OKTOBER 2010
Pernah tak dengar permainan 'CASHFLOW 101'..Kat Malaysia ni memang tak 'glamour' lagi sebabnya :
- Harga 'board' permainan ni mahal. Satu lagi, jangan harap la boleh beli kat mana-mana kedai kat Malaysia ni.Kedai Toys r us pun tak jual.Paling dekat pun boleh beli kat Singapura.Masa awal-awal beli dulu, harga satu 'CASHFLOW' ber bahasa Inggeris, beli 'online' 'direct' daripada Amerika, harganya sekitar RM800.Kalau Bahasa Indonesia-Singapura boleh mencapai sehingga RM400.
- Permainan 'CASHFLOW' ni banyak digunakan oleh motivator-motivator kewangan dan pelaburan dalam kursus-kursus. 'So' kena la bayar antara RM 50 - RM 500 seorang untuk dapat ilmu ni. Sanggup....Kesimpulannya, hanya orang tertentu sahaja tau.. ( Kalau saya ajar 'free' je tapi kena jadi 'student' saya dulu la)
MEH KITA KENAL DULU SAPA PENCIPTA PERMAINAN NI YE....
Penciptanya ROBERT KIYOSAKI. Lahir kat Hawai, keturunan Jepun-Amerika.Untuk jimat masa, saya terus crita masa dia dah besar je la ye.Masa awal-awal dulu, beliau kerja sebagai jurujual mesin fotostat syarikat Xerox je. Pastu berhenti dan jual dompet berjenama dan berjaya perniagaan ni.Pastu jual T'shirt ekslusif untuk peminat-peminat Heavy Metal dan perniagaannya lingkup.Kerugian yang ditanggung ni menyebabkan beliau hampir-hampir kehilangan rumah.Kiyosaki, kemudiannya masuk satu seminar bertajuk 'Money & You' yang disampaikan oleh Marshall Thurber.Pada satu ketika, atas sebab-sebab tertentu, motivator Marshall ni tak mau menguruskan program motivasi lagi. Jadi, Kiyosaki bersama rakannya cepat-cepat ambil alih perniagaan ni.Masa umur Kiyosaki 47 tahun, perniagaan perunding motivasi ni kurang menguntungkan dan digantikan dengan syarikat Cashflow Technologies dengan mempromosikan konsep 'Rich Dad' dan 'Cashflow'.Pada masa ini lah kejayaan demi kejayaan tiba.Beliau menulis buku yang menjadi fenomena di seluruh dunia iaitu 'Rich Dad, Poor dad'.Selepas itu maka tercipta lah permainan 'CASHFLOW 101'.
NI PENCAPAIAN SAYA DAN 'STUDENT' SAYA DALAM PERTANDINGAN 'CASHFLOW'
Gambar di atas : 2009 - Naib Johan Pendapatan Tertinggi Pertandingan 'Cashflow' (kumpulan) & Johan - Individu Pendapatan Tertinggi peringkat KPM/KM se Malaysia di KPM Bandar Penawar Johor
Gambar di atas : 2010 - Johan Pertandingan 'Cashflow' (Keluar 'Rat Race' paling pantas berkumpulan), Naib Johan Pendapatan Tertinggi berkumpulan 'Cashflow' peringkat KPM/KM se Malaysia di KPM Ayer Molek Melaka.
APA YANG HEBATNYA PERMAINAN NI...
oiii permainan ni lain daripada yang lain tau, sesuai la dengan harganya yang mahal.Secara peribadi, permainan ini cukup memberi kesan mendalam dalam perlakuan kita seharian. Ianya bukan sekadar permainan, cukup praktikal dan benar-benar mengajar kita terutama orang yang dah bekerja bagaimana nak bijak dalam menguruskan kewangan.
Umumnya, 'CASHFLOW GAME' mengajar kita sebagai orang yang bermula dengan makan gaji, bagaimana menguruskan pelaburan kewangan dengan bijak. Tak kira la samaada bergaji besar atau bergaji kecil.Setiap profesion ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Contohnya seorang doktor, gajinya besar tapi hutang dan tanggungannya pun besar.Seorang Tukang cuci, gajinya kecil tapi hutangnya pun kecil.Dalam erti kata lain, orang yang makan gaji ni ibarat seperti kehidupan tikus yang asyik berlari ke sana sini, tak senang duduk. Tak percaya, cuba la tangkap tikus, senang tak nak tangkap. Maksudnya, wang yang sentiasa tak cukup, sentiasa resah setiap bulan memikirkan hutang dan kerja tak henti-henti bagi mengayakan orang lain.
Persoalannya, bagaimana nak lari daripada dunia tikus ini. Caranya cari PENDAPATAN PASIF yang dapat menampung segala perbelanjaan dan dalam masa yang sama gaji pun masuk setiap bulan.
