I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 22, 2010

PERMAINAN 'LIFE' : Gambaran Kehidupan Masa Kini Dan Masa Depan..





Gambar di kiri & kanan : Permainan ini dicipta pada tahun 1860 oleh Milton Bradley dan dinamakan 'The Checkered Game Of Life'. Pada tahun tersebut, permainan ini berjaya dijual sebanyak 45,000 unit.


Gambar di sebelah : 

Pada tahun 1960 sempena 100 tahun permainan 'The Checkered Of Life', seorang yang bernama Reuben Klamer telah mengubahsuai permainan ini dan menamakannya sebagai 'The Game Of Life'. Permainan ini berjaya dijual pada tahun 1961, 1966, 1978, 1985, 1992, 2000 dan 2005.



Kat Malaysia ni, kita boleh beli di kedai Toys R Us. Harganya RM 129.90.


FALSAFAH PERMAINAN :


Ini adalah permainan berkaitan kehidupan bermula daripada hidup bekerja sehinggalah kita bersara. Daripada kehidupan bujang sehinggalah berkahwin dan beranak pinak.Daripada kehidupan yang tak berumah, akhirnya ada rumah.Dalam kehidupan ni memang banyak cabaran kewangan yang dihadapi. Ada yang memberi kejayaan dan kesenangan hidup dari segi kewangan. Ada juga yang memberi kegagalan dan kesusahan hidup dari segi kewangan.Dalam erti kata lain, permainan ini adalah gambaran kehidupan masa kini dan masa hadapan.


CARA MAIN.
  • Bank akan bagi $10,000 dulu kat setiap pemain.
  • Bank akan bagi 3 kad 'Share The Wealth' kepada setiap pemain
  • Semua kena pusing 'spinner' dulu. Sapa yang dapat nombor tinggi, pemain tu kena jalan dulu.Main ikut arah jam
  • Masa giliran anda, pusing la 'spinner' tu.Jika jarum 'spinner' berhenti antara dua nombor, maka anda kena pusing sekali lagi. 
  •  Masa giliran pertama ('first turn') untuk semua pemain, pemain diberi pilihan samaada nak lalu jalan 'Start Career' atau ' Start College'.


Kereta pemain

' Spinner '

'Start College'  


Dalam laluan ini, diandaikan kita masuk kolej atau universiti dulu. Bila masuk Universiti biasanya kita buat pinjaman macam pinjaman PTPTN dan Pinjaman Negeri. Pinjaman ni kita gunakan bagi tujuan membiayai perbelanjaan Universiti kita seperti beli buku, yuran peperiksaan dan sebagainya.Selain itu, bila kita belajar ni, secara realitinya kalau masa cuti kita kerja 'part time' atau dapat tajaan pihak tertentu.Pastu ada Graduasi. Pastu kita cari kerja.

Pemain yang memilih laluan ni menawarkan lebih kerjaya dan pilihan gaji cuma perlukan sedikit masa dan meletakkan pemain tersebut dalam hutang.Dalam laluan ini juga ada 11 petak yang perlu dilalui untyk peringkat awal (panjang tu perjalanan). Walaupun laluan agak panjang, tapi berbaloi sebab kita boleh dapat banyak gaji dan kerja yang 'best' berbanding 'Start Career'

- Bila anda  pilih laluan 'Start College', pinjam dulu RM 100,000 daripada bank bagi tujuan membiayai tuisyen. (wajib pinjam).Kemudian, baru boleh pusing 'spinner' dan gerakkan kereta anda mengikut nombor yang diperolehi.
- Bila dah sampai atau melalui petak oren yang ditulis 'College Career Choices' maka pemain tersebut kena ambil 2 kad secara rawak (jangan tengok tau), Pastu pilih satu kad sahaja.Satu kad lagi, bagi balik kat bank Dalam kad ni tertera kerjaya anda, gaji asas, gaji maksimum dan bayaran cukai.Simpan kad ni dan letak kat depan pemain.

