I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 18, 2010

CATUR BISTARI : Ni Bukan Catur Tau Tapi PERCATURAN PERNIAGAAN




Masa awal-awal dulu, semua orang ingat CATUR BISTARI ni permainan catur. Jawapannya sangat salah..CATUR BISTARI ni takde kena mengena langsung dengan catur ('chess'). Johor Corporation sebagai pencipta permainan ni menggabungkan konsep Percaturan + Bisnes Untuk Berdikari, maka membentuk nama CATUR BISTARI. Saya dah biasa sangat main permainan ni malah saya perkenalkan kepada pelajar-pelajar saya. 
Bagi saya CATUR BISTARI ni mengajar kita:

  • Berfikir dan bertindak secara kreatif dan berkesan dalam menjalankan aktiviti pelaburan seperti hartanah, perniagaan, saham biasa, saham mewah dan saham amanah.
  • Mendidik kebijaksanaan kita sebagai pemegang saham dan pemilik syarikat dalam mencari peluang pelaburan yang menguntungkan. 
  • Bagusnya permainan ini ialah penekanan menjadi pelabur atau peniaga yang beretika, suka menderma dan membantu orang lain yang memerlukan pertolongan.

LALUAN CATUR BISTARI

Ada 3 laluan. Setiap pemain kena melalui Laluan Makan Gaji dulu ( warna merah), pastu bila cukup syarat masuk laluan kuning iaitu Laluan Tijarah dan akhir sekali Laluan Jihad Bisnes (warna pink kot).

1) LALUAN MAKAN GAJI

Falsafahnya : Kita dah bekerja dan dapat gaji setiap bulan. Kita kena fikir dengan bijak macam mana nak uruskan duit gaji kita beserta bonus supaya duit kita bertambah dan semakin bertambah melalui aktiviti pelaburan yang dijalankan.

Cara Nak Main Laluan Makan Gaji
  • Sebelum mula, banker kena bagi duit gaji RM 3000 dan duit simpanan RM 5,000 kepada semua pemain. Jadi setiap orang akan dapat RM 8,000 untuk 'start' buat pelaburan.
                         
  • Kemudian setiap pemain akan diberi Penyata Pendapatan Pekerja. Segala transaksi pendapatan dan perbelanjaan perlu dicatat dalam borang ini. (Catat mana-mana yang berkenaan je)
 
  • Nanti bila main, setiap kali melepasi 'petak ambil gaji', bagitau banker nak gaji. Kalau lupa, tak dapat gaji. Dapat gaji RM 3000 je tau. Tapi kalau dapat kenaikan pangkat maka gaji akan berubah la.
  • Dalam laluan ni ada 2 kad. 1) Kad Fitrah - Sapa-sapa yang dapat kad ni, wajib bayar kat bank sebab ianya merupakan perbelanjaan individu. 2) Kad Pelaburan - Jika ada pemain yang dapat kad ni, maka orang lain pun boleh ikut serta samaada membeli atau menjual perniagaan dan saham. (Ikut je arahan kad tu)
 
  • Boleh buat pinjaman tapi tidak lebih daripada 3 bulan gaji. Gunakan la duit pinjaman ini untuk buat pelaburan dan bayar perbelanjaan. Setiap kali abis satu pusingan bulatan 'board' catur bistari, pemain kena bayar 10% daripada jumlah pinjaman kepada bank. 10% ni bukan faedah tau.Maksudnya, kalau pinjam RM 10,000, pemain kena bayar RM 1,000 bagi setiap pusingan bulatan. 'So' kalau berjaya pusing satu bulatan sebanyak 10 kali, maka abis la bayar hutang. Takde faedah-faedah...haram... 
  • Cara nak keluar Laluan Makan gaji ni, pemain kena ada tunai sekurang-kurangnya RM 30,000 dan berjaya abiskan semua hutang kepada bank.Pastu jual semua pelaburan kita yang masih belum dirusniaga kepada bank (jika ada). 'So' makin bertambah la duit kita sebagai bekalan ke Laluan Tijarah.
Strategi Nak Dapat RM 30,000

Macam-macam strategi boleh guna
  •  Ada orang yang tak mau labur langsung. Cuma harapkan dapat gaji setiap pusingan bulatan dan berharap dapat bonus dan kenaikan pangkat.Dan berdoa semoga tak kena 'Pecah Amanah'.
  • Ada orang, awal-awal lagi dah buat pinjaman. Kadang-kadang buat pinjaman had maksimum 3 kali gaji.Dalam erti kata lain, pinjam gila-gila la.Pastu diaorang akan buat pelaburan gila-gila.
  • Ada orang suka pelbagaikan pelaburan. Labur saham sikit, labur perniagaan sikit.
  • Ada orang fokus pada satu pelaburan je. Kalau dia minat main saham maka main saham je la.
  • Kesimpulannya, nak dapat tunai banyak melalui pelaburan ialah beli dengan harga murah dan jual dengan harga mahal.