PENDAPATAN PASIF boleh kita perolehi dengan cara menggunakan wang gaji kita untuk tujuan pelaburan. Kalau nak dapat banyak tunai, labur la kat saham biasa, saham keutamaa, saham amanah, pelaburan emas dan lain-lain pelaburan yang menguntungkan jangka masa pendek dan sederhana.Bila dah ada duit lebih, baru la kita labur kat pelaburan hartanah, pelaburan perniagaan dan pelaburan saham syarikat yang boleh memberi kita PENDAPATAN PASIF dalam bentuk sewa, dividen, faedah, royalti, elaun dan seumpamanya. Kesimpulannya, PENDAPATAN PASIF ni macam kita dapat duit goyang kaki je. Bukan kita yang bekerja keras untuk dapat duit tapi DUIT yang akan bekerja keras setiap bulan untuk mengayakan kita.Apabila PENDAPATAN PASIF kita berjaya melebihi segala hutang dan tanggungan setiap bulan maka kita dikatakan berjaya keluar daripada perlumbaan tikus ( 'Rat Race') dan kita akan masuk ke dunia orang-orang kaya dalam laluan cepat ( 'Fast Track')
JOM KITA TENGOK SECARA RINGKAS APA YANG ADA KAT 'BOARD CASHFLOW'
Ada dua bahagian:
- BAHAGIAN LUMBA TIKUS ( 'RAT RACE')
Objektif : Kalau nak keluar daripada bahagian Lumba Tikus, pastikan PENDAPATAN PASIF MELEBIHI JUMLAH PERBELANJAAN. 'So' kena la buat macam-macam pelaburan yang boleh memberi aliran tunai positif yang banyak.
Sebelum main, benda-benda ni kena 'settle' dulu :
1. Bagi kat setiap pemain helaian penyata kewangan untuk 'Rat Race' dan 'Fast Track'
2. BAGI KAD PROFESION SETIAP ORANG ( nak senang main satu profesion je untuk semua pemain)
3. PINDAHKAN MAKLUMAT KAD PROFESION KE DALAM HELAIAN PENYATA KEWANGAN
5. AKHIR SEKALI, BAGI LA SEBIJI TIKUS UNTUK JALAN, TOKEN DAN SEBIJI IMPIAN UNTUL DILETAKKAN KAT 'FAST TRACK' ( Setiap pemain diberi warna yang sama)
Kat dalam 'RAT RACE' ni ada macam-macam petak:
- Petak Gaji - Setiap kali mendarat atau melalui mana-mana petak gaji, pemain akan menerima aliran tunai bulanan bersih. Kena sebut 'gaji' atau 'paycheck'. kalau tak sebut atau terlupa, bank tak bagi gaji.Kalau gaji negatif, pemain kena bayar kat bank.
- Petak Peluang - Tempat untuk kita buat pelaburan. Ada pelaburan saham, simpanan tetap, saham amanah, rumah teres, penginapan, perniagaan, rakan kongsi perniagaan, emas, rumah duplex, 'apartment' dan sebagainya. Ada 2 pilihan, samaada pilih urusniaga kecil atau besar.Urusniaga kecil, paling mahal lebih kurang RM5000. Urusniaga besar, paling murah RM 6000. Bila dapat kad tu, baca dengan kuat dan ikut segala arahan yang tertulis.
Perkara penting yang kena tau bila tengok kad urusniaga besar dan kecil :
- Petak Pasaran - Ini adalah tempat untuk kita menuai hasil pelaburan tapi ada gak kad yang menyebabkan kita kena bayar kad bank.Baca dengan kuat dan ikut arahan dalam kad.
- Petak 'Doodads' - Ini adalah kad berkaitan dengan perbelanjaan. Wajib bayar kad bank.
- Petak Derma - kad pilihan. Kalau nak derma, kena bayar 10% daripada jumlah pendapatan kepada bank. Sebagai balasan , bank akan bagi kita lempar dadu 2 kali sebanyak 3 giliran.
- Petak Bayi - Tahniah, dapat anak. Kena tingkatkan perbelanjaan anak kat helaian penyata kewangan.Maksimum anak 3 orang je
- Petak Penghematan - Hilang pekerjaan. Kena bayar jumlah perbelanjaan kat bank dan hilang 2 giliran.