 

'Start Career'

Kalau pilih laluan ni, maksudnya kita tak mau masuk Universiti dan nak terus bekerja.kelebihannya ialah tak yah pinjam duit kat bank.Pastu, cukup masa dapat gaji dan mungkin dapat harta pusaka.Laluan pun agak pendek berbanding 'Start College', 3 laluan je untuk peringkat awal.

- Mula-mula letak 'kereta' dulu kat 'Start Career'.Pastu pilih satu kad 'Career' secara rawak tanpa melihat.Dalam kad ni, ada pekerjaan, gaji, gaji maksimum dan bayaran cukai.Letak kad 'Career' ni kat depan anda.

-Dah abis pilih kad, baru la boleh pusing 'spinner' dan gerakkan 'kereta' anda mengikut nombor yang diperolehi.
  • Pastikan setiap masa, 'kereta' anda bergerak ke hadapan berdasarkan arah anak panah dalam 'board' permainan sebabnya biasa la dalam kehidupan kita, mana boleh patah balik ke masa lalu.
  •  Jika 'kereta' kita jatuh kat petak yang dah ada kereta orang lain maka kita kena gerakkan 'kereta' kita ke hadapan dan letakkan di petak yang kosong seterusnya. Kemudian, baca dan ikut arahan di petak tersebut.
PETAK WARNA KUNING


1) Petak yang ada tulisan  'Collect / Pay'
 Bila 'kereta' pemain parking kat petak ini, pemain diwajibkan mengutip duit daripada bank atau membayar sejumlah wang kepada bank. Jumlah amaun berdasarkan apa yang tertera dalam petak tersebut.

2) Petak yang ada tulisan 'LIFE'
Petak ni sebenarnya menunjukkan tentang gambaran kehidupan berkaitan kekeluargaan, perkhidmatan komuniti dan amalan baik yang dilakukan.Bila 'kereta' pemain 'landing' kat sini, pemain kena ambik satu kad 'Life Tile' ( kad ni kecik je, sebesar ibu jari) daripada bank. Tak boleh tengok nilai duit yang tertera kad kad tersebut. Terlangkupkan kad tu kat meja kita tanpa melihat nilai yang tertera.Kalau kad 'Life' ni abis kat bank, pemain boleh ambik kat mana-mana pemain lain yang disukai.

3) Petak yang tertulis 'Taxes Due'
ha..ha..ha.. padan muka kena bayar cukai. Jumlah cukai tengok kat kad kerjaya anda ('Career Card / College Career Card')

4) Petak ' Tax Refund'
Tadi kita bayar cukai tapi petak ni, bank yang akan bagi balik cukai. Jumlah cukai yang diberi balik berdasarkan jumlah yang tertera dalam kad kerjaya anda. ('Career Card / College Career Card')

5) Petak yang tertulis 'Lose Your Job'
'Kereta' anda 'landing' pada petak ni bermaksud anda hilang pekerjaan. Bila anda hilang perkerjaan bermaksud anda juga hilang gaji dan segala kenaikan gaji. Anda mesti pulangkan balik kad kerjaya yang lama kepada bank. Ambil secara rawak satu 'Career Card' sahaja. Tak boleh ambik 'College Career Card' walaupun anda melalui laluan 'Start College' atau tidak. Hanya 'Career Card' sahaja. 'So' rugi sikit la.

6) Petak yang ada perkataan 'Baby Boy', 'Baby Girl' atau 'Twins'
Kalau 'kereta' anda mendarat kat petak yang tertulis 'Baby Boy / Baby Girl', ini tindakan yang perlu dilakukan
  • Tambah satu lagi orang lidi kat kereta anda
  • Kutip $5000 kat semua pemain
  • Ambil satu kad 'LIFE' kat bank
Kalau 'kereta' anda mendarat kat petak yang tertulis 'Twins', ini tindakan yang perlu dimbil:
  • Tambah 2 lagi orang lidi kat kereta anda
  • Kutip $5000 kat semua pemain
  • Ambil satu kad 'LIFE' kat bank
7) Petak 'Spin To Win'
Apabila ada pemain yang 'landing' kereta' dia kat petak ini maka semua pemain mempunyai peluang untuk main 'Spin To Win'. Ini tindakan yang perlu diambil:
  • Ambil satu kad token 'Spin To Win' daripada bank. Pastikan kad token yang diambil tu sama dengan warna kereta pemain masing-masing.


