I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 29, 2011

SEMINAR RIBA DAN PENGURUSAN HARTA ; CERAMAH USTAZ MOHD HAFIZ FAUZI & EN AWANG@MUSRAN TAWIL

Pada 26 Julai 2011, syukurrrrr, Allah memilih saya untuk mengikuti satu seminar berkaitan Riba dan Pengurusan Harta dan Wasiat anjuran Bank Muamalat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis bermula jam 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Seminar ni free je tapi ilmunya sangat hebat dan berguna. Ramai gak staf kerajaan dan pelajar yang mengikuti seminar ini.

Saya sangat teruja dengan 2 orang penceramah ini :

1) USTAZ MOHD HAFIZ FAUZI ( Ketua Jabatan Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad + Al-Kulliyah TV3+ FORUM HAL EHWAL ISLAM)
2) EN AWANG @ MUSRAN TAWIL ( Senior Assistant Vice President Consumer Business Development Center Bank Muamalat Malaysia Berhad )
 Lepas ni, kalau anda diberi peluang menghadiri ceramah daripada Ustaz Hafiz dan En. Awang, please..jangan excuse.

Ada 3 perkara yang menyebabkan saya seronok dengan penceramah ini :

1) ILMUnya BEST mencakupi logik akal dan Al-Quran & Sunnah
2) GAYA PENYAMPAIAN yang JELAS, BERFAKTA, SENANG NAK FAHAM dan MENCUIT HATI yang menyebabkan saya nak ketawa jeeee....
3) PENYAMPAIAN BIJAK BEREMOSI. Kejap-kejap saya asyik ketawa je...kejap-kejap saya rasa macam ada keinsafan..kejap-kejap saya rasa sedih...kejap-kejap saya rasa takut...kejap-kejap saya rasa geram...(bukan geram kat penceramah ye)
4) SAYA NAMPAK KEIKHLASAN MEREKA MENYAMPAIKAN ILMU.... SANGAT BERSUNGGUH-SUNGGUH.Mudah-mudahan Allah merahmati mereka.

TAK SANGKA ORANG BANK MUAMALAT ADA SPEEKER YANG HEBAT...
INI LAH ASET BANK MUAMALAT YANG SANGAT BERNILAI.....

PEDULIKAN KALAU ADA AUDIEN YANG MENGATAKAN "Macam nak campaign Bank Muamalat je". Bagi saya, itu tidak penting. Yang penting, saya dapat ilmu yang sangat berharga dan sangat praktikal dalam kehidupan saya.

INI ADALAH BEBERAPA CATATAN YANG SEMPAT SAYA TULIS :(Kalau Tersilap Maaf.Boleh Buat rujukan tambahan)

