I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 16, 2011

UNIT TRUST / UNIT AMANAH : Pelaburan di Public Mutual, menguntungkan atau tidak....

Saya akan cuba buktikan adakah buat pelaburan dalam 'Unit Trust' (Unit Amanah) boleh menguntungkan kita atau tidak. Saya menggunakan khidmat Public Mutual iaitu anak syarikat Public Bank. Ini kerana Public Mutual mempunyai reputasi yang begitu hebat di Malaysia.
  • Syarikat 'Unit Trust' terbesar di Malaysia. Setakat ini ada lebih 70 jenis 'Unit Trust' samaada Islam dan Konvensional dengan nilai aset bersihnya lebih 37.8 billion dan mempunyai lebih 2.32 juta pemegang akaun.
  • Public Mutual telah berjaya mendapat 159 anugerah berkaitan pengurusan dana 'unit trust'.Berikut adalah antara anugerah tertinggi yang diperolehi Public Mutual :
  • The Best Malaysia Onshore Fund House at the AsianInvestor 2010 Investment Performance Awards for third consecutive year.
  • Reader’s Digest Trusted Brands Platinum Award for the Investment Fund Company category in Malaysia for the first time.
  • Ten out of 29 awards presented at The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2010, including Best Overall Fund Group.
  • The Best Retail House – Malaysia and Best House for Offshore Funds – Malaysia, at the 2009 Asia Asset Management (AAM) Best of the Best Country Awards.
  • The BrandLaureate 2010 for brand excellence in the Financial Services – Unit Trust Category for the fourth consecutive year

Saya terus pergi ke Public Bank. Jumpa pegawai kaunter 'customer service'. Dia akan bagi borang untuk diisi. Pegawai tu bagi saya keratan akhbar yang menunjukkan pelbagai 'unit trust' public mutual'. Tujuannya memudahkan saya memilih 'unit trust' yang saya suka. 'Of course' saya ambik 'unit trust' Islam.Kemudian saya pilih nilai harga satu 'unit trust'  bawah RM 1 ( Net Asset Value). Kemudian saya cuba lihat manakah 'unit trust' yang stabil.Kalau harga sentiasa meningkat, maksudnya stabil la bagi pemahaman saya.Akhirnya ini la yang saya pilih :

Tarikh Beli 'Unit Trust' : 12 Jun 2009

1) Public Ittikal Fund ( PITTIKAL )

Jumlah yang saya laburkan : RM 1,000 
Harga seunit saham ( atau dipanggil Net Asset Value) : RM 0.8006
Untuk beli 'Unit Trust' ni dikenakan 'Sales Charge' sebanyak 5.5 %
Oleh itu jumlah yang saya laburkan setelah ditolak 'sales charge 5.5%' ialah RM 947.87
Jumlah unit saham saya : 1183.95 unit saham ( RM 947.87 / RM 0.8006 )

2) PB Islamic Asia Equity ( PBIAEF )

Jumlah yang saya laburkan : RM 1,000 
Harga seunit saham ( atau dipanggil Net Asset Value) : RM 0.2079
'Sales Charge' : 5.5 %
Oleh itu jumlah yang saya laburkan setelah ditolak 'sales charge 5.5%' ialah RM 947.87
Jumlah unit saham saya : 4559.25 unit saham ( RM 947.87 / RM 0.2079 )

3) P Islamic Equity ( PIEF )

Jumlah yang saya laburkan : RM 1,000 
Harga seunit saham ( atau dipanggil Net Asset Value) : RM 0.275
'Sales Charge' : 5.5 %
Oleh itu jumlah yang saya laburkan setelah ditolak 'sales charge 5.5%' ialah RM 947.87
Jumlah unit saham saya : 3446.79 unit saham ( RM 947.87 / RM 0.275 )

..........................................................................................................

Pada APRIL 2010, saya nak jual 'Unit Trust' saya. Saya beli dulu pada bulan JUN 2009. Bermaksud, saya dah simpan selama 10 bulan sahaja.