  • Kemudian letakkan kad token tersebut di atas sebarang nombor yang anda pilih kat 'Strip Spin To Win'
 

  • Kemudian bayar pelaburan kat bank minimum $50,000.
  • Selepas itu, pusing 'spinner'
  • Kalau anda dapat nombor yang sama dengan nombor yang anda pilih, bank akan bayar 10 kali ganda daripada jumlah pelaburan yang dibuat.Kalau dapat nombor yang tak sama dengan nombor yang anda pilih maka anda hilang wang pelaburan.
  • Akhir sekali,bagi balik kad token tadi pada bank.

KAD 'LIFE TILES'

Setiap kad ini membawa nilai duit tertentu.Sapa yang dapat simpan kad ini sampai bersara.
Banker ditugaskan untuk susun kad ini dan ambil secara rawak 3 kad untuk diletakkan di 'Millionaire Estate'


 KAD PELABURAN JANGKA PANJANG ('LONG-TERM INVESTMENT')

Pada mana-mana giliran anda, anda diberi peluang untuk membeli 1 kad pelaburan. Bayar kat bank $ 10,000 dan ambil satu kad. Nanti bila anda dan pemain pusing 'spinner' dan terkena dengan nombor kad pelaburan anda maka anda boleh kutip $ 5,000 daripada bank. (Hanya boleh miliki satu kad sahaja)



KAD 'SHARE THE WEALTH'



Ada 5 jenis kad. Simpan dan gunakan pada masa yang sesuai. Kegunaanya ialah:
1) 'Collect Card' - Bagi kad ini pada pemain lain yang mendarat kat petak kuning 'Collect'. Pemain ini kena bagi duit kat anda separuh daripada duit yang diaorang dapat.Selepas guna kad ini, serahkan kat bank.

2) 'Pay Card' - Bagi kad ini kat pemain lain jika anda mendarat kat petak kuning 'Pay'. Pemain lain kena bayar separuh duit hutang anda kat bank ( hutang yang tertera pada petak tersebut). Dah guna kad ini, kembalikan kepada bank.

3) 'Exemption Card' - Kad ini membenarkan anda untuk tidak membuat sebarang apa-apa tindakan ke atas pemain lain apabila dapat kad 'Collect' atau 'Pay' atau Saman ('Lawsuit'). Hanya sorang je boleh bagi kad 'Exemption' kat pemain lain. Kalau ada orang lain yang nak bagi kad ini jugak, terpaksa la pusing 'Spinner'. Kalau sapa-sapa yang dapat nombor paling tinggi, maka dia yang boleh beri kad 'Exemption'.

4) 'Spin To Win' (2) - Kad ini membenarkan anda untuk menggunakan 2 token 'Spin To Win' jika ada pemain lain yang mendarat kat petak ' Spin To Win'.Ambil 2 token yang sama warna dengan 'kereta' anda dan letak kat kepingan 'Spin To Win'. Bayar wang pelaburan kat bank dulu.Kemudian pusing 'spinner'. Jika dapat salah satu daripada 2 nombor anda, maka bank akan bayar 10 kali ganda daripada jumlah yang dilaburkan.Jika tidak, anda tidak mendapat apa-apa.

5) 'Spin To Win' (4) - Kad ini membenarkan anda untuk menggunakan 4 token 'Spin To Win' jika ada pemain lain yang mendarat kat petak ' Spin To Win'.Ambil 4 token yang sama warna dengan 'kereta' anda dan letak kat kepingan 'Spin To Win'. Bayar wang pelaburan kat bank dulu.Kemudian pusing 'spinner'. Jika dapat salah satu daripada 4 nombor anda, maka bank akan bayar 10 kali ganda daripada jumlah yang dilaburkan.Jika tidak, anda tidak mendapat apa-apa.



