I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 7, 2012

KLINIK SAHAM BERSAMA ZAMSAHAM : Teknik Buat Duit Dengan Duit di Bursa Malaysia....

18 FEBRUARI 2012, SABTU
LOKASI KLINIK SAHAM : PWTC KUALA LUMPUR

Klinik ini sangat baik untuk mereka yang ingin mengetahui ilmu dan cerita sebenar berkaitan jual beli saham di Bursa Malaysia.Saya jamin, ilmu yang dapat di sini memang sangat sukar untuk diperolehi di Universiti yang banyak menekankan teori semata-mata. Klinik Saham ZamSaham bukan sekadar memfokuskan tentang teori tetapi tentang amalan praktikal dan isu-isu semasa.Hanya satu hari kursus, InsyaAllah, kita boleh dapat gambaran sebenar tentang saham, berbaloi la bayar RM 390.

Memang rasa segan sikit la, dalam kelas ni ramai orang-orang profesional yang dah ada pengalaman bermain saham.Takpe la...tak dapat banyak ilmu, dapat sikit pun takpe...Dalam kelas ini juga, kita diberi peluang untuk buka akaun Central Depository System (CDS). Bayar RM 10 je. Akaun ini wajib ada sebelum kita nak berjual beli saham. Penceramah ZamSaham atau nama sebenarnya En. Norizam bin Tukiman memang seorang yang sangat berpengalaman sebagai broker dan remisier. Terlibat dengan saham sejak tahun 1999.Publisiti tentang ZamSaham pun agak meluas di suratkhabar utama.Penyampaiannya pun bertenaga, jelas dan bersungguh-sungguh untuk menyampaikan ilmu kepada semua peserta.

Apa yang saya belajar dalam Klinik Zam Saham ialah :
  • KONSEP PELABURAN SAHAM : Konsep pasaran saham, info tentang Bursa Malaysia, jenis-jenis sektor saham, peserta pasaran saham, Indeks Bursa Malaysia.
  • TEKNIK MENDAPATKAN MAKLUMAT : Teknik membaca saham melalui surat khabar The Star, teknik menggunakan Platform Saham OSK188
  • SAHAM WARRANT : Maksud, formula dan kelebihan Warrant.
  • PROSES URUSNIAGA SAHAM : Saham IPO dan Open Market, Broker Saham, langkah-langkah urusniaga saham, cara mengira keuntungan pelaburan saham.
  • TEKNIK MENGANALISA SAHAM (EMOSI): Teknik mengawal emosi, teori putaran saham dan teknik ZamSaham.
  • TEKNIK MENGANALISA SAHAM (TEKNIKAL ANALISIS): Bullish, Bearish, Sideways, teknik ZC, Support & Resistant, Trendline, Chart Pattern, MACD, Bolinger Band, Stochastic, RSI, Momentum, Commodity Channel Indeks dan Directional Movement Indeks.
  • TEKNIK MENGANALISA SAHAM MELALUI TEKNIK FUNDAMENTAL.
  • STRATEGI PELABURAN : Strategi beli saham, strategi jual saham, kesilapan pelabur saham.
 
 
  Terima kasih En. Norizam memberi saya ilmu yang sangat berguna...Ilmu ni akan saya guna untuk diri sendiri dan mengajar pelajar saya.....Banyak pahala En Norizam ni....

No comments:

Post a Comment