah jajahan satu ketika dulu, ada 2 benih yang ditanam : 1) Pemahaman sekular. 2) Pengubahan Wang. Wang Sunnah telah digantikan dengan Wang Kertas yang tidak ada nilai di dalamnya.Nilai wang tersebut terletak di luar wang tersebut.

  • Sistem kewangan dunia semakin jatuh dan wanga kertas akan hilang.benda yang bakal menggantikan wang kertas adalah WANG ELEKTRONIK.Kita harus sedar, Yahudi Eropah adalah Pengawal seluruh sistem kewangan dunia.Mereka hanya menekan 'Enter' di komputer dan akan keluar segala maklumat kewangan kita semua samaada yang sulit atau tidak sulit. Mereka hanya tekan 'Enter' sahaja untuk nak duit 600 billion US Dollar pada tahun 2009.Buktinya, satu ketika dulu hasil kelicikan Yahudi, kerajaan Argentina pernah membekukan semua akaun bank.

  • Sedikit sejarah WANG KERTAS. Ianya bermula seperti cek dan dikeluarkan oleh Bank Of England pada kurun ke-17. Pada masa itu wang kertas masih bersandarkan dengan emas.Padapenghujung Perang Dunia ke-2 1944, Eropah mengadakan persidangan Wang Antarabangsa di Bretton Woods New York. 2 perkara penting telah dipersetujui : 1) Tidak semua cek boleh ditunaikan, hanya satu cek sahaja iaitu US Dollar (cek merujuk matawang). Hanya matawang ini saja lah yang boleh ditukarkan dengan emas dengan kadar 35 Dollar setiap auns.Matawang lain tak boleh.Amerika berjanji akan menunaikan janji ini. ( Sebab itu dalam US Dollar ada perkataan 'in God we trust') 2) Tidak semua individu boleh bawa US Dollar untuk ditukarkan kepada emas, hanya kerajaan atau bank pusat yang dibenarkan. Perjanjian Bretwood hanya bertahan dari 1944-1971 sahaja.

  • Sept. 1971, British bawa 3 billion kepada Amerika untuk tukar kepada emas.Richard Nixon sebagai Presiden Amerika pun beri emas kepada British.Disebabkan takut negara lain akan ikut jejak British maka Richard Nixon membuat sidang akhbar di David Camp " Kami berjanji tetapi kami tidak perlu mematuhinya".Maka perjanjian Brentwood runtuh.Bila runtuh maka wang kertas 100% adalah HARAM.
  • Sheikh Imran memberi beberapa bukti kelemahan WANG KERTAS berbanding EMAS. 1) Semasa peperangan Arab Israel 1973. Arab saudi dan negara Arab lain boikot minyak menyebabkan US Dollar turun 400%. Dalam masa sama nilai emas semakin meningkat dari 35 kepada 40 US Dollar. 2) 15 Januari 1980, berlaku revolusi Iran dan penghujung 1979, Rusia menakluk Afghanistan. Dollar US jatuh jepada 850 Dollar bagi setiap auns emas.Mengapa US Dollar jatuh : Sebab Wall Street tahu keseluruhan sistem kewangan antarabangsa ini adalah satu penipuan dan bakal jatuh. 

  • Sejak 1980, US Dollar dengan emas kekal agak stabil. Selama lebih 22 tahun hingga sekarang bergerak turun naik tapi tidak runtuh. Mengapa ini berlaku...Jawapannya : mereka mengawal harga emas dengan memonopoli lombong emas, kemudian baru boleh mengawal harga tersebut. Buktinya, kita tengok bagaimana orang yahudi memonopoli pengeluaran berlian.Akhir abad ke 19, berlian dijumpai di Afrika Selatan. Yahudi dibelakangnya dan mereka mahu monopoli. Mereka mahu kekalkan harga tinggi supaya harga tidak rendah. Jadi, yahudi menggunakan orang British bernama Cecil John Rhodes dan dibelakangnya adalah orang kuat berbangsa yahudi bernama Alfred Beit. Dibelakang Alfred Beit ialah Lord Rothschild, ahli bank yahudi di Eropah.Mereka beli lombong berlian lain. Akhirnya membentuk syarikat gabungan diberi nama De Beers Consolidated. Selepas berjaya beli banyak lombong, maka berjaya kawal harga berlian pada paras yang boleh beri keuntungan maksima. Kes berlian ini juga sedang berlaku kepada emas. Bukan tujuan untuk pastikan harganya tinggi tapi dengan tujuan mengelakan sistem itu runtuh. Mereka tak mahu sistem ini jatuh dengan sendirinya, mereka mahu menjatuhkannya bila ia beri kelebihan kepada Israel.

