I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 23, 2010

SURAT MENYENTUH PERASAAN MANGSA ALONG : Sanggup nak jual buah pinggang untuk langsaikan hutang....

- gambar hiasan -
Saya yakin semua orang kenal manusia yang bernama ALONG. Ada 1000 keburukan meminjam ALONG dan hanya 1 kebaikan ALONG iaitu mudah nak dapat duit terutama orang yang meniaga. Nak buat camne, pinjam bank tak lulus, pastu macam-macam karenah bank melebihi karenah budak kecik. Jadi, alternatif paling mudah pinjam ALONG.

Kat sini saya sertakan satu surat yang benar lagi telus daripada kawan saya sendiri berkaitan keperitannya sebagai peniaga kecil yang menjalankan perniagaan dalam keadaan ekonomi yang tak stabil. Disebabkan masalah kewangan perniagaan yang sangat meruncing maka tiada jalan lain melainkan pinjam daripada ALONG.....


"Aku ada masalah yang dah tak dapat aku control lagi. Masalah aku agak besar juga. Aku tak larat dan malu nak minta tolong dengan sesiapa lagi. Ini semua kesilapan aku. Sejak kenaikan harga minyak haritu, business aku merudum sangat. Jualan PC dan Laptop jatuh teruk. Nasib baik servis dan repair masih ada lagi, tu la yang dapat bagi keluarga makan sekadar yang ada. 

Bulan 7, tahun lepas, aku ditipu dengan sorang customer cina berjumlah RM 7k, hantar barang dapat cek tendang dan dia pun dah ghaib. Justeru bulan Ramadhan yang lepas, aku pun berpindah kedai bagi mengurangkan overhead dari kedai sewa RM 4,000 sebulan ke kedai RM 1800 sebulan.Namun di kedai baru sales masih jatuh, cuma repair dan service sahaja yang maintain. Masalah besar aku sebenarnya ialah aku ada berhutang RM 17,500 dengan Peminjam Wang Berlesen ( Along). 

Ini lah kesilapan aku. Dulu bila berlaku masalah rolling modal, aku pinjam dari mereka tapi aku berjaya bayar balik kerana business ketika itu agak ok. Walaupun interest sangat tinggi, tapi aku tiada pilihan lain.Aku kena bayar secara mingguan. Masa pindah kedai baru ni, aku terpaksa pinjam lagi dari mereka. Sekarang ni, aku masih bayar lagi pada mereka, tapi hanya dapat bayar interest sahaja ( 30% sebulan). 

Hidup aku sangat tertekan sekarang. Sales kurang, setiap minggu memikirkan bagaimana untuk bayar mereka. Nak bayar sewa dan pekerja lagi. Ya Allah, aku sangat tertekan, sekarang ni. Barang kemas isteri dan mak aku habis dah aku gadaikan, namun mereka belum tahu aku pinjam wang dari Peminjam Wang Berlesen. Kasihan sungguh mereka. 



Aku dah takde cara lain, aku terfikir untuk menderma dan jual buah pinggang aku. Aku dah hantar surat kepada 6 hospital di Malaysia, tapi tiada jawapan. Aku dah iklan kat internet, belum juga ada jawapan. Masa terus berjalan dari hari ke hari, aku semakin tertekan. Maafkan aku, aku memang buntu sekarang ini. Setiap hari bermunajat memohon pertolongan dari Tuhan. Kalau kau ada kenal pesakit buah pinggang yang kaya, aku sanggup derma buah pinggang aku, harap dia dapat tolong aku. Aku dah fikir masak-masak dan aku serius demi membela keluarga aku. "


