I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 20, 2010

KISAH SI PERAUT LIDI : Memerah keringat untuk mendapatkan sekampit beras hancur


"Biar lah apa orang kata, yang penting cari duit halal dan tak meminta-meminta. Tengok orang yang meniaga besar dan berjawatan besar tapi hidup penuh dengan rasuah, penyelewengan, penipuan dan menzalimi orang lain. Tengok budak-budak yang berijazah, bukan sorang tapi berpuluh ribu menganggur, hanya duduk rumah, mengharapkan makan minum mak ayah lagi. Malas berusaha" . Amacam terasa tak kata-kata tu yang datangnya daripada hati ikhlas seorang PERAUT LIDI je....

Kerja ni memang nampak mudah tapi rumit nak disiapkan. Nak dapatkan satu ikat penyapu tu bukan mudah, kena satu hari gak. Jual kat peraih pun bukan banyak sangat dapat, ambik RM 1 je untuk satu ikat penyapu. Dalam sebulan, kalau rajin, boleh la dapat 30 ikat. Boleh la dapat RM 30 sebulan. Boleh la beli satu kampit beras hancur 10% saiz sederhana.Takde kos terlibat, hanya ambik pelepah kelapa sawit kat belakang rumah je.


Saya masih ingat lagi, petikan dalam buku Cef Li (rasa-rasanya buku jutawan senyap), kata-kata seorang Indonesia. Orang Indonesia ni kata "jual la apa-apa pun kat Malaysia ni, mesti laku punye la".

Ni satu lagi, saya ambik daripada kata-kata Irfan Khairi, Jutawan internet kita: 

Tak kira apa sahaja perniagaan, kita boleh jadi usahawan jutawan. Tak percaya? Lihat sahaja semua industri… bukankah ada jutawan yang tercipta?
  • Jual produk kecantikan boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… usahawan Sendayu Tinggi, De Navichee dan ramai lagi telah membuktikannya!
  • Jual kasut boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… siapa tak kenal Jimmy Choo, usahawan jutawan kelahiran Malaysia yang menempa nama sampai ke Hollywood!
  • Jual perkhidmatan design boleh jadi jutawan? tentunya boleh… thats where my first million came from!
Jual baja boleh jadi jutawan? Jual kacang boleh jadi jutawan? Jual keropok boleh jadi jutawan? Jual ikan boleh jadi jutawan? Jual basikal boleh jadi jutawan? Jual dompet boleh jadi jutawan? Jual gitar boleh jadi jutawan?
Semuanya boleh. Sebut sahaja apa sahaja industri dan pastinya ada usahawan jutawan dalam industri tersebut!
Oleh itu, berhenti dari mencari alasan industri ni tak boleh… industri itu tak boleh… industri ni susah dan sebagainya. Semua industri boleh mencipta usahawan jutawan. Kalau tak jadi usahawan jutawan, bukan salah industri. Tetapi SALAH KITA.


3 comments: