I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 29, 2011

SEMINAR RIBA DAN PENGURUSAN HARTA ; CERAMAH USTAZ MOHD HAFIZ FAUZI & EN AWANG@MUSRAN TAWIL

Pada 26 Julai 2011, syukurrrrr, Allah memilih saya untuk mengikuti satu seminar berkaitan Riba dan Pengurusan Harta dan Wasiat anjuran Bank Muamalat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis bermula jam 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Seminar ni free je tapi ilmunya sangat hebat dan berguna. Ramai gak staf kerajaan dan pelajar yang mengikuti seminar ini.

Saya sangat teruja dengan 2 orang penceramah ini :

1) USTAZ MOHD HAFIZ FAUZI ( Ketua Jabatan Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad + Al-Kulliyah TV3+ FORUM HAL EHWAL ISLAM)
2) EN AWANG @ MUSRAN TAWIL ( Senior Assistant Vice President Consumer Business Development Center Bank Muamalat Malaysia Berhad )
 Lepas ni, kalau anda diberi peluang menghadiri ceramah daripada Ustaz Hafiz dan En. Awang, please..jangan excuse.

Ada 3 perkara yang menyebabkan saya seronok dengan penceramah ini :

1) ILMUnya BEST mencakupi logik akal dan Al-Quran & Sunnah
2) GAYA PENYAMPAIAN yang JELAS, BERFAKTA, SENANG NAK FAHAM dan MENCUIT HATI yang menyebabkan saya nak ketawa jeeee....
3) PENYAMPAIAN BIJAK BEREMOSI. Kejap-kejap saya asyik ketawa je...kejap-kejap saya rasa macam ada keinsafan..kejap-kejap saya rasa sedih...kejap-kejap saya rasa takut...kejap-kejap saya rasa geram...(bukan geram kat penceramah ye)
4) SAYA NAMPAK KEIKHLASAN MEREKA MENYAMPAIKAN ILMU.... SANGAT BERSUNGGUH-SUNGGUH.Mudah-mudahan Allah merahmati mereka.

TAK SANGKA ORANG BANK MUAMALAT ADA SPEEKER YANG HEBAT...
INI LAH ASET BANK MUAMALAT YANG SANGAT BERNILAI.....

PEDULIKAN KALAU ADA AUDIEN YANG MENGATAKAN "Macam nak campaign Bank Muamalat je". Bagi saya, itu tidak penting. Yang penting, saya dapat ilmu yang sangat berharga dan sangat praktikal dalam kehidupan saya.

INI ADALAH BEBERAPA CATATAN YANG SEMPAT SAYA TULIS :(Kalau Tersilap Maaf.Boleh Buat rujukan tambahan)

