I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 11, 2011

GOLD INVESTMENT ACCOUNT PUBLIC BANK : Pulangan Lebih Menguntungkan Berbanding Akaun Simpanan...

Public Bank ada menawarkan satu akaun, khas untuk pelaburan emas dinamakan Gold Investment Account atau Akaun Pelaburan Emas. Ianya adalah pelaburan emas tanpa menyimpan emas.

Prosedurnya cukup mudah. Pergi Public Bank dan bagitau kat pegawai " saya nak buka akaun GIA ". Kemudian pegawai tersebut akan bagi borang tertentu untuk diisi. Isi la borang itu dengan lengkap, kemudian pergi ke kaunter untuk buat buku bank ( passbook ). Untuk permulaan nak buka buku, kena beli minimum 20 gram dulu. Selepas itu, kita boleh beli atau jual dengan minimum 5 gram. Baki kat buku mesti ada 2 gram.

Harga jual beli emas boleh tengok laman web public bank di bawah.
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html
Kita boleh buat pengiraan sendiri sebenarnya untuk melihat perbezaan harga jual dan harga beli. Jika kita tau perbezaan harga ini, kita boleh bandingkan dengan GIA yang ditawarkan oleh bank lain seperti Maybank, Kuwait Finance, Bank Rakyat dan UOB. Bank yang tawarkan peratusan harga jual beli emas yang paling rendah dianggap lebih menguntungkan kita.

11 Januari 2011, Selasa
Harga Jual 1 gram ialah : RM 139.26 ( ini adalah harga emas yang kita beli kat Public Bank)
Harga Beli 1 gram ialah : RM 133.91 ( ini adalah harga emas yang Public Bank jual kat kita )

Perbezaan harga jual dan beli untuk Public bank ialah : 3.995 %


Maksudnya kalau kita nak masukkan duit, kita beli la emas dengan harga 1 gram = RM 139.26. Kalau kita nak keluarkan duit, bank akan guna la harga beli bank sebanyak RM 133.91. Sebab apa bank beli dengan harga RM 133.91, kenapa tidak RM 139.26. Sebabnya ialah bank nak untung. Berdasarkan perbezaan harga jual Public Bank, maka faham lah kita bahawa Public Bank cuma ambik untung 3.995%.Konsepnya sama je seperti orang berniaga. Beli kat pembekal dengan harga murah, pastu jual kat pembeli dengan harga yang mahal.

Ok sekarang saya nak buktikan samaada GIA ini boleh mengembangkan duit kita atau tidak.


Pada 29 Julai 2009 saya ada menyimpan sejumlah 30 grams. Masa tu harga jual ialah RM 108.98. Jumlah pelaburan saya ketika itu ialah 30g x RM 108.98 = RM 3269.40.

Hari ni, 11 Januari 2011 harga beli bank ialah RM 133.91. Maksudnya dalam tempoh 1 tahun 5 bulan berlaku kenaikan sebanyak 22.88%. Saya jual semua 30 grams : 30 g x RM 133.91 = RM 4017.30

Keuntungan saya ialah : RM 4017.30 - RM 3269.40  = RM 747.90

Kesimpulannya, Akaun Simpanan hanya tawarkan sekitar 2-4% setahun. Inflasi sekitar 2 %. Saya simpan GIA Public bank dapat untung 22.88 %... 'So' fikir sendiri...MANA YANG LEBIH MENGUNTUNGKAN...

2 comments:

  1. wahh...bestnye artikel mcm ni.
    simple, cmni la saya cari.

    ok, teruskan lagi tambah artikel langkah seterusnya.

    tq

    ReplyDelete
  2. orait tq...lepas ni nak crita dinar iraq pulak

    ReplyDelete