USTAZ MOHD HAFIZ FAUZI
Tajuk : RIBA & KEBURUKANNYA

  • Allah & Rasul tidak istihar PERANG ke atas PERZINAAN. Allah & Rasul tidak istihar PERANG ke atas PEMINUM-PEMINUM ARAK. Allah & Rasul tidak istihar PERANG ke atas JUDI. Allah & Rasul tidak istihar PERANG ke atas mereka yang tidak membayar ZAKAT. Allah & Rasul tidak istihar perang ke atas PENDERHAKA IBU BAPA,  TETAPI Allah & Rasul ISTIHAR PERANG ke atas RIBA.
  • Pengharaman riba terkandung di dalam kutbah terakhir Rasulullah S.A.W. Agama Nasrani. Yahudi dan Hindu juga tertulis dalam ajaran mereka tentang larangan riba.
  •  Tidak sampai 20% rakyat Malaysia yang menggunakan sistem Islam. Itu belum ditolak orang Islam lagi.
  • MUSIBAH RIBA - 'KRISIS SUB PRIMA', Black September 2008. Contohnya CITIBANK jatuh disebabkan kad kredit yang ada unsur riba.
  • Vincent Beaufils (bukan Islam), Ketua Pengarang Challenges pada 12 Sept. 2008 berkata " Saya fikir dalam menghadapi krisis ini, kita perlu lebih banyak membaca Al-Quran daripada Bible demi untuk memahami apa yang benar-benar berlaku terhadap kita dan perbankan kita".
  • Pada masa krisis sub prima, sistem bank Islam masih boleh bertahan dan teguh
  • Selain Malaysia, negara seperti UK, Jerman, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun, Australia, Singapura, Saudi Arabia, UAE, Iran dan Perancis sudah mula mengguna pakai sistem perbankan Islam, perlindungan Takaful, Gadaian Islam, Bond Islam dan menggubal undang-undang berkaitan kewangan Islam.
  • Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair mengatakan melalui 'interview' daripada majalah Observer " "I read the Qur’an [Koran] every day. Partly to understand some of the things happening in the world, but mainly just because it is immensely instructive.Reading the Islamic religion’s holy book - considered by Muslims to be the exact words of God - ensured he remained faith-literate.To be faith-literate is crucial in a globalised world, I believe."
  • Dalam surah al-Baqarah ayat 275-281 diceritakan satu mukasurat berkaitan larangan riba.
KONVENSIONAL - dipanggil PINJAMAN                        PERBANKAN ISLAM - Dipanggil PEMBIAYAAN
1) Transaksi Pinjaman                                                Transaksi jual beli, sewa, usahasama,perkongsian.
                                                                                   ('Sale & Purchase Agreement')
2) Menghasilkan lebihan/riba daripada pinjaman        Menghasilkan keuntungan
  • Jika lewat bayar hutang, Bank Muamalat hanya mengenakan 1% sebulan tetapi konvensional sehingga 8% sebulan.
  • Terdapat satu hadis mengatakan orang yang lambat membayar hutang tetapi dia mampu membayar hutang. Itulah kezaliman.
  • Tidak salah mengenakan keuntungan lebih daripada 100%. Buktinya melalui Fatwa Yusuf Al-Qardawi: " Semua perniagaan bermatlamatkan keuntungan. Nas menetapkan keuntungan itu tidak ada, selagi mana ada persetujuan" (www.suwaidan.com)
 AKIBAT KECELAKAAN RIBA :
  1. Perang dengan Allah dan Rasul
  2. Menjemput Bala Allah - " Apabila riba dan zina menjadi-jadi di sesebuah kampung/negeri, maka sesungguhnya mereka telah membenarkan mereka itu diazab oleh Allah" (Riwayat al-Hakim)
  3. Hilang Keberkatan - " Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( al-Baqarah : 276)
  4. Menempah Laknat Allah - " Allah melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya " (Riwayat: Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah )
  5. Seperti Berzina dengan Ibu-Bapa Sendiri - "Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya sendiri"
  6. Menempah Dosa Besar
  7. Lebih Buruk daripada 36 kali Berzina - " 1 dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keaadaannya ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali" ( Musnad Ahmad). Kalau kita umpamakan dengan orang yang melakukan zina dihukum sebat 100x maka orang yang makan riba disebat 3600 kali (perumpaan sahaja tau)
  8. Doa Tidak di Makbulkan
  9. Solah Tidak Diterima oleh Allah
PERBEZAAN PERBANKAN ISLAM & KONVENSIONAL
  1. Iman & Takwa vs Pemikiran & Hawa Nafsu
  2. Wahyu Allah vs Ciptaan Manusia
  3. Keadilan Matlamat Utama vs Keuntungan Matlamat Utama
  4. Pelaksana Amanah
  5. Pemantauan Jawatankuasa Syariah
  6. Pematuhan Syariah
  7. Lebihan dinamakan Keuntungan bukannya riba
  8. Berdasarkan Kontrak Jual Beli @ Urusniaga Perniagaan
  9. Hubungan Bank dengan Pelanggan melalui Kontrak Jual Beli Islam
  10. Tindakan Lambat Bayar dipanggil Gantirugi bukan Penalti. - Caj kos perbankan Islam hanya 1% gantirugi sebulan manakala konvensional dikenakan penalti berganda 8% sebulan.Tujuan dikenakan gantirugi ialah untuk menampung kerugian bank setiap bulan. Sebabnya, setiap bulan bank dah ada belanjawan yang dirangka.Jadi, apabila lambat bayar, akan menjejaskan belanjawan kos operasi bank.
  11. Zakat
  12. Sedekah dan Program Kebajikan
  13. Dakwah Islam
  14. Aqad
  15. Terma/ Syarat Jelas Berdasarkan Prinsip Islam
SEDIKIT PERBANDINGAN 

