I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 9, 2012

SEMINAR LEDAKAN FACEBOOK BERSAMA SAUDARA AMMAR ZAHAR ; Berniaga Dengan Facebook

Sabtu, 17 NOVEMBER 2012
MENARA PGRM, 8.30 pg - 1.00 tgh

Seminar ini hanya berkoskan RM 49 sahaja namun banyak gak ilmu yang saya pelajari daripada penceramah yang semakin meningkat naik ini, Saudara AMMAR ZAHAR. Isi utamanya cukup jelas iaitu bagaimana menjalankan dan mempromosikan perniagaan melalui FACEBOOK.

PUSINGAN PERTAMA

Dalam pusingan 1, Saudara Ammar banyak menceritakan kesukaran hidupnya, lebih-lebih lagi apabila ibu-bapanya muflis disebabkan kegagalan perniagaan. Semasa belajar di Universiti dalam bidang lanskap, saudara Ammar juga cukup sukar untuk menampung kehidupannya sehinggakan mengutip syiling-syiling yang ditinggalkan di bilik untuk membeli maggi. Sehingga lah satu ketika, beliau menyertai satu seminar berkaitan perniagaan online dengan yuran yang berhutang (tak mampu nak bayar), betul - betul mengubah persepsi hidupnya. Beliau belajar dan cuba praktikkan ilmu tersebut dengan menjual pakaian melalui online. Walaupun tiada komputer sendiri, beliau mengambil inisiatif dengan menggunakan komputer Cyber Cafe atau kedai komputer. Apabila mendapat jualan pertama, berlaku lah motivasi yang cukup kuat untuk meluaskan perniagaan. Ketika saya mendengar ceramah tersebut, beliau baru berumur 25 tahun sahaja dan belum berkahwin tetapi sudah mendapat jualan sehingga 1 juta melalui perniagaan online, mempunyai buku sendiri, kemampuan berceramah merata tempat termasuk Singapura dan sudah mula keluar dalam majalah, suratkhabar dan rancangan tv.

PUSINGAN KEDUA - FACEBOOK PROFILE
  •  Untuk berniaga dalam facebook WAJIB buka AKAUN FACEBOOK.
  • Masukkan GAMBAR PRODUK, TESTIMONIAL dan AKTIVITI PERNIAGAAN
  • Selain jual barang, kena juga update KEHIDUPAN PERIBADI kita dengan memberitahu CERITA TERBARU dan BERTANYA SOALAN TERTENTU yang boleh merancakkan respon daripada kawan anda contohnya tanya kawan anda Siapa yang akan menang OBAMA atau ROMNEY.
  • Masa paling sesuai untuk update Facebook ialah jam 9.00 pagi - 10.00 pagi, 12.00 tengahari - 2 petang dan 6 petang - 9.00 malam.

PUSINGAN KETIGA - FACEBOOK PAGE
  • Selain buat Facebook Profile, kita juga boleh PAGE sendiri. Kalau perniagaan menggunakan Facebook PAGE akan lebih fokus sasarannya sebab hanya orang yang LIKE page kita sahaja yang akan menjadi kawan kita.
  • Kena letak COVER PHOTO yang menarik dan gambar yang mampu menjual. Guna ayat-ayat yang boleh mempengaruhi sasaran. Dalam ruangan ABOUT, tulislah secara direct dan profesional.
  • Dapatkan LIKES yang banyak . Cara nak cari kawan atau pelanggan yang tepat biasanya kita add orang yang suka komen atau cari pelanggan di PAGE orang lain.
KELEBIHAN FACEBOOK PROFILE VS FACEBOOK PAGE

FACEBOOK PROFILE - Boleh cari prospek  secara percuma dengan ADD
FACEBOOK PAGE - Sesiapa yang LIKE sahaja yang boleh jadi friend kita

FACEBOOK PROFILE - 2 way communication. Boleh sapa-sapa ADD
FACEBOOK PAGE - one way communication

FACEBOOK PROFILE - Tidak ada TAB dan ADS
FACEBOOK PAGE - Ada TAB dan ada ADS (advertising)

PUSINGAN KEEMPAT - FACEBOOK ADS
  • Dalam FACEBOOK kita boleh buat iklan secara berbayar biasanya dipamerkan di bahagian tepi Facebook.
  • Buat lah iklan dengan gambar yang menarik perhatian dan permainan warna seperti merah dan kuning serta iklan yang berfokus kepada pelanggan tertentu.
  • Fikirkan bagaimana kita membuat iklan agar orang pandang dulu iklan kita. 
  • Cara nak buat iklan, mula-mula kena ada KAD KREDIT atau KAD DEBIT. Pastu click ADVERTS MANAGER dan buat sendiri mengikut arahan yang ditetapkan.
  • Kalau bid harga iklan tinggi, kemungkinan iklan kita cepat keluar. Kalau bid harga rendah, lambat keluar iklan kita.
PUSINGAN KELIMA 
Pandai la saudara AMMAR ni, di bagi sikit-sikit je pastu seperti biasa la promote kat orang supaya mengikuti kursus intensif seterusnya.Memang agak mahal kursus intensif diaorang  sehinggakan full package boleh mencecah sehingga RM 12 ribu. Sesiapa yang ada duit, teruskan mendapatkan package diaorang dan mungkin sangat berbaloi.Saya tak mampu la buat masa ni tapi saya yakin saya boleh belajar sendiri. Save duit sikit....   







Abang ni adalah Testimonial yang pernah mengikuti kursus intensif AMMAR dan telah berjaya mendapat ribuan jualan melalui kaedah online

1 comment:

  1. Terima kasih.. sharing yg sgt bermanfaat.. dah agak da.. xyah g seminar pun xpe.. pastinya pancing utk seminar yg mahal.. mudah nye dorg buat duit.. huhu

    ReplyDelete