I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 28, 2010

AKAUN SIMPANAN 'BANK SIMPANAN NASIONAL' : Berbaloi ke simpan kat sini...

Tanya la sapa-sapa. Majoriti mesti ada Akaun BSN terutama pelajar-pelajar sekolah Rendah dan Menengah sebabnya pegawai BSN ni rajin pegi sekolah-sekolah cari ahli baru.Mengikut sejarahnya, pada tahun  1888 dan 1893 wujud dua buah bank dinamakan Perak Savings Bank dan Selangor Savings Bank. Kemudian bank ini diambil alih oleh kerajaan dan dinamakan Post Office Savings Bank.
Pada tahun 1974 baru la diubah kepada Bank Simpanan Nasional.
ADAKAH BERBALOI KITA SIMPAN DUIT BANYAK-BANYAK DI BSN. Untuk jawab persoalan ini, mari kita kaji kadar keuntungan / kadar faedah yang ditawarkan oleh AKAUN SIMPANAN BSN
( Akaun paling 'glamour' dikalangan rakyat Malaysia)

AKAUN BSN GIRO (ISLAMIC)
Baki Akaun                                Kadar Keuntungan
Atas RM 5000                             0.45%
RM 5001 - RM 50,000                  0.85%
Lebih RM 50,000                        1.15%

AKAUN BSN GIRO ( KONVENSIONAL)
Baki Akaun                                Kadar Faedah
Atas RM 5000                            0.40%
Atas RM 50,000                         0.80%
Lebih RM 50,000                       1.10%

ANALISIS
  • Simpan kat akaun berasaskan Islam lebih tinggi kadar keuntungannya dan apa yang pasti terlepas daripada Riba.
  • Adakah duit kita berkembang dan lebih menguntungkan dengan mengambil kira inflasi 2%. Jom kita buat pengiraan sikit. Andaikan baki simpanan duit kita RM 10,000. Kadar keuntungan yang diperolehi ialah 0.85%
RM 10,000 x 0.0085  = RM 85 setahun
Alamak hanya RM 85 sahaja duit kita berkembang. Harga gula naik, harga petrol naik, harga gas masak naik, harga ayam naik dan semua naik sehingga menyebabkan inflasi 2% setahun pastu duit yang kita simpan kat BSN hanya berkembang 0.40% - 1.15% je. 'SO' ADAKAH IANYA BERBALOI....Jawapannya RUGI. Bukan makin bertambah tapi hakikatnya duit yang kita simpan semakin berkurang. 

Kalau bandingkan dengan Bank Perdagangan, nampaknya BSN ni menawarkan kadar keuntungan lebih tinggi.... (Rujuk artikel Akaun Simpanan Bank Perdagangan)




No comments:

Post a Comment