PERBANKAN ISLAM
Andaikan pinjaman rumah sebanyak RM 100,000
Single Rate : BFR - 0
Kadar syiling : 9.90 % ( Walaupun Bank Negara menaikkan kadar BFR sehingga melebihi syiling 9.9% contohnya 12.2%, Bank Muamalat tetap mengambil kadar maksimum 9.90%. Tetapi perbankan konvensional akan ambil 12.2% sebab mereka tiada kadar syiling)
Gantirugi Lewat Bayar : 1%
JUMLAH HARGA JUALAN: RM 240,996.96

KONVENSIONAL
Andaikan pinjaman rumah sebanyak RM 100,000
Single Rate : BFR - 0
Kadar syiling : Tiada ( Bergantung turun naik BFR Bank Negara)
Gantirugi Lewat Bayar : 8% (compounded)
JUMLAH HARGA JUALAN: RM 245,982.72

PENJELASAN KADAR KEUNTUNGAN BANK MUAMALAT

Contohnya beli rumah

Harga Belian : RM 200,000
Harga Jualan : RM 400,000

Tempoh 30 tahun atau 360 bulan
Keuntungan Bank Muamalat sebanyak : RM 200,000
Keuntungan Bulanan : 200,000 / 360 bulan : RM 555.55 ( digunakan untuk kos operasi, gaji, elaun, latihan, mesin ATM, penyelenggaran, sewa, air, elektrik, bayar dividen)

EN AWANG @ MUSRAN TAWIL
019-2132392, musran@muamalat.com.my
TAJUK : PENGURUSAN KEWANGAN HARTA
  •  Jangan Berjimat Cermat tetapi Jadi lah Angsa Bertelur Emas
  • Tidak salah kuat berangan kerana ianya impian yang boleh menjadi kenyataan
  • Hutang terbahagi kepada 2 : 1) Hutang Yang Menambah Kekayaan 2) Hutang Yang Menambah Kemiskinan.
  • Hutang menambah kekayaan contohnya membuat hutang bank bagi tujuan membeli emas, rumah, tanah dan lain-lain pelaburan yang menguntungkan. Contohnya Emas 1gram 2001 : RM 45 , pada tahun 2011 melonjak kepada RM 157. Sesiapa yang melabur emas dulu, kini kekayaannya bertambah.Harga emas sentiasa naik kerana permintaan melebihi pernawaran. Buktinya tahun 2008 : Pengeluaran emas:2414 tan, Permintaan emas : 3804 tan. Bermaksud ada kekurangan 1390 tan.
  • Sedikit teguran yang boleh difikirkan " Nelayan melihat hutang untuk hidup tetapi orang yang makan gaji melihat hidup untuk hutang"
  • Tips ingin menjadi kaya : 1) BELAJAR IMU PENGURUSAN KEWANGAN.  2) BACA BUKU BERKAITAN KEWANGAN  3) HADIRI CERAMAH DAN SEMINAR BERKAITAN KEWANGAN  4) BERTANYA DENGAN ORANG YANG BERJAYA DAN BUKAN KEPADA PRODUK YANG BERJAYA TETAPI DIA SENDIRI TIDAK BERJAYA.
  • Tidak salah untuk berani mengambil risiko tetapi berhati-hati jangan terlalu berani mengambil risiko, nanti membawa padah.
  • SEKIRANYA ANDA BERJAYA, KONGSIKAN KEPADA ORANG LAIN SUPAYA BERKAT. KALAU GAGAL KONGSIKAN JUGA KERANA DAPAT MENGURANGKAN KESAKITAN DAN MENGELAKKAN ORANG LAIN DARIPADA KESILAPAN ( dipetik daripada kata-kata Ustaz Ismail Kamus)

SESIAPA BOLEH MENJADI JUTAWAN DALAM TEMPOH 15 TAHUN JIKA.....