USTAZ MOHD HAFIZ FAUZI
Tajuk : RIBA & KEBURUKANNYA

  • Allah & Rasul tidak istihar PERANG ke atas PERZINAAN. Allah & Rasul tidak istihar PERANG ke atas PEMINUM-PEMINUM ARAK. Allah & Rasul tidak istihar PERANG ke atas JUDI. Allah & Rasul tidak istihar PERANG ke atas mereka yang tidak membayar ZAKAT. Allah & Rasul tidak istihar perang ke atas PENDERHAKA IBU BAPA,  TETAPI Allah & Rasul ISTIHAR PERANG ke atas RIBA.
  • Pengharaman riba terkandung di dalam kutbah terakhir Rasulullah S.A.W. Agama Nasrani. Yahudi dan Hindu juga tertulis dalam ajaran mereka tentang larangan riba.
  •  Tidak sampai 20% rakyat Malaysia yang menggunakan sistem Islam. Itu belum ditolak orang Islam lagi.
  • MUSIBAH RIBA - 'KRISIS SUB PRIMA', Black September 2008. Contohnya CITIBANK jatuh disebabkan kad kredit yang ada unsur riba.
  • Vincent Beaufils (bukan Islam), Ketua Pengarang Challenges pada 12 Sept. 2008 berkata " Saya fikir dalam menghadapi krisis ini, kita perlu lebih banyak membaca Al-Quran daripada Bible demi untuk memahami apa yang benar-benar berlaku terhadap kita dan perbankan kita".
  • Pada masa krisis sub prima, sistem bank Islam masih boleh bertahan dan teguh
  • Selain Malaysia, negara seperti UK, Jerman, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun, Australia, Singapura, Saudi Arabia, UAE, Iran dan Perancis sudah mula mengguna pakai sistem perbankan Islam, perlindungan Takaful, Gadaian Islam, Bond Islam dan menggubal undang-undang berkaitan kewangan Islam.
  • Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair mengatakan melalui 'interview' daripada majalah Observer " "I read the Qur’an [Koran] every day. Partly to understand some of the things happening in the world, but mainly just because it is immensely instructive.Reading the Islamic religion’s holy book - considered by Muslims to be the exact words of God - ensured he remained faith-literate.To be faith-literate is crucial in a globalised world, I believe."
  • Dalam surah al-Baqarah ayat 275-281 diceritakan satu mukasurat berkaitan larangan riba.
KONVENSIONAL - dipanggil PINJAMAN                        PERBANKAN ISLAM - Dipanggil PEMBIAYAAN
1) Transaksi Pinjaman                                                Transaksi jual beli, sewa, usahasama,perkongsian.
                                                                                   ('Sale & Purchase Agreement')
2) Menghasilkan lebihan/riba daripada pinjaman        Menghasilkan keuntungan
  • Jika lewat bayar hutang, Bank Muamalat hanya mengenakan 1% sebulan tetapi konvensional sehingga 8% sebulan.
  • Terdapat satu hadis mengatakan orang yang lambat membayar hutang tetapi dia mampu membayar hutang. Itulah kezaliman.
  • Tidak salah mengenakan keuntungan lebih daripada 100%. Buktinya melalui Fatwa Yusuf Al-Qardawi: " Semua perniagaan bermatlamatkan keuntungan. Nas menetapkan keuntungan itu tidak ada, selagi mana ada persetujuan" (www.suwaidan.com)
 AKIBAT KECELAKAAN RIBA :
  1. Perang dengan Allah dan Rasul
  2. Menjemput Bala Allah - " Apabila riba dan zina menjadi-jadi di sesebuah kampung/negeri, maka sesungguhnya mereka telah membenarkan mereka itu diazab oleh Allah" (Riwayat al-Hakim)
  3. Hilang Keberkatan - " Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( al-Baqarah : 276)
  4. Menempah Laknat Allah - " Allah melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya " (Riwayat: Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah )
  5. Seperti Berzina dengan Ibu-Bapa Sendiri - "Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya sendiri"
  6. Menempah Dosa Besar
  7. Lebih Buruk daripada 36 kali Berzina - " 1 dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keaadaannya ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali" ( Musnad Ahmad). Kalau kita umpamakan dengan orang yang melakukan zina dihukum sebat 100x maka orang yang makan riba disebat 3600 kali (perumpaan sahaja tau)
  8. Doa Tidak di Makbulkan
  9. Solah Tidak Diterima oleh Allah
PERBEZAAN PERBANKAN ISLAM & KONVENSIONAL
  1. Iman & Takwa vs Pemikiran & Hawa Nafsu
  2. Wahyu Allah vs Ciptaan Manusia
  3. Keadilan Matlamat Utama vs Keuntungan Matlamat Utama
  4. Pelaksana Amanah
  5. Pemantauan Jawatankuasa Syariah
  6. Pematuhan Syariah
  7. Lebihan dinamakan Keuntungan bukannya riba
  8. Berdasarkan Kontrak Jual Beli @ Urusniaga Perniagaan
  9. Hubungan Bank dengan Pelanggan melalui Kontrak Jual Beli Islam
  10. Tindakan Lambat Bayar dipanggil Gantirugi bukan Penalti. - Caj kos perbankan Islam hanya 1% gantirugi sebulan manakala konvensional dikenakan penalti berganda 8% sebulan.Tujuan dikenakan gantirugi ialah untuk menampung kerugian bank setiap bulan. Sebabnya, setiap bulan bank dah ada belanjawan yang dirangka.Jadi, apabila lambat bayar, akan menjejaskan belanjawan kos operasi bank.
  11. Zakat
  12. Sedekah dan Program Kebajikan
  13. Dakwah Islam
  14. Aqad
  15. Terma/ Syarat Jelas Berdasarkan Prinsip Islam
SEDIKIT PERBANDINGAN 

