I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 2, 2012

PERTANDINGAN PERNIAGAAN ONLINE INSTITUSI PENDIDIKAN MARA

 JANUARI 2012
Pertandingan ini lebih kepada menjana pendapatan melalui PERNIAGAAN ONLINE. Hadiah pertandingan melibatkan 2 kategori iaitu Untung Tertinggi dan Jualan Tertinggi.Taklimat pertandingan di buat pada 28 Januari 2012 di UniKL MFI Bandar Baru Bangi.

 

KONSEP PERTANDINGAN
Produk + Tapak + Marketing + Delivery = Payment

Produk : Penganjur akan senaraikan lebih 50 produk EKS dan terpulang kepada syarikat peserta untuk memilih produk yang ingin dijual.

Tapak : Syarikat peserta akan membina tapak percuma melalui www.my1stop.my . Boleh tahan gak web ni sebab konsepnya membeli belah di internet seperti membeli belah di shopping complex. Ada lebih 600 kedai dengan lebih 3,000 produk, lebih 100,000 pelawat dan 35 juta hit sebulan.Selain itu, kelebihan web ini ialah membeli dan membayar menggunakan kad kredit atau perbankan online. Boleh semak rekod dan status tempahan secara online.Berinteraksi menerusi chat dan message board di mana-mana e-store dan boleh melihat senarai produk terkini.

Web ni senyap-senyap je tetapi yang ke-4 popular selepas ebay, lelong, mudah dan amazon.Bezanya, ebay dan lelong ni lebih kepada tawar menawar (bidding). Kalau Mudah.com, dalam web tu ditunjukkan gambar kemudian kita kena call orang yang pamer gambar produk tu. Kalau My1Stop lebih kepada konsep membeli belah dalam shopping complex secara maya. Bayar tapak setahun RM 300 je...

 
 

Marketing : Syarikat peserta akan buat pemasaran sendiri. Tak kisah melalui mulut ke mulut ke atau melalui facebook atau promote je la kat mana-mana.

Delivery : Pihak penganjur iaitu UniKL akan edarkan produk yang dibeli kepada pelanggan melalui pos laju.Pelanggan kena bayar kos penghantaran.

Payment : Pelanggan akan membuat pembayaran secara online.

Tempoh Pertandingan : 28 Januari 2012 - 19 Februari 2012


No comments:

Post a Comment