I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 30, 2011

BERMAIN CATUR BISTARI DALAM KELAS : Lepas Ni Teror la diaorang jadi Investor....

JANUARI 2011

Sepatutnya pendidikan zaman sekarang, jangan asyik nak berteori dalam kelas je. Ini bukan zaman pensyarah atau cikgu bagi ilmu hanya untuk tujuan peperiksaan sahaja. Cemerlang peperiksaan pun penting tapi dalam masa yang sama kena gak bagi ilmu-ilmu yang boleh dipraktikkan supaya diaorang boleh tau camne nak 'survive' dalam hidup mereka. 

Pensyarah dan cikgu, jangan asyik nak fikir 'ranking' diri masing-masing. Memang la pelajar akan hebat dalam akademik tapi hakikatnya dungu dengan ilmu 'survival'. Sori kasar sikit. Saja nak meluahkan perasaan sebab rasa terkilan masa belajar Pengurusan perniagaan 5 tahun kat Universiti dulu. Pensyarah hanya duduk berteori orang putih sambil membaca slide kat depan dan buku kat meja.Bila dah keluar Universiti, rasa macam 'nothing'. Ilmu yang dipelajari tak boleh dipraktikkan dalam kehidupan sebenar. Terpakse la kita masuk kursus-kursus lain yang berbayar yang boleh memberi ilmu 'survival' kepada kita.

Zaman ini ialah zaman bagaimana menggunakan ilmu terkini dalam kehidupan sebenar. Tak mau asyik ajar teori pelaburan dalam kuliah atau kelas tapi pelajar tak tau langsung secara praktikal macam mana nak melabur. Bila saya jadi cikgu Matrikulasi ni, saya mengambil iktibar daripada pengalaman masa lalu.Saya akan ajar teori gak tapi dalam masa yang sama akan ajar benda yang praktikal. Sapa kata subjek Pengurusan Perniagaan tak boleh buat aktiviti semasa kuliah. Sapa kata kalau buat aktiviti dalam kelas boleh menjejaskan pelajaran pelajar. 'Nonsense'...pelajar saya lebih 40% dapat A. Takde masalah pun. Sebenarnya boleh buat cuma perlukan sedikit kreativiti, inovatif dan usaha.
Waaa tengok gambar kat di bawah...lepas abis beberapa bab yang berkaitan dengan pelaburan dan perniagaan, saya buat satu aktiviti simulasi perniagaan. Alaa...main catur bistari je....
 




PERTANDINGAN CATUR BISTARI KEBANGSAAN 2010/2011 : Tak menang takpe...yang penting dapat pengalaman main peringkat kebangsaan

Pada 31 Oktober 2010, Kolej MARA Kuala Nerang telah menghantar 3 pasukan untuk pertandingan Catur Bistari Kebangsaan Peringkat Institusi Pengajian Tinggi di UPM Serdang. Pasukan Kolej MARA Kuala Nerang telah berjaya mendapat tempat ke-4 - 10 (saguhati) daripada 100 buah pasukan melibatkan 40 kumpulan Institusi Pengajian Tinggi Awam, Swasta, Kolej dan Politeknik dari seluruh Malaysia yang melibatkan 700 mahasiswa. 
 
 

Cuma pertandingan ni memang penuh kontroversi. Beberapa pasukan Universiti termasuk pasukan Kolej MARA Kuala Nerang merasa tidak puashati. Sepatutnya keputusan awal, kami boleh dapat nombor 3 atau 4. Tapi bila diumumkan pemenang, nama kolej kami tak disebut. Dengan geramnya, kami menghantar bantahan dan kena bayar pulak RM 300. Sebenarnya berlaku insiden jerit menjerit rasa tak puas hati semasa majlis penutup tapi bukan kolej kami. Setelah beberapa bulan, baru la saya menerima panggilan daripada pihak penganjur Jcorp mengatakan bantahan kami diterima dan mendapat saguhati 4-10. Wang bantahan dipulangkan balik. Memang jelas, pertandingan kali ini sangat tidak telus dan memalukan. 


Pertandingan Catur Bistari KFC Peringkat Kebangsaan 2010/2011 pada 9 Januari 2011 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang melibatkan 200 kumpulan dan 1000 peserta seluruh Malaysia. Pasukan saya dapat masuk sebab dapat dapat 50 kumpulan terbaik semasa pertandingan catur bistari peringkat Institut Pengajian Tinggi.