HIGHWAY PATROL

Ini pilihan je. Nak main pun tak pe, tak nak main pun takpe.Kalau nak main 'Highway Patrol' kena lantik pegawai polis ( ala...guna bank pun takpe).Sesiapa yang pusing 'Spinner' dan dapat nombor 10, maka pemain tersebut kena bayar saman $5,000 kat pegawai polis atau bank. Terpulang pada pegawai polis untuk menentukan bila dan dimana laluan yang akan kena saman.

PETAK WARNA HIJAU



1) Petak 'Pay Day'
Jika anda 'landing' kereta kat petak ini atau melalui petak ini maka dapatkan gaji daripada bank.

2) Petak tertulis 'Pay Day' - Pay Raise' ( Kenaikan Gaji)
Jika anda 'landing' kat petak ini atau melalui petak ini maka pemain tersebut akan dapat kenaikan gaji. Contohnya kalau dalam petak tersebut tertulis $10,000 'pay raise', anda kena tambah $10,000 kat gaji semasa.Kalau gaji anda sudah berada tahap maksimum, maka tak dapat la $10,000 tu.
Kalau naik gaji, bank akan bagi slip ni
PETAK WARNA OREN

Bila anda melalui sebarang petak oren, 'Terus Berhenti' walaupun anda ada beberapa lagi gerakan.Kemudian baca dan ikuti segala arahan diberi.Kemudian pusing 'spinner' sekali lagi dan buat gerakan sekali lagi.

1) Petak 'College Career Choice'
Petak ini khusus untuk pemain yang memilih laluan 'Start College'. Petak ini untuk pilih kad kerjaya kolej ('College Career Card').Yang lain-lain tu, saya dah terang dalam tajuk 'Start College'

2) Petak 'Get Married'
 Letak satu orang lidi kat dalam 'kereta' anda dan ambil satu kad LIFE ( 'LIFE tile'). Kemudian pusing 'spinner'. Jika anda dapat nombor 8, 9 atau 10, semua pemain kena bagi hadiah kat anda sebanyak $10,000. Kalau anda dapat nombor 5, 6 atau 7, semua pemain kena bagi hadiah $5,000. Kalau anda dapat nombor 1,2,3 atau 4, anda tak dapat apa-apa. Seandainya pemain lain takde duit nak bagi anda hadiah, pemain tersebut kena pinjam bank.

3) Petak 'Buy A Starter Home'
Cuba tengok kad 'Starter Home' kat bank.Kemudian buat keputusan, rumah mana yang nak dibeli dan bayar harga rumah kat bank.Kalau duit takde, anda mesti pinjam kat bank.
4) Petak 'Return To School'
Sebelum anda pusing 'spinner' buat pilihan dulu samaada nak kembali ke sekolah ('return to school') atau meneruskan jalan / laluan kehidupan ( 'Path of Life'). Jika anda pilih 'return to school' maka kena bayar $50,000 kepada bank.

5) Petak 'Change Career'
Anda diberi pihan samaada nak tukar kad kerjaya anda kepada kad 'College Career' yang baru ATAU dapat kenaikan gaji $20,000. Kalau nak pilih kerjaya baru, pilih 2 kad secara rawak dan pilih satu sahaja ATAU dua-dua kad tak mau pilih ('So' kena guna kad kerjaya yang lama).Kalau nak pilih kenaikan gaji, ambik je 2 kad 'Pay Raises' kat bank kemudian tambahkan dengan gaji semasa.

6) Petak 'Family Path'
Sebelum buat pusingan 'spinner', anda kena pilih dulu salah satu pilihan ni. Ambil pilihan laluan keluarga ('Family Path') ATAU teruskan perjalanan melalui laluan 'Life'. Kelebihan bila anda pilih laluan keluarga ialah akan meningkatkan peluang untuk tambah anak.

