I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 30, 2011

KARNIVAL SISWA NIAGA KOLEJ PROFESIONAL MARA / KOLEJ MARA SEMALAYSIA : FROM ZEROOO TO HEROOO.......

24-27 FEBRUARI 2011

My Star....
Pada 24 Februari 2011, saya dan cikgu Mior pilih 18 orang daripada kuliah saya untuk menyertai KARNIVAL SISWA NIAGA KOLEJ PROFESIONAL MARA & KOLEJ MARA SEMALAYSIA. Saya tak buat pemilihan pun cuma main tunjuk-tunjuk je sapa yang nak masuk pertandingan. Tapi saya bagi guarantee kat diaorang "i will make sure, you will win".

Paling best pada saat ni ialah kami tak pilih student yang biasa masuk pertandingan, tak kira samaada di sekolah atau kolej. Majoriti semua jenis yang jarang dan tak pernah langsung diberi peluang oleh cikgu untuk masuk sesuatu pertandingan. Tapi we give you opportunity because we want to proof that you will be FROM ZERO TO HERO... FROM NOTHING TO CHAMPION.
Pertandingan camni bagus untuk mendidik pelajar  menjadi usahawan dan paling penting mengeluarkan segala potensi diri yang dah lama terpendam dalam diri.

PERTANDINGAN CASHFLOW / ALIRAN TUNAI

Pertandingan Cashflow ni ialah daripada penciptanya bernama Robert Kiyosaki. Tak seglamour Catur Bistari yang dah buat pertandingan peringkat kebangsaan. Permainan cashflow ni masih ramai yang tak tau dan lebih kurang macam Catur Bistari. Pemain kena fikir macam mana nak dapat pendapatan pasif yang melebihi perbelanjaan supaya dapat masuk petak hidup senang.

Pada pusingan awal tu, pasukan kami dapat no. 5. Ini tak boleh jadi. Kami kena fikir strategi baru untuk pusingan ke-2 nanti. Nak johan memang takde harapan, tapi boleh untuk dapat naib johan atau ketiga. Kami terpaksa gunakan strategi yang sangat berkesan iaitu strategi MANIPULASI. Akhirnya dengan strategi ni, kumpulan kami berjaya gak melonjak ke tangga nombor 2 dan 3.... Bukan menipu tau.. manipulasi je...

 
 
 
 
Sedang mengharapkan keajaiban....sebab dah nak lingkup
 PERTANDINGAN CABARAN JUALAN SEBENAR

Penganjur bagi 8 produk EKS yang tah apa-apa. Kemudian kita kena jual barang tersebut dalam masa satu hari sekitar Ipoh hingga la ke Lumut.Terpaksala kami menelepon suku sakat, anak beranak, saudara-mara dan kawan-kawan supaya beli produk kami.Tumpuan kami pegi ke Pasar tani dekat dengan stadium, sokolah TAKYAH ( Sori lupa nama sekolah) dan Sekolah tepi Garden POLO ( im sori tak tau nama sekolah).

Bukan senang nak jumpa orang ramai yang tak kenal untuk jual produk yang belum dipasarkan. Muka kena tebal..Kena pandai cakap..Kena tak tau malu..Kena tahan telinga daripada pembeli..Kena tahan kepanasan matahari dan kaki kena steady sebab banyak berjalan. Pengalaman diaorang sampai kena kejar anjing semata-mata nak cari pelanggan. Anyway...ini pengalaman baru...bila pikir-pikir lepas tu, syok gak buat benda-benda camni.


 
 

Kenapa diaorang ketawa terbahak-bahak ye..

Sampai berkerut nak susun strategi ni....

My Princess...

 



PENYAMPAIAN HADIAH

Anyway tahniah kepada team kolej sebab dapat :

NAIB JOHAN KESELURUHAN KARNIVAL SISWA NIAGA
NAIB JOHAN PELAN TINDAKAN STRATEGI TERBAIK
NAIB JOHAN PERSEMBAHAN TERBAIK
NAIB JOHAN PERTANDINGAN CASHFLOW/ALIRAN TUNAI (INDIVIDU)
NAIB JOHAN ASET TUNAI TERTINGGI ALIRAN TUNAI  (KUMPULAN)
TEMPAT KE-3 KESELURUHAN TERBAIK PERTANDINGAN ALIRAN TUNAI.

You all memang layak digelar 
FROMMM ZEROOOO TO HEROOOO





GERAI JUALAN ; Training Sebelum Jadi Usahawan Jutawan....

 FEBRUARI 2011
Ini adalah aktiviti perniagaan paling bagus untuk mengajar pelajar-pelajar jadi peniaga. Diaorang kena buat semua. Mencari bahan mentah, memasak, menjual dan merekod kewangan. Kesan yang paling mendalam kalau buat aktiviti gerai ni ialah you all boleh jadi berani, berkeyakinan, tahan sabar, bijak buat keputusan dan paling penting you all dah satu step ke depan untuk menjadi Jutawan Gerai paling hebat di Malaysia. Lepas ni kalau menganggur, at least tau la camne nak buka gerai jualan. Dalam tempoh 2 jam sahaja meniaga, diaorang berjaya mendapat jualan hampir RM 3,000. Banyak tu... gaji cikgu pun tak sampai camtu.

( Gambar di bawah : Kenangan Gerai Jualan semasa Hari Ko-K Kolej MARA Kuala Nerang 2011)