I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 4, 2012

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN TELUK BATIK RESORT LUMUT PERAK

DISEMBER 2011


Pada 29-31 Disember 2011 bermula hari khamis hingga sabtu, saya menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan untuk pelajar saya, Matrikulasi Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) seramai 36 orang. Mereka ni mewakili Program Siswa Niaga, Koperasi dan Kelab Catur Bistari KMKN. Lokasinya di Teluk Batik Resort, Lumut, Perak.

Perjalanan pergi agak lewat sebab bas sewa yang asal berlaku kemalangan. Kami tiba jam 10.00 malam, boleh tahan lama, 5 jam baru sampai. Pakej penginapan, makan & minum dan kemudahan seminar di sini melibatkan kos RM 8,000 ++. Tempat ini dipilih kerana berdekatan dengan pantai Teluk Batik, Muzium Siput dan 'of course' dekat dengan Jeti Marina Pulau Pangkor. Peralatan dan kemudahan dalam bilik resort memang agak lama dan kadang-kadang kurang selesa. Tapi takpe la...untuk tidur je..bukan buat kursus dalam bilik...

Untuk Kursus Keusahawanan ini saya menggunakan konsep 70% praktikal & 30% teori.Temanya ialah Keusahawanan Kreatif & Inovatif. Tak mau la bila dengar kursus keusahawanan mesti ceramah..ceramah..ceramah..asyik ceramah je sampai peserta jadi lembik...So, saya buat kelainan yang banyak untuk kursus ni tapi tak lari daripada konsep keusahawanan yang menekankan nilai kreativiti,inovatif, kesanggupan menerima risiko, bijak mencari peluang dan pemasaran yang efektif.


CERITA HARI PERTAMA (8.00 - 12.30 tengahari)
.
Aktiviti tugasan yang perlu dibuat dalam tempoh 3 jam oleh setiap kumpulan ialah :
  1. MENCANTING BATIK - Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 2 batik klasik 
  2. SENI DAWAI -Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 2 bentuk produk yang dihasilkan menggunakan dawai
  3. IKLAN POSTER - Setiap kumpulan mempromosikan produk menggunakan iklan poster
GAMBAR DI BAWAH
Peserta sedang menyediakan perancangan tugasan dan membuat aktiviti yang diarahkan














HARI PERTAMA ( 3.00 - 5.30 ptg)
Penceramah ni namanya En. Zulfadhly bin Hj Haron, adik kepada pencipta terkenal Zulkifly Hj Haron. Beliau dari syarikat Zull Design Autotronic yang beroperasi di di Rawang Selangor.Sudah beroperasi sejak tahun 80an.Saya memanggil syarikat Zull Design kerana syarikat ini adalah pelopor kepada penciptaan dan inovasi Malaysia. Mereka adalah Pencipta teknologi, robot dan sistem di Malaysia. Kerja mereka setiap hari hanya untuk mencipta..mencipta.. dan mencipta...Macam saintis teknologi diaorang ni. Cakap je apa mesin yang dikehendaki, InsyaAllah Zull Design mampu mencipta mesin seperti yang dikehendaki pelanggan.

Antara ciptaan syarikat Zull Design ialah Robot memotong buah kelapa sawit, basikal solar, beca elektrik, mesin dodol, kenderaan OKU, mesin tenunan songket, aircond, mesin pelbagai kuih tradisional, rumah pintar, robot dan beratus lagi hasil ciptaan.

Ceramah ini memang berbaloi kerana penceramah berkongsi pengalaman tentang kreativiti dan inovasi. Jadi memang tepat la dengan tema kursus ni.Sambil berceramah, penceramah juga ada menayangkan beberapa video tentang hasil ciptaan yang telah dibuat.

 

GAMBAR DI BAWAH
Syukur...semua tugasan telah berjaya dibuat dan masa untuk dipamerkan dan dinilai...Tak sangka gak diaorang mampu menghasilkan produk batik dan seni dawai yang menarik dan kreatif...ada sebahagiannya tu, saya rasa boleh dikomersialkan...Hebat la you all...




 
 

HARI PERTAMA (8.30 - 12.00 tghmalam)
Siang tadi kita dah jadi usahawan yang kreatif, malam ni kita belajar jadi Investor pulak. Ini namanya permainan Cashflow Robert Kiyosaki. Bila main game ini sebenarnya mengajar kita bagaimana membuat pelaburan dengan baik untuk keluar daripada hidup Rate Race (Kalau tak faham, cuba baca post saya pasal Cashflow dalam blog ni)

 

HARI KEDUA ( 8.00 - 3.00 ptg)
Masa untuk mencari pengalaman dan idea...Antara ciri usahawan ialah bijak mencari peluang, bijak mencari idea dan menjadi 'observer' yang baik. Jadi, untuk menjadi ciri usahawan seperti itu, salah satu caranya, kita kena jalan-jalan....Apa lagi kami pun meronda di Pulau Pangkor...Antara lawatan wajib ialah Kilang satay ikan...Bukan saja boleh membeli, kami juga dapat tengok macam mana proses penyediaan produk ikan dijalankan...Nampak semua orang Islam yang buat kerja...kira halal la kot...

 
 
 
 

KESIMPULANNYA: Syukur, Allah beri saya idea untuk menyediakan satu kursus asas Keusahawan yang berbeza dengan kursus Keusahawanan yang lain....Saya beri peluang kepada mereka untuk mengorek segala potensi yang tersembunyi dalam diri yang rupa-rupanya jika di 'polish' betul-betul boleh memberi nilai pendapatan dan kekayaan.. Fikirkan perkara yang mudah, kreatif, inovatif dan 'hand-made' dalam menghasilkan produk. Nampak seperti biasa-biasa je tapi hakikatnya ianya boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan...So ini lah konsep usahawan.....tak yah fikir susah-susah....

No comments:

Post a Comment