Masa saya jual tu, ini harga beli terkini :

PITTIKAL : RM 0.9237 
Dulu saya beli dengan harga RM 0.8006. Berlaku kenaikan RM 0.1231 (15.38%)
Jumlah duit yang saya akan dapat : Unit saham yang saya laburkan dulu x harga beli baru 
( 1183.95 unit saham x RM 0.9237 = RM 1093.61 )

PIEF          : RM 0.3246
Dulu saya beli dengan harga RM 0.275. Berlaku kenaikan RM 0.0496 (18.04%)
Jumlah duit yang saya akan dapat : Unit saham yang saya laburkan dulu x harga beli baru 
( 3446.79 unit saham x RM 0.3246 = RM 1118.83 )

PBIAEF    : RM 0.2395
Dulu saya beli dengan harga RM 0.2079. Berlaku kenaikan RM 0.0316 (15.2%)
Jumlah duit yang saya akan dapat : Unit saham yang saya laburkan dulu x harga beli baru 
( 4559.25 unit saham x RM 0.2395 = RM 1091.94 )

JUMLAH KESELURUHAN DUIT YANG SAYA DAPAT : RM 1093.61 + RM 1118.83 + RM 1091.94 = RM 3304.38

JUMLAH KESELURUHAN YANG SAYA LABURKAN SEBANYAK : RM 3000

KEUNTUNGAN DALAM TEMPOH 10 BULAN : RM 304.38
PERATUSAN KEUNTUNGAN : 10.15%

Alhamdulillah duit saya berkembang sebanyak 10%. Tak dinafikan 'Unit Trust' ni ada risikonya. Kerap berlaku turun naik harga dan ianya banyak bergantung kepada faktor ekonomi semasa. Masa saya beli dulu, ekonomi negara dan ekonomi dunia tak berapa baik. Disebabkan itu, harganya pun rendah. Kemudian saya jual pada bulan April 2010. Masa tu ekonomi Malaysia dan dunia semakin baik dan semakin pulih.Itu yang harga 'unit trust' semakin meningkat.

Kalau nak buat perbandingan dengan lain-lain pelaburan, cuba la baca dan fahami lain-lain artikel berkaitan pelaburan dalam blog saya ni ye.....

PELABURAN BELI RUMAH : Beli Rumah Untuk Dilaburkan...Berbaloi atau Tidak...

Terdapat ramai orang yang suka membeli rumah bagi tujuan pelaburan. Mereka membeli rumah kemudian menjualkan semula dengan harga yang lebih tinggi pada masa hadapan. Ada juga yang membeli rumah kemudian menyewakan kepada orang lain.

Fakta yang saya berikan di bawah mungkin boleh membantu kita membuat keputusan samaada pelaburan membeli rumah boleh menguntungkan atau tidak.

PERBANDINGAN HARGA RUMAH DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2000 HINGGA 2010

TAHUN       HARGA PURATA TAHUNAN                    KADAR PENINGKATAN HARGA
              (Rumah bawah RM50,000-lebih RM1 juta)

2000                           RM 140,288                                                        -
2001                           RM 141,294                                     RM 1,006 ( 0.72% )
2002                           RM 148,201                                     RM 6,907 ( 4.89% )
2003                           RM 153,580                                     RM 5,379 ( 3.63% )
2004                           RM 157,461                                     RM 3,881 ( 2.53% )
2005                           RM 161,500                                     RM 4,039 ( 2.57% )
2006                           RM 169,112                                     RM 7,612 ( 4.71% )
2007                           RM 174,410                                     RM 5,298 ( 3.13% )
2008                           RM 178,632                                     RM 4,222 ( 2.42% )
2009                           RM 188,542                                     RM 9,910 ( 5.55% )
2010 (Suku ke-3)        RM 196,022                                     RM 7,480 ( 3.97% )

SUMBER : PUSAT MAKLUMAT HARTA TANAH NEGARA ( NAPIC)

Daripada fakta di atas, seandainya kita beli rumah pada tahun 2000 kemudian menjualkannya semula pada tahun 2010, kenaikan harga puratanya boleh mencecah 39.73% dengan purata setiap tahun kenaikan sebanyak 3.97%....

