I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 9, 2012

SEMINAR & KARNIVAL KEUSAHAWANAN PAGOH JOHOR: Bersama Prof Izzi, Datuk Dr. Maznah Hamid & Johor Corporation...

19 - 21 OKTOBER 2012
KOMPLEKS SUKAN PAGOH, MUAR JOHOR

Seminar keusahawanan ini diadakan oleh MARA sempena Program MARA di Hati Rakyat yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kami berkesempatan mendengar ceramah popular dari Prof Izzi yang terkenal di radio HOT fm dan Iron Lady, Datuk Maznah Hamid.Selain ceramah, disediakan juga beratus booth jualan.




CERAMAH BERSAMA PROF IZZI

Prof Izzi sebenarnya adalah pensyarah dan guru saya semasa saya belajar di UiTM Dungun Terengganu dulu dan mengajar saya Matematik Tambahan. Dulu dia tak popular lagi. Saya pernah berimamkan dia dan kadang-kadang dia berimamkan saya kat masjid UiTM tu. Dulu la...Memang saya akui Prof Izzi memang suka berlawak dalam kelas.Masuk kelas dia memang asyik ketawa je dengan gaya lembut ala-ala mak nyahnya.Saya kagum, sebab dia boleh menggunakan kaedah humor dalam pengajaran matematik dan students tak mengantuk....So bila dia berceramah, saya dah boleh agak dan bayangkan gaya dia mengajar saya dulu tahun 1995/1996

Ini lah catatan saya semasa ceramah Prof Izzi yang sempat saya tulis:
  • Jangan ambil tak kisah dengan pelanggan. Ada pelanggan yang nampak seperti low standard tetapi boleh jadi prospek yang sangat besar
  • Selalu senyum dengan pelanggan
  • Set minda, perniagaan adalah untuk ibadah dan selalu bersyukur
  • Jangan cari pelanggan, cari rakan sepanjang hayat dan automatik akan jadi pelanggan kita yang hebat. Kalau cari pelanggan biasanya kesetiaan tidak lama
  • Kata-kata yang negatif akan kekal jadi tabiat sepanjang hayat
  • Prof Izzi ada bagi contoh yang menarik tentang usahawan. Syarikat mineral water yang terkenal bermula dengan menjual 400 botol saja pada peringkat awal. Pada peringkat awal pisau cukur Gillete hanya dijual sebanyak 168 unit sahaja.


CERAMAH DATUK MAZNAH HAMID

Latarbelakangnya cukup mengujakan merupakan Wanita Besi pertama yang menguruskan syarikat perkhidmatan keselamatan yang biasanya didominasi oleh orang lelaki. Masa-masa awal dulu Datuk Maznah walaupun bos terpaksa jadi pengawal dengan suaminya. Ketika itu, semua bank rasa 'confuse' sebab tak yakin orang perempuan boleh berjaya menguruskan perniagaan keselamatan.Ni lah catatan yang sempat saya tuliskan:
  • QUADRAN ALIRAN TUNAI : PEKERJA (Kita mempunyai pekerjaan), BEKERJA SENDIRI (Kita memilih pekerjaan), USAHAWAN (Kita memilih sistem dan orang bekerja untuk kita) dan PELABUR (Wang bekerja untuk kita)
  • CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN : Mempunyai kepakaran dan pengetahuan mendalam, kualitinya 80% EQ & 20% IQ, kemahiran interpersonal yang hebat, Master of Common Sense, Bachelor of Street Smarts, Selling Skill, menggunakan kiri dan kanan otak.
  • BILL GATES : i failed in some subjects in exam but my friends pass all exams, now he is an engineer of Microsoft & i'm the owner of Microsoft.
  • BILL GATES : i didnt even complete my University education
  • RAJNIKANT : at the age 25, i was a bus conductor
  • LIONEL MESSI : i used to serve tea at a shop to support my football training
  • SHAHRUKH KHAN : i slept on bench and borrowed RS 20 everyday from a friend to travel film city
  •  AR RAHMAN : Education drop out and initially a keyboard player
  • DHIRUBHAI AMBANI : i worked at petrol pump
  • SACHIN TENDULKAR : i failed in the 10th standard
  • ABRAHAM LINCOLN : at my childhood days, i stitched shoes





CERAMAH DARIPADA JOHOR CORPORATION
TUAN HAJI ISMAIL BIN MAD RANI
  • Allah adalah pemilik bisnes manakala kita hanya pengurus sahaja
  • Jangan matlamat menghalalkan cara. Andaikan perumpamaan berikut, kambing hanya beranak seekor kambing manakala khinzir beranak lebih 5 ekor. Sebagai seorang Islam pilih la kambing.
  • Dalam Islam KEUNTUNGAN TIADA HAD dengan syarat 1) MESTI LETAK PASARAN TERBUKA 2) BUKAN BENTUK MONOPOLI.
  • Buktinya, kisah si penjual kambing jual seekor kambing dengan harga 1 dinar kemudian bertanya Rasul tentang perbuatan itu maka Rasulullah pun berdoa keberkatanya. Imam Abu Hanifah pernah minta perempuan tua yang menjual kain sutera untuk menaikkan harga.
  • Umar Al-Khattab : Apabila orang islam tidak mahu berniaga, nanti mereka akan bergantung kepada orang yang bukan Islam.
 ENCIK JAMALUDDIN MOHD ALI  (QSR/KFC)
Peluang Kerjaya & Bisnes Bersama KFC dan AYAMAS
  • 1000 restoran KFC & Pizza yang halal seluruh Malaysia termasuk Cambodia, Singapura, Brunei dan Mumbai India melibatkan 30,000 pekerja. Johor Corp telah menguasai jenama KFC, Pizza Hut, Ayamas, Rasamas dan Sos Life. Tahun 1970an, KFC untung sekitar RM 100 ribu sekarang KFC untung melebihi 280 juta.
  • Gaji pekerja dengan SPM ialah RM 800 sehinggala menjadi Restaurant Manager RM2000,Training Officer RM 3000, Area Manager RM 5000, Operation Manager RM 7,000 dan Deputy General Manager RM 8,000
  • 1 hari sembelih sekitar 140,000 ekor ayam. KFC ada reban ayam sendiri dan makanan ayam sendiri
  • Peluang Bisnes : Kontrak Menternak Ayam, Premis Sewaan Tanah, Produk Makanan, Usahawan Bistari Ayamas (agen jual ayamas kat kampung), Kereta Sorong Ayamas (jual hotdog ayamas gerai), Agen Pengambilan Pelajar SPM untuk memasuki program di KFC International College (Cari seorang student dapat RM 1000)



BOOTH YANG DIPAMERKAN
Masa Timbalan Perdana Menteri rasmikan, memang banyak booth dibuka tapi bila hari kedua sekitar 20 booth yang masih kekal dengan jumlah pengunjung yang sangat sedikit...







No comments:

Post a Comment