Pada 2-4 Februari 2012, saya menganjurkan kursus keusahawanan kepada 40 orang pelajar Kolej MARA Kuala Nerang di Jerejak Rainforest Resort...ermmm, student lagi dah dapat merasa kursus di resort yang ada kelass gituuu....
Gambar di Bawah : Perjalanan dari jeti ke Jerejak Rainforest Resort..ambil masa 30 minit gak nak sampai...Syok gak tengok pemandangan di pinggir Pulau Pinang ni...
Objektif kursus kali ini diharapkan dapat membentuk karakter usahawan yang kreatif, inovatif, berdaya saing dan mampu mencipta peluang. Selain itu, pelajar-pelajar ini diberi ilmu pemasaran dan mempraktikkannya dalam pembentangan.
Gambar di bawah : ni la resort, tempat kami berkursus. Kolam renang pun ada..Biasa la budak-budak, bila tengok swimming pool, apa lagi terjun la diaorang..
Gambar di Bawah : Perbincangan kumpulan
Gambar di bawah : AKTIVITI 1 : MENCANTING BATIK
Bagus aktiviti ni sebab membina kreativiti dan inovatif.
Gambar di bawah : AKTIVITI 2 : GLASS PAINTING
Aktiviti yang paling saya suka. Kalau kat kedai ni, boleh dijual sekitar RM 10 hingga RM 30 ni...
Gambar di bawah : AKTIVITI 3 : REKACIPTA ROBOT
Bahan terbuang pun boleh jadikan benda bernilai.. ha ha boleh jadi Jutawan Sampah ni...
Gambar di bawah : CERAMAH KEUSAHAWANAN
Ceramah dari Dr Nabsiah, Universiti Sains Malaysia berkaitan teori pemasaran.
Gambar di bawah : Release tension...naik basikal sekitar Pulau Jerejak yang menyeramkan dan dipenuhi ribuan monyet. Main bola pantai pun boleh...
Gambar di bawah : Waktu malam, pihak resort bagi special dinner...BBQ...best...
Gambar di bawah : SESI PEMBENTANGAN HASIL KERJA DAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Gambar di bawah : Gambar kenangan setiap kumpulan
Gambar di bawah : Perjalanan pulang...tak boleh lama-lama nanti meningkat kos...