Mungkin ada di antara kita yang pernah ambil subjek ekonomi. Merungut. tak... Ramai pelajar saya merungut mengatakan subjek ekonomi ni susah, banyak sangat konsep-konsep kena ingat, macam-macam perkataan ekonomi yang bombastik hinggakan orang kampung pun nganga tak faham, asyik main dengan nombor je, ermmm asyik-asyik keluk, keluk, keluk, pastu asyik nak cari persamaan je ('equation').
Masa saya ambil 'Master in Economic', ada kawan-kawan yang menegur saya " boleh ke bawak, nak cari nahas ke". Ye la, ijazah saya ni dalam bidang 'Marketing', tiba-tiba nak masuk bidang ekonomi pulak. Lain bidang tu. Persoalannya kenapa saya tak mau ambil 'Master' bidang perniagaan tetapi tetap berdegil ambik bidang ekonomi. Jawapannya mudah, saya nak memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila saya masuk kelas, apa yang saya belajar, semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan macammana nak 'cipta persamaan'.Memang 'tension' dan sangat teruk belajar master ni hinggakan saya pening kepala yang amat sangat dan dinasihatkan membuat pemeriksaan di Hospital Pakar.
Persoalannya apa yang saya dapat ? Jawapannya, 'nothing' (takde ape-ape). Cuma saya dapat belajar ilmu yang saya tak pernah tahu dan tak boleh nak praktikkan dalam kehidupan saya, ilmu yang saya tak boleh nak kongsi dengan masyarakat dan akhirnya saya dapat sijil kat konvokesyen. Itu sahaja....maksudnya saya berjaya dapat sijil tapi saya gagal mencapai objektif saya.
Sekarang, baru saya menyedari dan faham sikit-sikit. Memang bidang ekonomi ini dicipta oleh orang barat untuk menjadi susah, rumit, sukar dan penuh tekanan. Semua kesukaran ini bukan tak disengajakan tapi DISENGAJAKAN. Kesukaran yang dibuat hanya sekadar TOPENG.Sebabnya mudah, supaya dapat mengelakkan semua manusia kat dunia ni memahami ekonomi. Kalau semua manusia tau tentang ekonomi, maka makin banyak lah terbongkarnya segala rahsia penipuan, konspirasi, kezaliman, ketidakadilan dan kejahatan yang dilakukan oleh orang-orang barat terutama konspirasi orang yahudi ke atas sistem kewangan dunia. Jadi, hanya orang-orang tertentu sahaja yang berusaha mencari kebenaran mampu memahami ekonomi.
Mengapa saya cakap camni... Dulu memang ramai yang tak menyedari penipuan sistem kewangan dunia. Sekarang, bila Allah beri bala dengan kejatuhan dollar Amerika, Kejatuhan minyak mentah dunia, kemelesetan ekonomi dunia termasuk Malaysia, kemelesetan ekonomi Eropah yang menyebabkan negara Greece muflis dan peperangan ke atas Iraq dan Afghanistan menyebabkan satu persatu orang mendedahkan rahsia penipuan dan konspirasi sistem kewangan dunia.Sekarang ramai orang dah sedar bahawa 'KITA DAH KENA TIPU' , 'KITA DAH DIPERMAINKAN' oleh sistem kewangan
Camni ceritanya....'BAGAIMANA WANG DOLLAR DICIPTA'
Sebab apa pilih contoh Dollar. Jawapannya, sebab Dollar ni digunakan satu dunia sebagai pertukaran matawang asing dalam menjalankan urusniaga antarabangsa. Kalau lingkup dollar menyebabkan satu dunia akan menerima kesan negatif yang menyiksakan.Dalam erti kata lain Dollar telah menjadi PEMBULI matawang dunia.
Amerika ni melalui Bank Pusat, ada satu dokumen rasmi berkaitan panduan asas proses penciptaan wang. Nama dokumen tu ialah 'Modern Money Mechanics'. Contoh paling mudah dan senang nak faham seperti berikut...
Federal Reserve USA |
Akhirnya jadila kertas yang dinamakan 'Federal Reserve Note'.Kemudian wakil kerajaan Amerika dan wakil 'Federal Reserve' pun bertemu di satu lokasi dan buat pertukaran. Wakil kerajaan Amerika akan bagi kertas 'Treasury Bond' 100 billion tu kat Wakil 'Federal Reserve' manakala Wakil 'Federal Reserve' bagi kertas 'Federal Reserve Note' 100 billion kat Wakil Kerajaan Amerika. Apabila selesai proses pertukaran maka wakil kerajaan Amerika tadi pun pegi ke bank.
Sampai kat bank, Wakil Kerajaan Amerika pun bagi kertas 100 billion 'Federal Reserve Note' tu kat pegawai bank untuk didepositkan atau disimpan dalam akaun bank.Selesai sahaja urusan memasukkan 'note' tadi dalam akaun bank maka secara rasminya kertas 'note' tersebut menjadi wang yang sah diperlakukan. Akhirnya, bertambahlah 100 billion bekalan wang kat Amerika. Akhirnya berjaya kerajaan Amerika mencipta 100 billion sebagai wang baru...ermmmm...senangnya diaorang cipta duit. Ini contoh umum je supaya kita senang nak faham. hakikatnya semua urusniaga tersebut menggunakan elektronik tanpa melibatkan sebarang kertas. Hanya 3% sahaja wang dollar Amerika wujud dalam bentuk fizikal manakala 97% wujud dalam komputer sahaja.