  • Sheikh Imran juga menyentuh sedikit berkaitan RIBA. Riba adalah mengurangkan atau mengecilkan nilai, harta dan penat lelah manusia. Beza perniagaan dan riba ialah perniagaan ada risiko untung dan rugi manakala riba tiada risiko, untung ada tapi tiada rugi. Sebab apa Allah haramkan riba dan halalkan perniagaan. Kerana bila berniaga ada untung dan rugi, jadi Allah boleh beri kekayaan dan sebarkan kekayaan. Supaya kekayaan boleh tersebar melalui ekonomi. Kalau amalkan pinjaman riba, yang kaya terus kaya dan miskin akan terus miskin.
  • Sheikh Imran menjelaskan bahawa inflasi berlaku apabila nilai wang kertas jatuh maka harga barangan meningkat. Peningkatan harga barangan ini dipanggil INFLASI.

Monday, October 18, 2010

PENCIPTAAN WANG : Membongkar rahsia penipuan sistem kewangan dunia.....

Mungkin ada di antara kita yang pernah ambil subjek ekonomi. Merungut. tak... Ramai pelajar saya merungut mengatakan subjek ekonomi ni susah, banyak sangat konsep-konsep kena ingat, macam-macam perkataan ekonomi yang bombastik hinggakan orang kampung pun nganga tak faham, asyik main dengan nombor je, ermmm asyik-asyik keluk, keluk, keluk, pastu asyik nak cari persamaan je ('equation').

Masa saya ambil 'Master in Economic', ada kawan-kawan yang menegur saya " boleh ke bawak, nak cari nahas ke". Ye la, ijazah saya ni dalam bidang 'Marketing', tiba-tiba nak masuk bidang ekonomi pulak. Lain bidang tu. Persoalannya kenapa saya tak mau ambil 'Master' bidang perniagaan tetapi tetap berdegil ambik bidang ekonomi. Jawapannya mudah, saya nak memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila saya masuk kelas, apa yang saya belajar, semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan macammana nak 'cipta persamaan'.Memang 'tension' dan sangat teruk belajar master ni hinggakan saya pening kepala yang amat sangat dan dinasihatkan membuat pemeriksaan di Hospital Pakar.

Persoalannya apa yang saya dapat ? Jawapannya, 'nothing' (takde ape-ape). Cuma saya dapat belajar ilmu yang saya tak pernah tahu dan tak boleh nak praktikkan dalam kehidupan saya, ilmu yang saya tak boleh nak kongsi dengan masyarakat dan akhirnya saya dapat sijil kat konvokesyen. Itu sahaja....maksudnya saya berjaya dapat sijil tapi saya gagal mencapai objektif saya.

Sekarang, baru saya menyedari dan faham sikit-sikit. Memang bidang ekonomi ini dicipta oleh orang barat untuk menjadi susah, rumit, sukar dan penuh tekanan. Semua kesukaran ini bukan tak disengajakan tapi DISENGAJAKAN. Kesukaran yang dibuat hanya sekadar TOPENG.Sebabnya mudah, supaya dapat mengelakkan semua manusia kat dunia ni memahami ekonomi. Kalau semua manusia tau tentang ekonomi, maka makin banyak lah terbongkarnya segala rahsia penipuan, konspirasi, kezaliman, ketidakadilan dan kejahatan yang dilakukan oleh orang-orang barat terutama konspirasi orang yahudi ke atas sistem kewangan dunia. Jadi, hanya orang-orang tertentu sahaja yang berusaha mencari kebenaran mampu memahami ekonomi.

Mengapa saya cakap camni... Dulu memang ramai yang tak menyedari penipuan sistem kewangan dunia. Sekarang, bila Allah beri bala dengan kejatuhan dollar Amerika, Kejatuhan minyak mentah dunia, kemelesetan ekonomi dunia termasuk Malaysia, kemelesetan ekonomi Eropah yang menyebabkan negara Greece muflis dan peperangan ke atas Iraq dan Afghanistan menyebabkan satu persatu orang mendedahkan rahsia penipuan dan konspirasi sistem kewangan dunia.Sekarang ramai orang dah sedar bahawa 'KITA DAH KENA TIPU' , 'KITA DAH DIPERMAINKAN' oleh sistem kewangan



Camni ceritanya....'BAGAIMANA WANG DOLLAR DICIPTA' 

Sebab apa pilih contoh Dollar. Jawapannya, sebab Dollar ni digunakan satu dunia sebagai pertukaran matawang asing dalam menjalankan urusniaga antarabangsa. Kalau lingkup dollar menyebabkan satu dunia akan menerima kesan negatif yang menyiksakan.Dalam erti kata lain Dollar telah menjadi PEMBULI matawang dunia.