PERBANKAN ISLAM
Andaikan pinjaman rumah sebanyak RM 100,000
Single Rate : BFR - 0
Kadar syiling : 9.90 % ( Walaupun Bank Negara menaikkan kadar BFR sehingga melebihi syiling 9.9% contohnya 12.2%, Bank Muamalat tetap mengambil kadar maksimum 9.90%. Tetapi perbankan konvensional akan ambil 12.2% sebab mereka tiada kadar syiling)
Gantirugi Lewat Bayar : 1%
JUMLAH HARGA JUALAN: RM 240,996.96

KONVENSIONAL
Andaikan pinjaman rumah sebanyak RM 100,000
Single Rate : BFR - 0
Kadar syiling : Tiada ( Bergantung turun naik BFR Bank Negara)
Gantirugi Lewat Bayar : 8% (compounded)
JUMLAH HARGA JUALAN: RM 245,982.72

PENJELASAN KADAR KEUNTUNGAN BANK MUAMALAT

Contohnya beli rumah

Harga Belian : RM 200,000
Harga Jualan : RM 400,000

Tempoh 30 tahun atau 360 bulan
Keuntungan Bank Muamalat sebanyak : RM 200,000
Keuntungan Bulanan : 200,000 / 360 bulan : RM 555.55 ( digunakan untuk kos operasi, gaji, elaun, latihan, mesin ATM, penyelenggaran, sewa, air, elektrik, bayar dividen)

EN AWANG @ MUSRAN TAWIL
019-2132392, musran@muamalat.com.my
TAJUK : PENGURUSAN KEWANGAN HARTA
  •  Jangan Berjimat Cermat tetapi Jadi lah Angsa Bertelur Emas
  • Tidak salah kuat berangan kerana ianya impian yang boleh menjadi kenyataan
  • Hutang terbahagi kepada 2 : 1) Hutang Yang Menambah Kekayaan 2) Hutang Yang Menambah Kemiskinan.
  • Hutang menambah kekayaan contohnya membuat hutang bank bagi tujuan membeli emas, rumah, tanah dan lain-lain pelaburan yang menguntungkan. Contohnya Emas 1gram 2001 : RM 45 , pada tahun 2011 melonjak kepada RM 157. Sesiapa yang melabur emas dulu, kini kekayaannya bertambah.Harga emas sentiasa naik kerana permintaan melebihi pernawaran. Buktinya tahun 2008 : Pengeluaran emas:2414 tan, Permintaan emas : 3804 tan. Bermaksud ada kekurangan 1390 tan.
  • Sedikit teguran yang boleh difikirkan " Nelayan melihat hutang untuk hidup tetapi orang yang makan gaji melihat hidup untuk hutang"
  • Tips ingin menjadi kaya : 1) BELAJAR IMU PENGURUSAN KEWANGAN.  2) BACA BUKU BERKAITAN KEWANGAN  3) HADIRI CERAMAH DAN SEMINAR BERKAITAN KEWANGAN  4) BERTANYA DENGAN ORANG YANG BERJAYA DAN BUKAN KEPADA PRODUK YANG BERJAYA TETAPI DIA SENDIRI TIDAK BERJAYA.
  • Tidak salah untuk berani mengambil risiko tetapi berhati-hati jangan terlalu berani mengambil risiko, nanti membawa padah.
  • SEKIRANYA ANDA BERJAYA, KONGSIKAN KEPADA ORANG LAIN SUPAYA BERKAT. KALAU GAGAL KONGSIKAN JUGA KERANA DAPAT MENGURANGKAN KESAKITAN DAN MENGELAKKAN ORANG LAIN DARIPADA KESILAPAN ( dipetik daripada kata-kata Ustaz Ismail Kamus)

SESIAPA BOLEH MENJADI JUTAWAN DALAM TEMPOH 15 TAHUN JIKA.....

  1. Menyimpan 1 Kilo Emas Sekarang
  2. Menyimpan RM 250,000 dalam ASB
  3. Mempunyai lebih daripada satu rumah bernilai RM 500,000
  4. Mempunyai simpanan RM 10,000 sebulan

1 comment:

  1. Grand Lisboa Casino & Resort - Mapyro
    The Grand 충주 출장마사지 Lisboa Casino & Resort 상주 출장마사지 is a 5-minute drive 충주 출장마사지 from LAS VEGAS (Las Vegas 경산 출장마사지 Strip). The resort offers 대구광역 출장안마 over 1,000 slots, 16 table games, and an arcade. There are a

    ReplyDelete