I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, October 13, 2010

PERMAINAN ' MONOPOLY WORLD EDITION ' : Kenapa tak undi Kuala Lumpur. Akhirnya bandar Israel yang masuk 'ranking'...kecewa...

Mr. Monopoly atau Rich Uncle Pennybags
OKTOBER 2010
 
'MONOPOLY' dilahirkan pada 1903 oleh Elizabeth J. Magie Philips dan secara rasmi dipasarkan pada tahun 1924.Elizabeth cipta permainan ni sebab nak bagitau tentang 'single tax'. Maksudnya, dia cuba nak bagitau tentang kesan negatif kalau kita sorang-sorang memonopoli tanah. Dulu, bukan nama 'MONOPOLY' tapi menggunakan nama 'THE LANDLORD'S GAME'. Nama 'MONOPOLY' diambil daripada istilah ekonomi bermaksud sorang-sorang dia je mengawal sesuatu pasaran di satu-satu tempat. Kalau nak tau, tujuan asal 'MONOPOLY' dicipta satu ketika dulu, niatnya adalah baik tapi sekarang falsafahnya telah diubahsuai. Sekarang ni, 'MONOPOLY' mengajar macammana nak bankrupkan ramai orang dan kita sorang je yang kaya raya. Kita boleh nak bagi orang lain kaya tapi mungkin sorang atau sedikit sahaja. ermmm gilaaa.....memang kapitalis dan cara ekonomi yahudi betul la....Bayangkan la, lebih daripada 1 billion manusia termasuk saya yang dah main dan pada tahun 1999, 'MONOPOLY' berjaya masuk 'Guinness Book of Records' kerana lebih 500 juta yang dah main. Bayangkan la, daripada 1 billion tu, berapa ramai yang dah terpedaya dengan falsafah permainan 'MONOPOLY'.Bukan maksudnya, kita tak boleh main 'MONOPOLY' ni, 'so' tanggungjawab kita la kena ubah balik falsafah ni lebih kepada yang lebih baik sesuai dengan ajaran agama kita.

MONOPOLY
HERE & NOW : WORLD EDITION

Gydnia, Poland
Dipasarkan pada tahun 2008. 'MONOPOLY World Edition' mengandungi nama-nama lokasi yang paling popular di DUNIA. Lokasi ni bukan dipilih oleh pengeluar tapi melalui undian berjuta penduduk dunia melalui internet. Saya pun undi gak, pilih Kuala Lumpur...Keputusan undian telah disiarkan oleh syarikat Hasbro pada 20 Ogos 2008. Hasilnya, undian tertinggi jatuh kat GYDNIA, Poland. Bandar yang berhampiran Lautan Baltik dan terkenal dengan bangunan dan monumen bersejarah.. Canada dan China, masing-masing ada 3 bandar yang berjaya masuk petak utama 'MONOPOLY'. Kuala Lumpur dapat no. 24 je daripada 70 bandar di dunia. Disebabkan petak-petak 'BOARD MONOPOLY' ni cuma disediakan 22 petak je...maka Kuala Lumpur telah gagal...eeeee terlebih dua je...Yang saya geram ni, macam mana Jerusalem yang dikaitkan dengan Israel, boleh dapat nombor 17, 'So' bandar ni masuk la dalam petak utama... Asalnya, ramai masyarakat dunia yang pro palestin, 'protest' dan Hasbro setuju, bandar tersebut dikeluarkan.Tapi entah camne, kerajaan haram Israel tak puas hati dan buat bantahan.Akhirnya, syarikat Hasbro terpaksa tunduk dan memohon maaf kepada semua peminat 'MONOPOLY' untuk membenarkan semula penyertaan Jerusalem dalam permainan 'MONOPOLY'.


 FAKTA MENARIK PASAL 'MONOPOLY , WORLD EDITION'
  • Permainan ni guna matawang dinamakan Mono berdasarkan konsep Euro, M, semuanya main juta-juta
  • 'MONOPOLY' ni dijual dengan 2 edisi. Satu edisi guna mesin kad & kad kredit, harganya RM 169.90. Satu lagi edisi guna kertas duit dan butang lelong, harga RM 109.00
  • Bila kita main 'MONOPOLY' World Edition, kita seolah-seolah seperti pelabur hartanah global.Kita beli hartanah di bandar-bandar tumpuan dunia dengan melibatkan pelaburan bernilai jutaan. Maksudnya, kalau kita menang, kita 'conquer' atau monopoli pelaburan satu dunia. ( Macam angan-angan Mat Jenin. Petronas, walaupun syarikat gergasi Malaysia baru labur tak sampai 5 buah negara. Kadang-kadang macam tak praktikal je permainan ni.)
  • Dadu zaman dulu ('spin')
  • Permainan ni boleh menarik minat pemain untuk belajar menjadi pelabur hartanah yang berjaya.Sebenarnya, boleh praktikkan dalam kehidupan. Contohnya, mulakan secara perlahan-lahan dengan beli tanah atau rumah, kemudian kita sewakan atau kita jual jika harga meningkat.
     