Dalam pertandingan peringkat kebangsaan tersebut, pasukan kami tidak bernasib baik memenangi sebarang kategori. Keseluruhan dapat 16 juta je. Tapi takpe. Bukan senang dapat main kat PICC tau. Pengalaman yang menarik dan mengagumkan.








Monday, February 28, 2011

CERAMAH EMAS EN. SHUKOR HASHIM ; IKON PELABUR EMAS MALAYSIA

Jangan malas nak pergi kursus berkaitan pelaburan. Banyak manfaat yang kita boleh dapat. Lagi-lagi zaman sekarang ni, ekonomi yang tak menentu, kejatuhan penguasa-penguasa kerajaan, harga makanan yang semakin meningkat, barang komoditi dunia pun meningkat gak dan inflasi yang semakin tak terkawal.Sekarang ni zaman kita kena bijak bagaimana mengurus dan melaburkan wang kita di tempat yang boleh memberi keuntungan samaada jangka pendek atau jangka panjang.

Sebagai contoh, Public Gold Sdn Bhd sekarang begitu agresif menyediakan ceramah percuma berkaitan pelaburan emas di seluruh negara. Dah lebih 2 kali saya menyertai ceramah emas di Sungai Petani dan kesimpulannya ceramah ini membuka mata kita apakah pelaburan jangka panjang yang sesuai dan menguntungkan ketika zaman inflasi.Tengok la gambar di bawah.....suasana ketika ceramah emas dengan Encik Shukor Hashim, ikon pelabur emas di Malaysia. Memang sesak dengan orang ramai....

 Gambar beramai-ramai dengan En. Shukor dan para peserta Sungai Petani....



 Ceramah yang penuh fakta dan contoh-contoh yang menarik dan praktikal



Gambar di atas : Koleksi emas & pengukur emas pun ditunjukkan semasa sesi ceramah. Tak berkelip mata menengoknya...

 waaa...teruja tengok En Shukor pegang emas kat tangan

EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD BULLION BAR ; Bersilau Mata Tengok Emas.....

Kita boleh beli emas fizikal di Public Gold Sdn Bhd. Kat mana nak beli layari web ni PublicGold.com.my  Sekarang ni dah banyak cawangan dan agen yang menjual emas syarikat Public Gold. Adakah menguntungkan jika kita membuat pelaburan emas yang dikeluarkan oleh syarikat Public Gold ?. Tengok analisis di bawah :
Penceramah Public Gold, En Shukor Hashim sedang memegang emas belasan ribu


Tarikh saya beli emas : 26 Jun 2009

Jenis Emas yang dibeli : 
Public Gold Bullion Bar dengan berat 50 gram dan ketulinan 999.99.

Harga emas 26 Jun 2009 : RM 5680

Katakan saya terdesak nak pakai duit dan nak jual emas hari ini kat cawangan Public Gold. Berapa wang yang akan saya dapat. Pergi website Public Gold dan tengok berapa harga belinya.
 28 Februari 2011
                                                         We Sell                                  We Buy
                         20 gram                  RM 3158                               RM 2969
                         50 gram                  RM 7859                               RM 7427
                        100 gram                 RM 15,645                            RM 14863
                        250 gram                 RM 38,928                            RM 37,176

Daripada jadual di atas pada 28 Februari 2011 harga yang dibeli oleh Public Gold untuk emas 50 gram ialah RM 7427

Keuntungan saya perolehi ialah : RM 7427   -   RM 5680      =      RM 1,747

Wow.. dalam tempoh 1 tahun 9 bulan dapat keuntungan sebanyak RM 1,747 dengan kadar keuntungan 31%

DINAR ISLAM PUBLIC DINAR ; Mengembalikan kegemilangan Matawang Islam....

Pernah dengar Dinar Emas. Ini adalah matawang Islam dan urusniaga yang digunakan semasa zaman kegemilangan Islam suatu ketika dulu. Kini Public Fine Gold Sdn Bhd juga menyediakan Dinar Islam kepada orang ramai.


Barisan bawah adalah Dinar Islam

Saya juga pernah membeli Public Dinar sebanyak 1 dinar sahaja pada 26 Jun 2009
Jenis emas : 916 dengan berat 4.25 gram
Harga dinar yang saya beli : RM 475 je

Ok katakan hari ini 28 Februari 2011. Harga dinar emas ialah :


                Dinar                       We Sell                     We Buy
1 dinarRM 652.00RM 613.00
5 dinarRM 3246.00RM 3067.00
10 dinarRM 6464.00RM 6141.00

Daripada jadual di atas harga 1 dinar 28 Februari 2011 ialah RM 613.