7) Petak 'Buy A Better House'
Buat keputusan jika anda nak jual rumah permulaan ( 'Starter House') dan beli satu rumah lain yang lebih baik.Kalau anda setuju, ini tindakan yang perlu diambil:

  • Jual rumah permulaan ('Starter House') kat bank dengan harga jualan seperti yang tertera di kad.
  • Pilih rumah baru dengan melihat kad rumah ('House Card'). Bayar harga rumah baru kat bank.Kalau takde duit, buat pinjaman kat bank.
  • Anda tidak dibenarkan untuk memiliki 2 rumah pada masa yang sama. Kalau ada rumah lain, kena jual dulu sebelum beli rumah baru.
8) Petak 'Risky Path'
Sebelum nak pusing 'Spinner', buat keputusan dulu samaada nak pilih salah satu ni:
  • Pilih 'Risky Path'. Kelebihannya banyak peluang 'Spin To Win'
  • ATAU pilih 'Safe Path'. Kelebihannya banyak masa bersama keluarga.
PETAK WARNA BIRU

Ada satu petak je iaitu 'Lawsuit'. Kalau 'kereta; anda 'landing' kat petak ini maka anda boleh kutip $100,000 kat seorang pemain yang lain (bebas pilih sapa-sapa)

PINJAMAN BANK

Boleh pinjam bank bila-bila masa semasa giliran anda.Boleh pinjam sekali atau beberapa kali dengan syarat setiap pinjaman bernilai $20,000.

Kadar faedah bagi setiap pinjaman bernilai $20,000 ialah $5,000. Bermaksud, anda perlu membayar $25,000.Boleh bayar bila-bila masa atau bayar masa pencen nanti ( Penghujung permainan).


PERSARAAN ( 'RETIREMENT')

Jika anda berjaya sampai ke akhir laluan kehidupan ( 'Path of Life'), maka permainan anda berakhir walaupun masih ada lagi baki gerakan.Kemudian lakukan tindakan berikut:

  • Bayar balik pinjaman beserta faedah kepada bank (jika ada)
  • Jual balik rumah anda kepada bank mengikut harga yang tertera pada kad rumah.
  • Bagi balik kad 'Career' dan kad 'Pay Raise' kepada bank
  • Simpan dulu Kad Pelaburan Jangka Panjang ( 'Long-Term Investment Card' ). Ini kerana, walaupun dah habis, anda masih boleh lagi pusing 'spinner' masa giliran anda selagi ada pemain lain yang belum habis lagi.Anda masih boleh lagi mengutip wang $5,000 daripada bank apabila mendapat nombor anda pada kad pelaburan jangka panjang.
  • Simpan dulu kad 'Share The Wealth' sebab masih boleh digunakan.
  • Kutip hadiah $10,000 bagi setiap anak anda daripada bank. (Kalau ada 2 anak, ambil hadiah $20,000)
  • Pilih kat mana nak bersara samaada kat 'Millionaire Estates' atau 'Countryside Acres'.Kemudian 'parking' la 'kereta' kat tempat tu sehingga semua orang dah bersara.Berikut kelebihan 2 tempat tersebut :
 
a) Bersara Di 'Millionaire Estates'
- Jika anda orang pertama yang bersara di estet ini, maka anda dikehendaki melihat 3 kad 'LIFE tiles'. Kemudian pilih satu sahaja dan 2 lagi pulangkan balik di petak.
-Jika anda orang ke-2 bersara di estet ini, maka anda hanya boleh satu kad 'LIFE tiles' daripada baki 2.
- Jika anda orang ke-3, ambik je baki 1 kad 'LIFE tile'. Pemain ke-4 dan seterusnya, tak dapat apa kad 'LIFE tile'
- Jika anda memilih untuk bersara di estet ini, kad 'LIFE tile' anda mungkin tidak selamat sebab pemain lain akan memilih untuk mengambil kad anda bila pemain tersebut mendarat kat petak 'LIFE'

b) Bersara Di 'Countryside Acres'
-Tak dapat apa-apa tambahan kad 'LIFE tile'.Walaubagaimanapun kad 'LIFE tiles' anda yang sedia ada dijamin selamat. Maksudnya, jika ada pemain lain yang mendarat di petak 'LIFE', pemain tersebut tak boleh memilih untuk mengambil kad 'LIFE' anda.

BAGAIMANA UNTUK MENANG

Apabila semua orang dah bersara maka tiba masa untuk mengira:
 [ Jumlah tunai anda + Jumlah amaun nilai kad 'LIFE tiles' anda ]

Sapa yang dapat paling tinggi, dia menang la....


    No comments:

    Post a Comment