NAK AJAR SIKIT-SIKIT CARA NAK MAIN....
  • Baling dadu dulu. Sapa paling tinggi, orang tu kena jalan dulu dan giliran ikut arah jam
  • Kalau mendarat kat petak bandar...apa tunggu lagi, kalau takde orang beli lagi,  beli la tanah kat situ mengikut harga yang ditetapkan. Kalau tak nak beli, bank akan lelong tempat tu kat semua pemain termasuk pemain yang tak nak beli tadi.Lelongan bermula dengan 10k dalam masa yang ditentukan oleh mesin bank antara 13-50 saat.
  • Bila dah beli semua tanah dalam satu warna, baru la boleh buat rumah atau hotel.Selain tu, sewa yang dikenakan pun dah jadi 'double'.Cara nak beli rumah dan hotel seperti berikut : Buat satu rumah dulu kat setiap hartanah dalam warna yang sama, pastu baru la buat rumah kedua kat semua petak hartanah dalam warna yang sama dan seterusnya cara yang sama gak bila buat rumah ke-3 dan ke-4. Kalau ada hartanah yang kena gadai dalam mana-mana petak yang warnanya sama, maka tidak dibenarkan buat rumah.Kalau kita tak dapat semua hartanah dalam warna yang sama, maka kita tak dibenarkan buat rumah. Nak buat hotel pun sama. Kena buat 4 rumah dulu bagi setiap hartanah yang dalam kategori warna sama.
  • Sapa-sapa yang beli satu 'Utility', camni nak kira sewanya. Tengok berapa nombor dadu yang dia baling sehingga kena kat petak kita.Contohnya no. 12, maka 12 x 4 kali, pastu darabkan lagi dengan 10,000. Jadi pemain tu kena bayar kat kita 480,000. Kalau ada 2 'Utility' , pemain tu kena bayar 12 x 10 kali dan didarabkan dengan 10,000, jadi 1.2 juta.
  • Kalau duit abis, pemain boleh gadai hartanah yang ada kat bank atau jual terus hartanah tu kat bank atau jual segala hartanah kat pemain lain bedasarkan harga yang dipersetujui.Kalau tak boleh gak bayar hutang atau cukai atau perbelanjaan lain, maka diistiharkan anda bankrup dan kalah.

  • Sapa-sapa yang nak gadai hartanah kat bank, ini risikonya. Tidak dibenarkan kutip sewa untuk hartanah yang digadaikan sahaja. Hartanah lain yang tak gadai walaupun dalam warna yang sama, masih boleh kutip sewa lagi.Tak boleh buat rumah dan hotel.Orang lain tak dibenarkan untuk tolong bayarkan nilai gadaian hartanah kita untuk nak tuntut kembali kat bank.Cara nak tuntut balik harta gadaian kita ialah kena bayar kat bank nilai gadaian beserta 10% faedah. Boleh jual gadaian harta kita kat pemain lain dengan harga yang dipersetujui bersama.Pastu pemain yang dah beli harta gadaian kita kena bayar kat bank nilai gadaian beserta 10% untuk nak dapatkan balik harta tersebut.
  • Sapa-sapa yang nak jual hartanah kat pemain lain, pastikan takde rumah atau hotel kat mana-mana petak hartanah dalam warna yang sama. 'So' kena jual dulu rumah atau hotel tu kat bank dulu dengan separuh harga, pastu, baru la boleh jual hartanah kat pemain lain.
  • Tak dibenarkan pemain buat pinjaman daripada pemain lain.
  • Masa tengah baling 2 biji dadu, kalau dapat nombor yang sama untuk kedua-dua dadu, maka pemain tersebut boleh baling sekali lagi. Kalau 3 kali baling , asyik dapat nombor 'double' yang sama je, maka anda kena pegi ke 'jail'
  • Sapa-sapa yang kena 'jail', masih boleh kutip sewa. Kalau nak keluar, ada 3 cara. Pertama, bayar kat bank 500k. Kedua, Guna kad keluar 'jail'. Ketiga, baling dadu dan dapatkan nombor yang sama pada kedua-dua dadu tersebut.. Kalau tak dapat gak baling dadu untuk nombor yang sama sebanyak 3 kali giliran, maka kena bayar 500k kat bank
  • 'Button' Lelong
Cara nak menang, sapa-sapa yang tinggal sorang je main dan yang lain bankrup. Atau boleh gak buat camni, tetapkan masa tertentu, pastu bila dah abis masa, kira la semua jumlah pendapatan.
     

    'MOVERS' , RUMAH & HOTEL...
    Nak bagitau ni... 'Movers', rumah dan hotel yang disediakan dalam 'MONOPOLY' ni bukan main hentam... Semua ada maksud tersendiri, yang melambangkan simbol bagi sesebuah negara. Contohnya 'board MONOPOLY' saya ada 'Football'( simbol Amerika Selatan), 'Cowboy Hat' (Simbol Amerika Utara), Egypian Head Mask'(simbol Afrika), 'Tuk-Tuk' (simbol Asia) , 'Koala' (simbol Australia) dan 'Pretzel' (simbol Eropah). Rumah & hotel juga disediakan bagi menggambarkan benua Australia, Asian, Afrika, Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Utara.

    GALERI GAMBAR BERSAMA PELAJAR SAYA......




















    No comments:

    Post a Comment

    Post a Comment