  1. Menyimpan 1 Kilo Emas Sekarang
  2. Menyimpan RM 250,000 dalam ASB
  3. Mempunyai lebih daripada satu rumah bernilai RM 500,000
  4. Mempunyai simpanan RM 10,000 sebulan

SEMINAR PELABURAN EMAS & ANALISIS TEKNIKAL EMAS : Belajar ilmu emas & Belajar membaca, mengguna dan menganalisis Carta FxPro MetaTrader4...

Pada 25 Jun 2011, saya berkesempatan untuk menyertai KURSUS ANALITIKAL EMAS di Hotel Cititel Mid Valley bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dengan bayaran RM 300. Memang agak tinggi yurannya tetapi berbaloi dengan ilmu yang diperolehi.
PENCERAMAHNYA :
1) En. Syukor Hashim
(Pakar Jutawan Emas)
2) En. Noor Shufaad Bin Md Norani
(Pakar analisis teknikal pelaburan)
BAYAR RM 300, APA YANG KITA PEROLEHI :
  1. ILMU YANG SANGAT HEBAT-Jangan harap, kita boleh dapat ilmu camni di Universiti.Kat Universiti, hanya teori, teori, teori sahaja. Bila joint seminar ini, kita akan dapat teori dan praktikal dengan mengaitkan isu-isu semasa yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan sebenar. Apa yang pasti penceramahnya ialah orang yang pakar dalam bidang emas dan analisis. Karier mereka hanya emas dan analisis pelaburan siang dan malam. Itu sebab mereka sangat mahir......
  2. PROGRAM PERISIAN FX-PRO METATRADER 4 PERCUMA ( Kat sini, kita boleh menganalisis pelbagai carta-carta pelaburan yang banyak digunakan oleh pelabur-pelabur)
  3. DAPAT 2 BUKU IAITU TEKNIK-TEKNIK HEBAT ANALISIS TEKNIKAL PASARAN EMAS & MENYINGKAP RAHSIA PELABURAN EMAS.
  4. DIBERI SATU FOLDER- Dalam folder ni, ada pelbagai e-book berkaitan analisis pelaburan emas dan nota powerpoint penceramah.
  5. KESUNGGUHAN PENCERAMAH UNTUK MEMBERI ILMU DAN MEMBERI FAHAM KEPADA PESERTA.- Siap ada ILMU BONUS lagi tu. Segala teori cuba dikaitkan dengan isu-isu semasa terkini.
  6. BOLEH TANYA ATAU SOAL JAWAB APA SAHAJA SOALAN BERKAITAN EMAS DAN ANALISIS
  7. BILIK SEMINAR YANG SELESA DAN TENANG
  8. PESERTA TERHAD KEPADA 50 ORANG ATAU KURANG. so peserta lebih selesa dan memudahkan sesi soal jawab.
  9. MINUM PAGI, MAKAN TENGAHARI DAN MINUM PETANG DISEDIAKAN. - Makan tengahari kat sini memang mewah la.Tak larat nak makan...banyak sangat.
  10. DAPAT BERGAMBAR KENANGAN DENGAN PENCERAMAH
ISI CERAMAH EN. SHUKOR HASHIM
  • Kekayaan boleh datang kepada anda dan kekal dengan anda bila minda anda kaya.Semakin banyak ilmu anda mengenai emas, semakin banyak keuntungan yang anda boleh jana melalui emas
  • Mengapa menyimpan emas: Kaitannya dengan zaman Rasulullah S.A.W. Keburukan Wang Kertas. Carta analisis emas dari tahun 70 an sehingga 2010
  • 3 rahsia emas : Disimpan untung, digunakan lebih untung, diniagakan paling untung
  • Bagaimana membuat pelaburan emas : Emas fizikal dan Akaun Simpanan Emas
  • Membuat keuntungan dengan emas
 
ISI CERAMAH ENCIK SHUFAAD
  • Belajar macam mana membaca, menggunakan dan menganalisis perisian FX PRO Metatrader 4
  • Performance review from Jan – June 2011
  • Fundamental Events
  • Art of Candle
  • Buyers and Sellers Psychology
  • Support and Resistance using Fibonacci and Price Action
  • Taking theories into practical


