I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 28, 2011

SYILING KIJANG EMAS ; Pelaburan Emas Menguntungkan....

Jom kita buat kajian berkaitan Kijang Emas....

Kijang Emas adalah emas fizikal dalam bentuk syiling. Ianya bukan emas hiasan yang boleh dibeli di kedai-kedai emas. Kijang emas dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia telah diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia dan memberi amanah kepada Maybank untuk menjual Kijang Emas kepada orang ramai.Kalau nak tau, Malaysia adalah negara ke 12 dunia yang mengeluar emas syiling ( Kijang emas la tu)

Saya ada membeli Kijang Emas 1 oz di Maybank Alor Star, Kedah pada 28 Ogos 2009. Sebenarnya tak semua cawangan Maybank ada menjual Kijang Emas, hanya cawangan tertentu sahaja.Pegawai bank tu kata, saya bernasib baik dapat beli Kijang Emas 1 oz ni sebabnya nak dapat emas 1 oz memang cukup sukar. Ianya sangat laris di pasaran. Kalau 1/2 atau 1/4 oz stok banyak. Pegawai tu kata lagi pastikan jangan dicalar emas ni, kalau tak Maybank tak terima kalau kita nak jual. 'So' sangat sensitif penjagaannya.




Ciri-ciri Kijang Emas ( Ihsan BNM)
1 troy ounce
Kijang Emas RM200
 Face value: RM200
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 31.105g
Diameter: 37.00 mm 
1/2 troy ounce
 Kijang Emas RM100 
Face value: RM100
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 15.550g
Diameter: 28.00 mm
 1/4 troy ounce
Kijang Emas RM50
 Face value: RM50
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 7.780g
Diameter: 22.00 mm 


Agak-agak untung ke saya beli kijang emas ni....tengok analisis kat bawah.

Tarikh beli Kijang Emas di Maybank : 29 Ogos 2009
Jenis emas  :  1 oz
Harga yang saya beli masa tu : RM 3539.00

Andai kata saya nak jual hari ini, 28 Februari 2011 kat Maybank. Kita tengok urusniaga Kijang Emas di bawah yang saya ambil di Website Bank Negara Malaysia :
Kijang Emas Prices
Daily trading prices (in ringgit) of Malaysia's gold bullion coin, the Kijang Emas.
From To
Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/2/2011 4,330 4,162 2,206 2,081 1,123 1,041
2/2/2011 4,333 4,166 2,208 2,083 1,124 1,041
7/2/2011 4,348 4,181 2,215 2,091 1,128 1,045
8/2/2011 4,350 4,182 2,216 2,091 1,129 1,045
9/2/2011 4,387 4,218 2,235 2,109 1,138 1,055
10/2/2011 4,391 4,222 2,237 2,111 1,139 1,056
11/2/2011 4,404 4,233 2,243 2,117 1,142 1,058
14/2/2011 4,389 4,220 2,236 2,110 1,139 1,055
16/2/2011 4,444 4,272 2,264 2,136 1,153 1,068
17/2/2011 4,438 4,267 2,261 2,133 1,151 1,067
18/2/2011 4,464 4,292 2,274 2,146 1,158 1,073
21/2/2011 4,476 4,304 2,280 2,152 1,161 1,076
22/2/2011 4,545 4,369 2,315 2,185 1,179 1,092
23/2/2011 4,527 4,350 2,306 2,175 1,174 1,088
24/2/2011 4,574 4,397 2,330 2,199 1,187 1,099
25/2/2011 4,556 4,379 2,321 2,190 1,182 1,095
28/2/2011 4,583 4,404 2,335 2,202 1,189 1,101

Andai kata saya nak jual hari ini, 28 Februari 2011 kat Maybank. Kita tengok urusniaga Kijang Emas di bawah yang saya ambil di Website Bank Negara Malaysia :

Pada 28 Februari 2011, jika saya nak jual Kijang emas, saya akan menggunakan harga beli ( 'buying'). 'So' harga belinya ialah RM 4,404.

Untung yang saya dapat ialah : RM 4,404 - RM 3,539 = RM 865

Dalam tempoh 1 tahun 7 bulan, saya dapat untung RM 865.00 dengan kadar kenaikan 24.4 %. Boleh tahan tinggi. Ini baru 1 tahun lebih, kalau simpan lebih 5 tahun, lagi tinggi peratus keuntungan yang diperolehi.

15 comments:

  1. kalau ada nak jual kijang, leh jual kat sy.1 0z harga menang2x.klau 28/2 tu,harga 4493

    ReplyDelete
  2. sayang bang..susah nak cari kijang 1oz skarang ni

    ReplyDelete
  3. Boleh tak ajar saya bagaimana nak jadi emas sebagai simpanan?

    Jika nak beli emas sebagai simpanan dn pelaburan di mana tempat utk saya rujuk dan boleh dipercayai?

    ReplyDelete
  4. Kalau harga hari ni.
    9/6/2020 - 1oz - Rm8000.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. maaf encik. Tetapi
      Kijang emas ada 3 saiz saja. 1oz, 1/2oz, 1/4oz.

      Minimum kena bajet 2 dinar, bersamaan 1/4oz

      Delete
  6. Maaf nak tanya,kijang emas ni blh di jual di Maybank saja ke dan blh di gadai tak?

    ReplyDelete
  7. Fuuuu.. klu tuan jual hari ni dh untung rm3000 lebih mngkin. Tahniah

    ReplyDelete
  8. Maybank beli balik ini kijang ke? Kalau tak Ada Surat..

    ReplyDelete
  9. Klu arini jual dah RM4000+++ 🤩😱😱😱 untunggg

    ReplyDelete
  10. Kalau beli di Maybank, boleh bayar dengan credit card? Atau mesti guna cash?

    ReplyDelete