Kesimpulannya, kalau kita tak sedar, kita anggap penulisan ni macam takde apa yang menarik pun. Biasa je...Walhal, hakikatnya, ada rahsia yang cukup, cukup, cukup besar yang memang kesannya terkena secara langsung kat muka kita setiap hari. Apa rahsianya... ini dia.. WANG YANG DICIPTA TADI TIDAK ADA NILAI LANGSUNG DAN TIDAK BERSANDARKAN APA-APA PUN.
Abis tu wang dicipta berdasarkan apa. 'WANG DICIPTA DARIPADA HUTANG'. Takde sandaran langsung daripada barang yang bernilai seperti emas, perak atau barang komoditi. Memang teruk, 'very nonsense', penipu dan tak logik langsung. Memang tak patut penciptaan wang adalah berdasarkan hutang. Bila ini berlaku jangan harap la INFLASI akan turun. INFLASI akan naik setiap masa. Jangan harap la kita boleh beli roti canai berharga 30 sen seperti zaman 1980an.
Boleh saya sambung balik.....
Biasanya setiap bank kat dunia akan diarahkan oleh bank pusat masing-masing untuk buat penyimpanan peratusan tertentu daripada jumlah simpanan. Senang nak kira, saya bagi contoh 10%. Maksudnya daripada 100 billion duit tadi, 10 billion (10%) wajib disimpan oleh bank manakala 90 billion digunakan untuk bagi hutang kat orang ramai. Dalam erti kata lain, duit 90 billion tu boleh digunakan untuk mencipta wang baru dengan TIDAK BERSANDARKAN apa-apa pun disebabkan adanya PERMINTAAN daripada orang ramai untuk buat pinjaman. Cuba baca contoh mudah ni...Ada orang nak pinjam 90 billion kat bank.Biasanya sebelum nak guna duit 90 billion tu, dia akan simpan balik dalam akaun bank kan. Takkan la nak letak 90 billion kat bawah bantal, kena rompak la jawabnya.
Sedar tak sedar, sebenarnya duit 90 billion yang kita masuk dalam akaun tu digunakan balik oleh bank untuk tawarkan pinjaman kat orang lain. Proses ini akan berlaku secara berterusan dan tanpa kesudahan selagi ada orang lain yang nak buat pinjaman. Secara matematiknya camni la... daripada 100 billion yang disimpan oleh kerajaan Amerika tu, bank boleh cipta wang baru sebanyak 9 kali ganda 'NILAI' daripada 'NILAI ASAL'atau 900 billion tanpa ada sebarang sandaran. (orang biasa kata 'untung atas angin').Ini akan menurunkan nilai wang dan menaikkan harga barang. Contohnya 1 dollar pada tahun 1913 memerlukan 21 dollar 60 sen pada tahun 2007 untuk menyamai nilainya. Berlaku penurunan sebanyak 96%.
Wang baru 900 billion tersebut telah mencuri nilai dari wang yang tersedia ada dipasaran (ingat tak 100 billion adalah duit sedia ada). 900 billion ini telah MENINGKATKAN JUMLAH WANG di pasaran. Dalam masa yang sama JUMLAH BARANG DAN PERKHIDMATAN dipasaran TIDAK MENINGKAT. Ini akan mengakibatkan HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN MENINGKAT. Akhirnya, MENGHAPUSKAN KUASA BELI bagi setiap wang. Ini dipanggil INFLASI.
INFLASI ini adalah CUKAI yang tak nampak. Mungkin selama ni, kita hanya tahu bayar cukai pendapatan individu setiap tahun. Tak bayar kena saman. Selama ni kita hanya tahu bila makan Pizza kena bayar cukai jualan sebanyak 5% dalam bil kita.Selama ni kita hanya tahu, bila beli kereta Toyota Vios kena bayar cukai import/ cukai eksport dan cukai eksais. Selama ni kita hanya tahu, bila ada kad kredit kena bayar cukai sebanyak RM50 kat kerajaan. Selama ni kita hanya tahu bila tempah hotel, kena bayar cukai perkhidmatan.Ramai orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya terpaksa menanggung CUKAI INFLASI setiap tahun.Cukai lain ada gak turun naik nya atau mungkin dilupuskan tapi CUKAI INFLASI tidak akan turun sampai bila-bila. Dia akan makan duit kita tanpa disedari dan secara perlahan-lahan.Cuma nombor sahaja yang mungkin berkurang, hakikatnya INFLASI akan naik setiap tahun. Kesimpulannya selagi wang baru terus beranak pinak tanpa ada keseimbangan dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang dijual kat pasaran maka akan sentiasa lah menurunkan nilai wang kita.Secara realitinya kita tak boleh nak elak inflasi dan inflasi ini dicipta memang disengajakan.
Dalam sistem kewangan sekarang wang adalah berasal daripada hutang atau pinjaman. Semakin banyak wang, semakin banyak hutang. Satu-satunya cara wang 'WUJUD' adalah melalui hutang atau pinjaman.Oleh itu jika kerajaan dan semua orang dalam negara bayar hutang maka tiada lagi dollar yang wujud dalam kitaran.Jika tiada hutang dalam sistem kewangan maka tidak akan ada wang.Persoalannya adakah kerajaan Amerika mampu bayar hutang.
Jawapannya , -Tidak-. Realitinya, Amerika pernah berjaya membayar semua hutangnya kali terakhir pada tahun 1835.Kesimpulannya ' Wang yang bank bagi pinjam kat kita secara undang-undangnya tidak wujud pun sebelum itu. Wang tersebut adalah palsu dan pihak bank tidak pernah ada wang sebagai harta untuk memulakannya.