Amerika ni melalui Bank Pusat, ada satu dokumen rasmi berkaitan panduan asas proses penciptaan wang. Nama dokumen tu ialah 'Modern Money Mechanics'. Contoh paling mudah dan senang nak faham seperti berikut...
Federal Reserve USA
Kerajaan Amerika perlukan duit 100 billion untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Kemudian Kerajaan Amerika bagitau kat 'Federal Reserve System' atau dipanggil 'The FED'. Sebelum tu, nak bagitau dulu sapa 'THE FED' ni ye. Ianya adalah bank pusat Amerika yang beribu pejabat di Washington.Tujuan utama ditubuhkan sejak 1913 untuk menyelesaikan masalah jika berlaku 'Bank Panic'. 'Bank Panic' ni ialah krisis kewangan yang berlaku ke atas bank apabila berlaku satu keadaan di mana ramai sangat orang keluarkan duit kat bank disebabkan peristiwa tertentu, contohnya ekonomi meleset (Istilah orang putih dipanggil 'banking run').Bila keadaan ini berlaku boleh menyebabkan bank bankrup. (Gambar 1 : 'Bank Run' 1933 USA. Gambar 2 : 'Bank Panic' 1907

 




Akhirnya jadila kertas yang dinamakan 'Federal Reserve Note'.Kemudian wakil kerajaan Amerika dan wakil 'Federal Reserve' pun bertemu di satu lokasi dan buat pertukaran. Wakil kerajaan Amerika akan bagi kertas 'Treasury Bond' 100 billion tu kat Wakil 'Federal Reserve' manakala Wakil 'Federal Reserve' bagi kertas 'Federal Reserve Note' 100 billion kat Wakil Kerajaan Amerika. Apabila selesai proses pertukaran maka wakil kerajaan Amerika tadi pun pegi ke bank.
Sampai kat bank, Wakil Kerajaan Amerika pun bagi kertas 100 billion 'Federal Reserve Note' tu kat pegawai bank untuk didepositkan atau disimpan dalam akaun bank.Selesai sahaja urusan memasukkan 'note' tadi dalam akaun bank maka secara rasminya kertas 'note' tersebut menjadi wang yang sah diperlakukan. Akhirnya, bertambahlah 100 billion bekalan wang kat Amerika. Akhirnya berjaya kerajaan Amerika mencipta 100 billion sebagai wang baru...ermmmm...senangnya diaorang cipta duit. Ini contoh umum je supaya kita senang nak faham. hakikatnya semua urusniaga tersebut menggunakan elektronik tanpa melibatkan sebarang kertas. Hanya 3% sahaja wang dollar Amerika wujud dalam bentuk fizikal manakala 97% wujud dalam komputer sahaja.
Kesimpulannya, kalau kita tak sedar, kita anggap penulisan ni macam takde apa yang menarik pun. Biasa je...Walhal, hakikatnya, ada rahsia yang cukup, cukup, cukup besar yang memang kesannya terkena secara langsung kat muka kita setiap hari. Apa rahsianya... ini dia.. WANG YANG DICIPTA TADI TIDAK ADA NILAI LANGSUNG DAN TIDAK BERSANDARKAN APA-APA PUN.

Abis tu wang dicipta berdasarkan apa. 'WANG DICIPTA DARIPADA HUTANG'. Takde sandaran langsung daripada barang yang bernilai seperti emas, perak atau barang komoditi. Memang teruk, 'very nonsense', penipu dan tak logik langsung. Memang tak patut penciptaan wang adalah berdasarkan hutang. Bila ini berlaku jangan harap la INFLASI akan turun. INFLASI akan naik setiap masa. Jangan harap la kita boleh beli roti canai berharga 30 sen seperti zaman 1980an. 
Boleh saya sambung balik.....
Biasanya setiap bank kat dunia akan diarahkan oleh bank pusat masing-masing untuk buat penyimpanan peratusan tertentu daripada jumlah simpanan. Senang nak kira, saya bagi contoh 10%. Maksudnya daripada 100 billion duit tadi, 10 billion (10%) wajib disimpan oleh bank manakala 90 billion digunakan untuk bagi hutang kat orang ramai. Dalam erti kata lain, duit 90 billion tu boleh digunakan untuk mencipta wang baru dengan TIDAK BERSANDARKAN apa-apa pun disebabkan adanya PERMINTAAN daripada orang ramai untuk buat pinjaman. Cuba baca contoh mudah ni...Ada orang nak pinjam 90 billion kat bank.Biasanya sebelum nak guna duit 90 billion tu, dia akan simpan balik dalam akaun bank kan. Takkan la nak letak 90 billion kat bawah bantal, kena rompak la jawabnya.