LALUAN TIJARAH

Falsafahnya : Andaikan kita mempunyai perniagaan sendiri melalui pemilikan saham. Kita perlu memikirkan bagaimana untuk memajukan perniagaan melalui aktiviti pelaburan syarikat seperti promosi, usahasama, latihan pekerja,  mendapatkan tanda halal, pelaburan teknologi dan sebagainya.Hasil pelaburan ini akan memberi pulangan yang lumayan kepada kita.

Cara Nak Main Laluan Tijarah
  • Bank akan bagi penyata baru iaitu Penyata Pendapatan Syarikat.
  • Pemain dikehendaki pilih satu perniagaan sahaja samaada perniagaan intrapreneur atau entrepreneur.
  • Pemain yang pilih perniagaan entrepreneur, kena bayar semua jumlah modal manakala pemain yang pilih perniagaan intrapreneur, hanya bayar 10% je daripada jumlah modal. Walaupun hanya bayar 10% dalam perniagaan intrapreneur tapi bank akan bayar aliran tunai 100%.
 
  • Setiap kali melepasi petak 'aliran tunai', pemain akan dapat aliran tunai perniagaan yang dipilih.
  • Perniagaan ini kita boleh tukar-tukar. Andainya, kita ada duit lebih, boleh la tukar syarikat lain yang boleh memberi aliran tunai yang lebih tinggi berbanding syarikat sebelum ini.Cuma, risikonya jika kita tukar syarikat baru, segala transaksi pelaburan untuk syarikat lama, automatik akan terbatal.

 

  • Dalam laluan tijarah ni ada 3 kad. 1) Kad Operasi - Semua orang boleh berurusniaga dengan kad ni kecuali kad-kad tertentu yang hanya untuk orang yang angkat kad sahaja.Kad ni memberi peluang kepada pemain untuk buat pelaburan perniagaan. Harap-harap dengan pelaburan tersebut, pemain dapat tambahan wang tunai 'on the spot'. 2) Kad Prestasi - Sapa-sapa boleh berurusniaga dengan kad ni kecuali kad-kad tertentu. Kad ini memang ditunggu-tunggu oleh mana-mana pemain yang dah banyak melabur dalam kad operasi sebabnya kad prestasi adalah kesan positif daripada pelaburan yang telah dibuat dalam kad operasi.Maksudnya boleh beri untung kat pemain yang ada buat pelaburan kat kad operasi.3) Kad Bisnes Amal - Kad ini khusus untuk pemain yang angkat kad ni. alaaa...lebih kepada derma. 1mata = RM 1,000. Nak derma pun takpe, tak nak derma pun takpe.
 
 
  • Dalam laluan ni pun boleh buat pinjaman kat bank dengan maksimum 3 kali aliran tunai. Kena bayar 10% kat bank setiap kali lepas satu pusingan 'board' ( sama macam Laluan Makan Gaji)
  • Cara nak keluar daripada Laluan Tijarah ialah kena ada tunai sekurang-kurangnya RM 1 juta dan abis bayar hutang kat bank jika ada. 
  • Bila nak keluar ke Laluan Jihad, syarikat dalam Laluan Tijarah boleh jual kat bank. Tapi urusniaga pelaburan perniagaan syarikat (dalam kad operasi) tak boleh tuntut kat bank ye....

Strategi Nak Dapat Cepat RM 1 juta.

Ni pun banyak strategi....
  • Ada pemain yang tak labur langsung dalam kad operasi. Dia orang hanya fokus macam mana nak dapat beli syarikat intrapreneur yang boleh memberi pulangan aliran tunai yang cukup banyak. Pastu harapkan dapat aliran tunai setiap kali melepasi petak aliran tunai masuk
  • Ada pulak jenis pemain yang fokus kepada satu syarikat yang mempunyai aliran tunai yang lumayan sahaja dari awal hingga akhir. Maksudnya takde tukar-tukar syarikat. Pastu pemain ini akan buat macam-macam pelaburan dalam kad operasi.Kesannya ialah setiap kali Kad Prestasi diangkat, pasti pemain ni akan dapat untung banyak. oooo 'best'
LALUAN JIHAD BISNES

Falsafahnya : Bila dah ada duit banyak, sampai masanya kita beli macam-macam syarikat yang boleh memberi aliran tunai yang banyak.