Keuntungan saya : RM 613  -   RM 475   =   RM 138  ( Untung kecil je sebab beli murah. Kalau beli 10 dinar, tinggi la untungnya). Kadar keuntungan dalam tempoh 1 tahun 9 bulan ialah 29%

SYILING KIJANG EMAS ; Pelaburan Emas Menguntungkan....

Jom kita buat kajian berkaitan Kijang Emas....

Kijang Emas adalah emas fizikal dalam bentuk syiling. Ianya bukan emas hiasan yang boleh dibeli di kedai-kedai emas. Kijang emas dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia telah diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia dan memberi amanah kepada Maybank untuk menjual Kijang Emas kepada orang ramai.Kalau nak tau, Malaysia adalah negara ke 12 dunia yang mengeluar emas syiling ( Kijang emas la tu)

Saya ada membeli Kijang Emas 1 oz di Maybank Alor Star, Kedah pada 28 Ogos 2009. Sebenarnya tak semua cawangan Maybank ada menjual Kijang Emas, hanya cawangan tertentu sahaja.Pegawai bank tu kata, saya bernasib baik dapat beli Kijang Emas 1 oz ni sebabnya nak dapat emas 1 oz memang cukup sukar. Ianya sangat laris di pasaran. Kalau 1/2 atau 1/4 oz stok banyak. Pegawai tu kata lagi pastikan jangan dicalar emas ni, kalau tak Maybank tak terima kalau kita nak jual. 'So' sangat sensitif penjagaannya.




Ciri-ciri Kijang Emas ( Ihsan BNM)
1 troy ounce
Kijang Emas RM200
 Face value: RM200
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 31.105g
Diameter: 37.00 mm 
1/2 troy ounce
 Kijang Emas RM100 
Face value: RM100
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 15.550g
Diameter: 28.00 mm
 1/4 troy ounce
Kijang Emas RM50
 Face value: RM50
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 7.780g
Diameter: 22.00 mm 


Agak-agak untung ke saya beli kijang emas ni....tengok analisis kat bawah.

Tarikh beli Kijang Emas di Maybank : 29 Ogos 2009
Jenis emas  :  1 oz
Harga yang saya beli masa tu : RM 3539.00

Andai kata saya nak jual hari ini, 28 Februari 2011 kat Maybank. Kita tengok urusniaga Kijang Emas di bawah yang saya ambil di Website Bank Negara Malaysia :
Kijang Emas Prices
Daily trading prices (in ringgit) of Malaysia's gold bullion coin, the Kijang Emas.
From To
Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/2/2011 4,330 4,162 2,206 2,081 1,123 1,041
2/2/2011 4,333 4,166 2,208 2,083 1,124 1,041
7/2/2011 4,348 4,181 2,215 2,091 1,128 1,045
8/2/2011 4,350 4,182 2,216 2,091 1,129 1,045
9/2/2011 4,387 4,218 2,235 2,109 1,138 1,055
10/2/2011 4,391 4,222 2,237 2,111 1,139 1,056
11/2/2011 4,404 4,233 2,243 2,117 1,142 1,058
14/2/2011 4,389 4,220 2,236 2,110 1,139 1,055
16/2/2011 4,444 4,272 2,264 2,136 1,153 1,068
17/2/2011 4,438 4,267 2,261 2,133 1,151 1,067
18/2/2011 4,464 4,292 2,274 2,146 1,158 1,073
21/2/2011 4,476 4,304 2,280 2,152 1,161 1,076
22/2/2011 4,545 4,369 2,315 2,185 1,179 1,092
23/2/2011 4,527 4,350 2,306 2,175 1,174 1,088
24/2/2011 4,574 4,397 2,330 2,199 1,187 1,099
25/2/2011 4,556 4,379 2,321 2,190 1,182 1,095
28/2/2011 4,583 4,404 2,335 2,202 1,189 1,101

Andai kata saya nak jual hari ini, 28 Februari 2011 kat Maybank. Kita tengok urusniaga Kijang Emas di bawah yang saya ambil di Website Bank Negara Malaysia :

Pada 28 Februari 2011, jika saya nak jual Kijang emas, saya akan menggunakan harga beli ( 'buying'). 'So' harga belinya ialah RM 4,404.

Untung yang saya dapat ialah : RM 4,404 - RM 3,539 = RM 865

Dalam tempoh 1 tahun 7 bulan, saya dapat untung RM 865.00 dengan kadar kenaikan 24.4 %. Boleh tahan tinggi. Ini baru 1 tahun lebih, kalau simpan lebih 5 tahun, lagi tinggi peratus keuntungan yang diperolehi.