Sedar tak sedar, sebenarnya duit 90 billion yang kita masuk dalam akaun tu digunakan balik oleh bank untuk tawarkan pinjaman kat orang lain. Proses ini akan berlaku secara berterusan dan tanpa kesudahan selagi ada orang lain yang nak buat pinjaman. Secara matematiknya camni la... daripada 100 billion yang disimpan oleh kerajaan Amerika tu, bank boleh cipta wang baru sebanyak 9 kali ganda 'NILAI' daripada 'NILAI ASAL'atau 900 billion tanpa ada sebarang sandaran. (orang biasa kata 'untung atas angin').Ini akan menurunkan nilai wang dan menaikkan harga barang. Contohnya 1 dollar pada tahun 1913 memerlukan 21 dollar 60 sen pada tahun 2007 untuk menyamai nilainya. Berlaku penurunan sebanyak 96%.
Wang baru 900 billion tersebut telah mencuri nilai dari wang yang tersedia ada dipasaran (ingat tak 100 billion adalah duit sedia ada). 900 billion ini telah MENINGKATKAN JUMLAH WANG di pasaran. Dalam masa yang sama JUMLAH BARANG DAN PERKHIDMATAN dipasaran TIDAK MENINGKAT. Ini akan mengakibatkan HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN MENINGKAT. Akhirnya, MENGHAPUSKAN KUASA BELI bagi setiap wang. Ini dipanggil INFLASI.
 
INFLASI ini adalah CUKAI yang tak nampak. Mungkin selama ni, kita hanya tahu bayar cukai pendapatan individu setiap tahun. Tak bayar kena saman. Selama ni kita hanya tahu bila makan Pizza kena bayar cukai jualan sebanyak 5% dalam bil kita.Selama ni kita hanya tahu, bila beli kereta Toyota Vios kena bayar cukai import/ cukai eksport dan cukai eksais. Selama ni kita hanya tahu, bila ada kad kredit kena bayar cukai sebanyak RM50 kat kerajaan. Selama ni kita hanya tahu bila tempah hotel, kena bayar cukai perkhidmatan.Ramai orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya terpaksa menanggung CUKAI INFLASI setiap tahun.Cukai lain ada gak turun naik nya atau mungkin dilupuskan tapi CUKAI INFLASI tidak akan turun sampai bila-bila. Dia akan makan duit kita tanpa disedari dan secara perlahan-lahan.Cuma nombor sahaja yang mungkin berkurang, hakikatnya INFLASI akan naik setiap tahun. Kesimpulannya selagi wang baru terus beranak pinak tanpa ada keseimbangan dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang dijual kat pasaran maka akan sentiasa lah menurunkan nilai wang kita.Secara realitinya kita tak boleh nak elak inflasi dan inflasi ini dicipta memang disengajakan.

  
  Dalam sistem kewangan sekarang wang adalah berasal daripada hutang atau pinjaman. Semakin banyak wang, semakin banyak hutang. Satu-satunya cara wang 'WUJUD' adalah melalui hutang atau pinjaman.Oleh itu jika kerajaan dan semua orang dalam negara bayar hutang maka tiada lagi dollar yang wujud dalam kitaran.Jika tiada hutang dalam sistem kewangan maka tidak akan ada wang.Persoalannya adakah kerajaan Amerika mampu bayar hutang. 

Jawapannya , -Tidak-. Realitinya, Amerika pernah berjaya membayar semua hutangnya kali terakhir pada tahun 1835.Kesimpulannya ' Wang yang bank bagi pinjam kat kita secara undang-undangnya tidak wujud pun sebelum itu. Wang tersebut adalah palsu dan pihak bank tidak pernah ada wang sebagai harta untuk memulakannya.