Cara Nak Main
  • Pemain akan dapat penyata pendapatan Jihad Bisnes. Segala transaksi perlu yang berkaitan perlu ditulis dalam penyata ni.
  • Pemain akan dapat 2 kali ganda nilai aliran tunai. Contohnya, kalau aliran tunai ada RM 1 juta, pemain akan dapat RM 2 juta daripada bank.
  • Pemain boleh beli seberapa banyak syarikat untuk mendapatkan pulangan.Syarikat yang telah dibeli, tidak boleh dibeli oleh orang lain. Namun begitu pemilik syarikat tersebut boleh jual kat orang lain dengan harga yang dipersetujui bersama.
Gambar di atas : Kad Barakah dalam Laluan Jihad Bisnes. Kad ni memberi pulangan atau keuntungan yang tak disangka-sangka kepada pemain.

PERTANDINGAN YANG PERNAH KAMI SERTAI


1) Cabaran Catur Bistari 2009/2010

17 Januari 2010 di Pusat Konvensyen Persada Johor, Johor Bahru.
Anjuran : Johor Corporation & KFC

Masa ni saya wakil pasukan Kedah tajaan KFC. Dapat la RM 100, KFC bagi insentif

Gambar di atas : Bersama pelajar Matrikulasi Perakaunan & Sains, wakil Kolej MARA Kuala Nerang....macam sia-sia je...jalan jauh-jauh tapi kalah teruk...

Memang banyak pasukan yang ambil bahagian masa ini. Ada 160 kumpulan yang melibatkan 900 peserta seluruh Malaysia yang terdiri daripada pasukan negeri KFC, Badan Kerajaan, Badan NGO, pelajar sekolah, pelajar kolej, politeknik & pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Penganjuran memang mantap tapi tak tau la mutu pengadilan.

Saya kalah terukk....geram betul la...
..........................................................................................................................................

PERTANDINGAN CATUR BISTARI PERINGKAT IPT 
UPM - 31 OKTOBER 2010


Ada 100 pasukan yang melibatkan 700 peserta daripada seluruh IPT termasuk kolej dan politeknik


Pasukan utama saya UniKL Australia. Ada kontroversi dari segi pemarkahan. kalau ikutkan pasukan kami boleh dapat top 10 tapi telah dinafikan oleh pihak pengajur. Terpaksa la kami bayar RM 300 untuk bantahan. Setelah 15 hari, diumumkan kami berjaya dapat hadiah saguhati ( 4-10). Penganjur kena rahsiakan pulak. Ermmm ada konspirasi tertentu la tu...


Gambar di atas : Pasukan ke-2 saya daripada Matrikulasi Perakaunan...ermmm lingkup..takde rezeki

.........................................................................................................................................

PERTANDINGAN CATUR BISTARI PERINGKAT IPT 2009
UKM- 10 OKTOBER 2009

69 buah pasukan daripada 28 Universiti, Politeknik & Kolej mengambil bahagian.
Pasukan kami sekadar tempat ke-26 je....tapi ok la 'first time'







..............................................................................................................................
PERTANDINGAN CATUR BISTARI KFC KEDAH
2 OKTOBER 2009, JUMAAT.
ALOR STAR MALL

Keputusannya, saya berjaya dapat no. 3 kumpulan dan no. 2 keseluruhan individu ( berjaya kumpul aset 6.8 juta). Saya dapat voucher RM 100 beserta hamper dan mewakili Kedah untuk peringkat Kebangsaan di Johor.
...............................................................................................................................................................

GALERI GAMBAR 
SEKITAR PERTANDINGAN PERINGKAT KOLEJ








4 comments:

  1. Assalam, nk tanye... Kalau kad saham mewah keluar saya beli pastu kad saham mewah keluar lagi pastu saya jual saham saya at the same time saya terus beli lagi saham mewah... Boleh ke mcm tu??? Sila jwb.. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam... boleh... sebab kat pelaburan semua boleh amik bahagian..

    ReplyDelete
  3. Hutang dekat jihad bisnes limit berapa?

    ReplyDelete
  4. Saya berminat utl nak anjurkn pertandingan ini utk pelajar saya. Mohon tuan hubungi saya di 014 2427880

    ReplyDelete