GAMBAR KAT BAWAH NI, CARA-CARA MACAMMANA NAK MASUKKAN MAKLUMAT KAT HELAIAN PENYATA KEWANGAN :
BAHAGIAN LANDASAN CEPAT ( 'FAST TRACK' )
Bila dah dapat PENDAPATAN PASIF melebihi PERBELANJAAN, cakap kat bank 'saya nak keluar Lumba Tikus '. Buat penyata baru kat helaian penyata kewangan Landasan Cepat ( 'Fast Track'). Kali ni, kita dah tak dapat gaji dan penyata yang lama akan dibuang. Aliran tunai kita yang baru ialah Pendapatan Pasif di darabkan 100 kali ganda...banyak tu...Masa kat Landasan Cepat ni kita boleh main 2 kaedah bagi menentukan pemenang ye.
1) Main sampai sapa-sapa yang dapat aliran tunai pelaburan RM 50,000 atau lebih dianggap menang. Kalau nak main cara ni, petak impian berwarna pink, terpaksa diabaikan. Kita main dapatkan pelaburan perniagaan kat petak hijau. Kalau kita dah beli perniagaan kat petak hijau, letak la token kita sebagai tanda. Ada petak hijau yang boleh sorang je beli, ada petak hijau yang boleh beli lebih daripada 2 pemain dan ada petak hijau yang kena baling dadu untuk dapatkan nombor tertentu. Kalau terkena nombor dadu yang disyaratkan dapatla aliran tunai, kalau tak kena , aliran tunai tak dapat langsung.
2) Atau kita main cari impian. Kalau nak main impian ni, sebelum kita main 'Rat Race',setiap pemain dah letak siap-siap apa impian kita kat 'Fast Track'. Jadi, kalau kita berjaya baling dadu dan tepat kena kat petak impian kita yang warna pink tu, maka kita dianggap pemenang.
GALERI GAMBAR PERMAINAN 'CASHFLOW'
1. Sekitar Pertandingan Peringkat Kolej tahun 2009
2. Ceramah 'Cashflow' bersama Motivator Dr Rithauddin
'Batch pertama Kolej MARA Kuala Nerang yang tau pasal 'Cashflow' |
STRATEGI NAK MENANG....
Saya bagi sikit je la ye...Sebenarnya tujuan utama bila main "CASHFLOW' ialah macammana nak bagi cepat keluar daripada petak 'Rat Race'..Memang nikmat betul la bila dapat keluar 'Rat Race', hilang 'tension' & lega sangat la...Sebenarnya banyak strategi boleh buat. Biasa yang saya buat ialah bila ada harga saham sangat rendah, saya akan beli habis-habisan. Kalau tak cukup duit di tangan, saya akan pinjam duit kat bank semaksimum mungkin. Pastu bila harga saham sangat tinggi, saya akan jual semua... Masa ni, saya dapat duit yang saaaangat banyak. Pastu saya akan 'settle' kan pinjaman kat bank dan segala hutang dengan bank seperti gadaian rumah, kad kredit dan lain-lain berkaitan. 'So' bila saya dah abis bayar, maka gaji bulanan saya meningkat dan perbelanjaan saya akan semakin berkurangan pada tahap minimum. Pastu, saya akan main urusniaga besar. saya akan beli perniagaan atau rumah yang mahal-mahal, supaya saya dapat aliran tunai yang sangat tinggi.Sebab apa saya buat camni, sebabbbb...nak bagi pendapatan pasif saya banyak....Pastu, bila PENDAPATAN PASIF melebihi JUMLAH PERBELANJAAN...cepat-cepat la bagitau bank 'NAK KELUAR RAT RACE'
permainan ni ada dalam versi BM ke sebab sy tgk kad-kad dan penyata kewangan yang ditunjukkan semua dalam BM...
ReplyDeletelg satu kat maner ada jual?
Ok ada 2 versi.
ReplyDeleteVersi Eglish US
Versi Melayu Singapura + Indonesia
benda ni dibeli dari consultant yang menjalankan program motivasi berkaitan 'cashflow' kat kolej kami. Setakat ni, saya tak jumpa lg kat Malaysia hatta kat Toy R Us pn takde...Boleh beli melalui on-line dan paling dekat pun kat Singapore
boleh saya dapatkan site yang jual menda ni dan nak tau gak berapa rege dia ?
ReplyDeletecuba check
ReplyDeletewww://cashflowboardgame.com
tercari-cari game ni, lepas baca buku tulisan Kiyosaki; Rich Dad, Poor Dad.
ReplyDeleteharap-harap ada la jual kat Malaysia mcm set catur bistari.Kat KFC pun boleh beli
ReplyDeletebila lagi nak organise game ni ?
ReplyDeletehttp://tuanbri.com/blog/2011/01/cash-flow-101-2011/
next time jangan lupa ajak. tq2x
main2 dgn student je....
ReplyDeleteTq atas perkongsian ilmu ni...
ReplyDeletetuan, saya nak join kelab camne? berminat pulak nak belajar main game ni..
ReplyDelete