Surat ini ditulis pada Januari 2009. Ketika itu ekonomi Malaysia dan SATU DUNIA mengalami kemelesetan ekonomi yang sangat dasyat yang dipanggil KRISIS EKONOMI DUNIA 2008. Tak percaya tengok data kat bawah:
  • Sebelum 2008, harga minyak dijual sekitar 40 US Dollar. Januari 2008 jadi $100 kemudian bulan Julai 2008 meningkat yang sangat menakutkan menjadi $147 setong.
  • Krisis harga makanan dunia 2007-2008. Contohnya harga gandum antarabangsa naik melebihi 10 US Dollar sebusyel. harga beras mencapai takat tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Harga susu dan daging meningkat lebih 2 kali ganda. Harga soya mencapai harga tertinggi pada Disember 2007 dalam tempoh 34 tahun. Jagung pun naik mendadak. Keadaan ini menyebabkan rusuhan di Burkina Faso, Cameroon, Senegal, Mauritania, Ivory Coast, Mesir, Maghribi, Mexico, Bolivia, Yaman, Uzbekistan, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
  • Banyak bank-bank jatuh tersungkur termasuk syarikat automatif terbesar dunia General Motor sehingga terpaksa diselamatkan oleh Obama.( General Motor ni keluarkan kereta Chevrolet. Pastu ada buat kerjasama dengan NAZA)
  •  Reuters dan IMF menjelaskan bahawa tahun 2008 telah berlaku inflasi global yang sangat dasyat dalam tempoh 10-20 tahun, lebih-lebih lagi inflasi domestik.Majoriti negara maju, negara Asia Membangun, Negara Miskin, Negara Pengeksport Minyak dan Bukan Pengeluar Minyak mengalami inflasi paling teruk.
  • Pertumbuhan Buruh Sedunia meramalkan pada tahun 2009, 20 juta pekerjaan bakal hilang yang melibatkan pengangguran dunia melebihi 200 juta.
  • Krisis Gadai Janji Subprima 2008 di Amerika yang mengakibatkan purata 84,000 orang hilang pekerjaan setiap bulan. Nak bagitau sikit apa maksud krisis ni. Di Amerika ni ada polisi bank yang membenarkan peminjam yang berpendapatan rendah dan peminjam yang mempunyai sejarah pembayaran hutang bank yang teruk untuk membuat pinjaman gadai janji bagi pembelian hartanah seperti rumah. 80% peminjam adalah jenis ini yang melibatkan 1.3 trillion US Dollar. Kemudian disebabkan pelbagai masalah ekonomi dan pengurusan polisi kerajaan yang tidak cekap menyebabkan peminjam ini gagal membayar hutang. Jadi apa lagi, kecairan bank makin kurang dan menyebabkan kerugian purata 200 billion dalam tempoh 2008.Banyak bank-bank lingkup seperti Lehman Brothers (Bank ke-4 terbesar Amerika), Merrill Lynch & Co, Syarikat Insurans American International Group (AIG), Morgan Stanley dan Washington Mutual (pusat pinjaman dan simpanan duit Amerika), Indymac Bancop (Bank perumahan ke-3 terbesar Amerika). Selain itu 106 buah bank di Amerika muflis.
 

  • Kemelesetan ekonomi 2007-2009 juga mengakibatkan Bursa Saham dunia jatuh merudun dengan teruk. Seorang pakar mengatakan kemelesetan ini sangat teruk selepas Perang Dunia ke-2
  • Zaman 2007-2008 digelar ancaman STAGFLASI. Maksudnya berlaku kadar inflasi dan pengangguran dalam masa yang sama.
 Ini lah cerita bermula 2007 - 2009. Walaupun Malaysia senyap je, hakikatnya negara kita juga mengalami tempias kemelesetan ekonomi dunia cuma tak mau digembar gemburkan untuk mengelakkan panik dikalangan rakyat.

Kesan yang paling mudah adalah KAWAN SAYA. Jadi tak hairan la. Syarikat besar pun boleh lingkup, apa lagi syarikat kecil.

Berbalik pada cerita kawan saya. Allah telah membantu dia. Akhirnya keluarga dan saudara mara berpakat bersama-sama menyelamatkan keadaan kawan saya.Derma buah pinggang, tak jadi, walaupun dah ada pembeli daripada negara luar. 


Kawan saya sebenarnya ada berhutang stok dengan pembekal utama yang melibatkan puluhan ribu. Hasil persetujuan bersama bagi menjelaskan hutang, kawan saya terpaksa bekerja dengan pembekal tersebut dengan gaji RM 0 sebulan dalam tempoh 3 tahun. Tak percaya ke...ini lah realitinya. hanya harapkan komisyen jual komputer. Boleh la dapat antara RM 200-300 sebulan. Cukup untuk beri makan pada isteri, anak dan ibunya. Duit sekolah anak pun dah hampir setahun tak bayar. Minta zakat pun kena 'reject'. Ini la HAMBA ZAMAN MODEN. nak buat camne, dah terpaksa. 

Ada juga kawan yang bersimpati, nak tebus kawan saya ni tapi sampai sekarang senyap je. Takpe la diaorang pun ada masalah ekonomi gak.  Saya pun takde duit nak tebus tapi saya tak pernah lupa berdoa dan solah hajat untuk kawan saya ni. Sebabnya kawan saya ni seorang yang baik....Alhamdulillah kawan saya ni mahir baiki komputer, jadi boleh la dapat 'side income' . tapi terpaksa la kerja lebih 12 jam sehari.

KESIMPULANNYA : 
Memang biasa dalam kehidupan akan berlaku kesesakan wang dan kehidupan yang di luar jangka. Jika berlaku sedemikian, satu cara kita boleh lakukan, banyakkan SOLAH HAJAT. Mintak bantuan Allah. Yakin lah, ujian tu datangnya daripada Allah maka JALAN PENYELESAIANnya juga daripada Allah .....

    1 comment:

    1. Saya mengalami nasib yg sama.sy dikejar hutang dan gagal dalam perniagaan.sy ingin berjuang namun tiada modal.jika ada sesiapa yg ingin membeli buah pingang,sy ingin menjual buah pingang sy utk lunaskan hutang

      ReplyDelete