SEMINAR KEUSAHAWANAN ANJURAN MASMED UiTM

27 - 30 JUN 2011
HOTEL DEPALMA SHAH ALAM
NAMA PROGRAM : Abaikan nama program. Apa yang pasti program ini sesuai untuk bakal-bakal usahawan dan usahawan yang telah menceburi bidang perniagaan.
PENGANJUR : Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development
( MASMED) Universiti Teknologi MARA. htttp://masmed.uitm.edu.my

MODUL : 
  1. LPU    - Latihan Pewujudan Usahawan  (INSKEN - MITI)
  2. SLGP  - Skim Latihan & Galakan Perniagaan (INSKEN - MITI)
  3. SUS    - Skim Usahawan Siswazah (INSKEN - MITI)
  4. LAP    -  Latihan Asas Perniagaan (INSKEN - MITI)
  5. KAKS  - Kursus Asas Keusahawanan Siswa (INSKEN - MITI)
  6. LKS    - Latihan Keusahwanan Siswa (INSKEN - MITI)
  7. Latihan Keusahawanan Desa (KKLW)
  8. LENS  - Learning Entrepreneurship Series (Biotech Corp)
  9. Tunas Mekar (ICU-JPM
PENCERAMAH : Pensyarah berpengalaman UiTM
PROGRAM NI BERBAYAR: Tapi kalau ada organisasi atau syarikat yang taja, 'free' je......
PROGRAM KAMI : Program yang saya hadiri adalah program latihan untuk pelatih ('Training of Trainers'). Objektifnya ialah selepas selesai kursus ni, diharapkan kami ada rasa keyakinan untuk memberi ilmu keusahawanan kepada pelajar atau orang ramai.Ilmu yang kami belajar ialah: (tajuk orang putih tapi pembentangan cakap Bahasa Melayu)
  • Entrepreneurship awareness : concept and development
  • Entrepreneurial compentency
  • Creativity in identification of business opportunities
  • Business planning
  • Small business management
  • Entrepreneurship education activities : planning & implementation
KOMEN : Kursus ini lebih kepada teori je. Mungkin setengah orang akan merasa bosan, pening dan mengantuk.Saya tak kisah. Asalkan ianya bernama ilmu, saya tetap akan menghormati orang yang menyampaikan ilmu dan bersyukur di atas ilmu yang diperolehi. 








PELABURAN SAHAM BANK RAKYAT ; 15 % DIVIDEN SEJAK 1999

Kalau ada pengumuman Bank Rakyat tawar saham kepada orang ramai, kalau ada duit lebih, beli je. Caranya mudah je, pergi kaunter dan tanya kepada staf Bank Rakyat " nak beli saham". InsyaAllah diaorang akan bantu daripada A-Z. Satu lagi buat pinjaman peribadi atau pinjaman perniagaan, nanti diaorang 'offer' saham 500 unit je kepada kita.Kadar dividen 15% setahun setakat 2010. Sebelum ni pun Bank Rakyat berjaya mengekalkan 15% dalam tempoh 10 tahun sejak 1999. 

Nilai dividen memang tinggi melebihi akaun simpanan, akaun semasa, simpanan tetap dan akaun pelaburan.Memang bagus nilainya...cuma masalahnya. Kita tak boleh nak beli saham dengan kuantiti yang banyak.Silap-silap gaya, bank rakyat bagi kita 500 unit saham sahaja. Kalau setakat dibenar RM 500, memang tak kaya la. Kalau dapat 10,000 unit, berbaloi gak....

SEDIKIT PENGIRAAN:

Beli saham 500 unit dengan RM 500
Dividen 15% setahun : dapat untung RM 75
Tapi kena tolak RM 10 untuk Tabung Pendidikan pulak. Maka bersih untung kita ialah : RM 65 @ 13% je.
Selepas 10 tahun, dapat RM650... rasa macam kurang berbaloi je kalau beli saham RM500. Kena tunggu 8 tahun baru melepasi balik modal RM 500.Rasa macam nak jual saham pun ada kalau camni keadaannya...