( RM 196,022 - RM 140,288 = RM 55,734..........
RM 55,734/RM140,288 = 39.73%.........39.73% / 10 tahun = 3.97% )

Untuk jalan selamat, saya tak mau buat kesimpulan, 'so' terpulang pada pembaca untuk menilai adakah ianya berbaloi atau tidak. Adakah ianya boleh memberi keuntungan yang besar atau tidak. Adakah pelaburan ini berisiko tinggi atau rendah. Adakah pelaburan ini mudah untuk dicairkan atau tidak.....

Tuesday, January 11, 2011

GOLD INVESTMENT ACCOUNT PUBLIC BANK : Pulangan Lebih Menguntungkan Berbanding Akaun Simpanan...

Public Bank ada menawarkan satu akaun, khas untuk pelaburan emas dinamakan Gold Investment Account atau Akaun Pelaburan Emas. Ianya adalah pelaburan emas tanpa menyimpan emas.

Prosedurnya cukup mudah. Pergi Public Bank dan bagitau kat pegawai " saya nak buka akaun GIA ". Kemudian pegawai tersebut akan bagi borang tertentu untuk diisi. Isi la borang itu dengan lengkap, kemudian pergi ke kaunter untuk buat buku bank ( passbook ). Untuk permulaan nak buka buku, kena beli minimum 20 gram dulu. Selepas itu, kita boleh beli atau jual dengan minimum 5 gram. Baki kat buku mesti ada 2 gram.

Harga jual beli emas boleh tengok laman web public bank di bawah.
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html
Kita boleh buat pengiraan sendiri sebenarnya untuk melihat perbezaan harga jual dan harga beli. Jika kita tau perbezaan harga ini, kita boleh bandingkan dengan GIA yang ditawarkan oleh bank lain seperti Maybank, Kuwait Finance, Bank Rakyat dan UOB. Bank yang tawarkan peratusan harga jual beli emas yang paling rendah dianggap lebih menguntungkan kita.

11 Januari 2011, Selasa
Harga Jual 1 gram ialah : RM 139.26 ( ini adalah harga emas yang kita beli kat Public Bank)
Harga Beli 1 gram ialah : RM 133.91 ( ini adalah harga emas yang Public Bank jual kat kita )

Perbezaan harga jual dan beli untuk Public bank ialah : 3.995 %


Maksudnya kalau kita nak masukkan duit, kita beli la emas dengan harga 1 gram = RM 139.26. Kalau kita nak keluarkan duit, bank akan guna la harga beli bank sebanyak RM 133.91. Sebab apa bank beli dengan harga RM 133.91, kenapa tidak RM 139.26. Sebabnya ialah bank nak untung. Berdasarkan perbezaan harga jual Public Bank, maka faham lah kita bahawa Public Bank cuma ambik untung 3.995%.Konsepnya sama je seperti orang berniaga. Beli kat pembekal dengan harga murah, pastu jual kat pembeli dengan harga yang mahal.

Ok sekarang saya nak buktikan samaada GIA ini boleh mengembangkan duit kita atau tidak.


Pada 29 Julai 2009 saya ada menyimpan sejumlah 30 grams. Masa tu harga jual ialah RM 108.98. Jumlah pelaburan saya ketika itu ialah 30g x RM 108.98 = RM 3269.40.

Hari ni, 11 Januari 2011 harga beli bank ialah RM 133.91. Maksudnya dalam tempoh 1 tahun 5 bulan berlaku kenaikan sebanyak 22.88%. Saya jual semua 30 grams : 30 g x RM 133.91 = RM 4017.30

Keuntungan saya ialah : RM 4017.30 - RM 3269.40  = RM 747.90

Kesimpulannya, Akaun Simpanan hanya tawarkan sekitar 2-4% setahun. Inflasi sekitar 2 %. Saya simpan GIA Public bank dapat untung 22.88 %... 'So' fikir sendiri...MANA YANG LEBIH MENGUNTUNGKAN...

GOLD SAVINGS PASSBOOK ACCOUNT MAYBANK : Akaun Pelaburan Emas Yang Boleh Ditukarkan dengan Emas Wafers Switzerland...

Akaun Pelaburan Emas di Maybank dipanggil " GOLD SAVINGS PASSBOOK ACCOUNT ". Ciri-ciri akaun GSPA ialah :
  • Minimum deposit 5 gram
  • Segala transaksi samaada membeli atau menjual mesti minimum 5 gram
  • Pelaburan ini bersandarkan emas dengan ketulenan 999.99
  • Kelebihan Maybank jika kita nak 'withdrawal' atau nak keluar duit, ada 2 kaedah :

1) Tulis kat borang, berapa gram nak keluar duit, pastu pegi kaunter. Pegawai kaunter akan kira harga beli bank dan bagi kita duit tunai.

2) Sama gak prosedurnya, tulis kat borang berapa gram nak keluar.Pastu bagitau kat pegawai kaunter ' saya tak mau tunai. Saya nak gantikan tunai dengan emas fizikal ( dipanggil Gold Wafers. Emas daripada Switzerland). Minimum emas yang ditawarkan 10gram. Paling tinggi 50 gram. Tengah-tengah 20g. Contohnya camni la... saya nak keluarkan 10 gram tapi tak mau duit. Saya nak tukar dengan emas fizikal 10 gram. Nanti, pegawai tu bagi emas seketul kat kita.Pastu balik...jangan lama2 kat situ..kang kena rompak baru tau.

Nak tau berapa perbezaan antara harga jual dan beli bank. Kita kena tau maklumat ni supaya kita mudah nak buat perbandingan dengan bank-bank lain yang menawarkan akaun pelaburan emas.
12 Januari 2011
Harga Jual : RM 139.10 ( Harga yang kita beli kat bank)
Harga beli : RM 133.47 ( Kalau kita nak keluar duit, ini lah harga yang bank akan kenakan)

Perbezaannya : RM 139.10 - RM 133.47  = RM 5.63
RM 5.65 / RM 133.47  =   4.22% ( Ini lah keuntungan bank )
Cuba la bandingkan dengan Public Bank, UOB, Kuwait Bank dan Bank Rakyat. Mana-mana yang menawarkan peratusan paling kecil, maksudnya lebih menguntungkan kita.

Seterusnya tengok analisis ni....

Saya ada simpan akaun GSPA ni pada 28 Ogos 2009 dengan 14 grams. Masa tu harga jual ialah RM 110.68. Jumlah yang saya laburkan ialah : RM 1549.52. Saya masih ingat masa tu, pegawai kaunter tu nasihat saya jangan labur lagi sebab harga tinggi. Tapi saya tetap dengan pendirian saya untuk melabur.

Hari ni, 12 Januari 2011. Setelah 1 tahun, 4 bulan lebih, Harga jual jadi RM 139.10 dan harga beli RM 133.47. Kalau saya nak keluar duit, saya kena guna harga beli bank RM 133.47. Maka duit yang saya terima sebanyak RM 1868.58.Jom tengok ada untung tak saya. 

Keuntungan saya :  RM 1868.58 - RM 1549.52  = RM 319.06  ( 20.59% )

Camne... dah fikir apa kesimpulannya. Simpanan GSPA keuntungan 20.59%. Simpan duit guna akaun simpanan kat bank dapat keuntungan sekitar 1-4%. Simpan kat Tabung Haji, keuntungan sekitar 5%. Bank Rakyat sekitar 15%. Akaun Simpanan Tetap, paling tinggi pun 4%....INFLASI 4%....Buat la perbandingan sendiri ye, mana yang lebih menguntungkan kita semua.